Soluna Guest House Langkawi — Penginapan Bajet Murahnya Kaw!Kaw!πŸ‘

Hangpa mungkin tak pernah dengar Soluna Guest House. Sebabnya senang -- tempat ini tak ada kat Agoda atau kat Booking.com

Harga bilik bajet untuk penginapan yang dekat dengan pantai Cenang ini memeranjatkan. Dari RM 20 untuk dorm (kongsi bilik air ya?).

Ini kawasan luar porch.

solunaout

Layan tidur petang-petang memang best.

soluna-hammock

Tempat ala kampung ini dekat dengan pantai Cenang. Dalam 10 minit jalan kaki. Tapi disebabkan ia bukan di jalan utama, ia jauh lebih menenangkan.

solunayard

Ini bilik biasa kalau hangpa datang dengan suami atau isteri dan tidak mahu berkongsi bilik air. Harga bilik semasa artikel ini kami tulis — RM 75 saja.

solunabilik3

Dorm — RM 20. Sesuai kalau datang ramai, tapi bajet kurang cantik. Yang hangpa tengok kat bawah ni suasana bila kumpulan dah check-in. Belum apa-apa sudah kapal karam!

soluna-dorm

Tempat minum-minum petang dan duduk bersembang.

soluna-makan

Signboard ke Soluna.
soluna-kawasan

Jadi, kalau bajet hangpa masa nak bercuti katΒ Langkawi kecil, dan hangpa nak penginapan murah kat Cenang, cuba Soluna Guest house.

NOTA: Kebanyakan yang menginap di sini ialah pelancong overseas.

Alamat : Lot 1560 Jalan Bohor Tempoyak, Langkawi
Laman Web : Soluna Guest House
Cara Booking : Tempahan hanya dengan email – hantar ke solunaguesthouse@gmail.com

Hotel Terbaik Langkawi

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
  1. Hafizahh says:

    Hi…
    Utk penginapan murid sek rendah 80 org umur 12 thn…
    Dewasa 8 orang
    mencukupi x dorm ni

Comments are closed.

Jomjalan