Pemilik Homestay Ini Tepuk Dahi Bila Ambil Semula Kunci. Apa Sebabnya?

Siapa kata bisnes homestay rendah risiko?

Dengan bisnes homestay, tidak semuanya indah. Terbaru, pemilik homestay bernama Rafi Ahmad berkongsi pengalaman beliau dengan perkara di luar jangkaan — rumah beliau dilelong dengan harga runtuh oleh penyewanya sendiri.

Rumah Rafi bernilai RM300,000 dijual dengan harga RM150,000 oleh penyewanya. Caranya? Dengan mengiklankan rumah tersebut di Mudah.my.




Memancing pembeli dengan harganya yang terlalu rendah, si penyewa yang mengaku sebagai pemilik rumah meminta agar pembeli memasukkan cengkeram RM15,000. Kononnya terlalu ramai yang berminat. Setelah menerima wang deposit, kunci diserahkan kepada pembeli. Si penyewa kemudian berjanji akan datang semula dengan dokumen2 lawyer dan lain-lain.

Akibatnya pembeli tertipu, pemilik homestay pening kepala dan akaun bank penipu bertambah RM 15,000.

Ada juga manusia begini ya?


Sumber: Hensemedia, Gambar : Alpha

Jomjalan