Ini Dia! Penginapan Gaya Melayu kat Dalam KL Yang Ada Class Tersendiri

Kebanyakan homestay dan Airbnb dalam Kuala Lumpur kebanyakannya sekarang bergaya ala-luar negeri. Tak banyak yang ada ciri-ciri orang Melayu.

Jadi kalau anda ada kawan luar negeri yang datang bercuti kat KL, dan memang anda nak beri mereka rasa citarasa Malaysia, memang pening kepala.

Sampailah anda jumpa penginapan Malay Classic House ini.

Gaya Melayu + Bohemian

Kat rumah kayu Melayu ini, perhiasannya gaya Bohemian. Memang rasa cozy. Kalau balik shopping, memang rasanya tak mahu keluar lagi.

Orang yang datang menginap kat sini tak semestinya datang sebab bercuti. Ada juga yang datang dengan member untuk lepak sama-sama, buat baby shower ataupun sambut birthday party.

Dan kalau kawan anda dari luar negeri, memang depa dapat feel orang Melayu + orang Putih kat sini.

Jenis Penginapan Yang Ada

Penginapan asal, iaitu Classic Malay House ada 2 tingkat. Anda boleh pilih tingkat mana yang sesuai dengan anda.

Dan pada 2019 tuan punya rumah dah tambah lagi penginapan Classic Bohemia. Ini tempat lain untuk anda yang nak lepak dengan member-member.

Nak Photoshoot?

Boleh. Tapi anda tak boleh lah tempah bilik nak tidur dan esok photoshoot untuk majalah atau brand anda. Tak boleh gitu.

Untuk photoshoot, anda wajib sewa minima 4 jam. Anda boleh buat photoshoot kat luar dan juga 1 kawasan indoor.

Boleh contact mereka di FB untuk ini.

Nak Tempah Bilik?

Kalau ada yang berminat nak tempah bilik kat sini, harga bilik bermula dari RM 300++ satu malam.

Boleh semak harga terkini, dan tempah terus kat bawah ini.

Booking.comLihat Harga di Booking
Agoda.comLihat Harga di Agoda    

Kredit gambar cover : @mustika_bunga_indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>