zoo panda

Harga Tiket Zoo Negara Mahal? Jom Bandingkan Dengan Zoo Lain Yang Ada Panda 🐼Kat Dunia

Sejak 2012 ramai pengunjung zoo negara yang mengeluh sebab tiket zoo asyik naik. Kata mereka, harga sekarang jauh di luar kemampuan rakyat Malaysia.

panda di korea

Untuk kita kata harga tiket masuk zoo negara mahal, kita kena bandingkan harganya dengan zoo lain di dunia. Tapi dengan satu syarat. Perbandingan mesti dengan zoo lain yang juga ada yang juga ada panda.

Mengapa libatkan panda? Sebab harga tiket zoo naik sejak datangnya panda. Dan semua zoo dalam dunia mengakui bahawa kos membela seekor panda, boleh sama dengan kos semua binatang lain dalam zoo dikumpulkan.

Jom mula kita mula bandingkan harga tiket zoo-zoo dunia yang ada panda pada 2018.

Harga Tiket Zoo Negara — Sama Macam Beli 3 Set McDonalds

Kedatangan panda di zoo negara yang menjadi tumpuan semua pada 2014. Gambar: The Star

Kat Malaysia anda boleh masuk dan tengok panda kat Zoo Negara. Tapi harga yang zoo tetapkan untuk pelancong asing adalah 2 kali ganda dari harga orang tempatan.

Kat sini, pelancong asing perlu bayar USD 19.50 untuk tengok panda manakala orang Malaysia USD 10.60.

Walaupun harga tiket ini lagi murah dari di Indonesia dan Singapura, harga tiket zoo kat Kuala Lumpur ini sebenarnya naik beransur-ansur semenjak 2013, iaitu sejak kawasan panda mula dibina.

malaysian panda in zoo negara
Pasangan panda di Malaysia menyambut ulang tahun mereka

Dan pada harga 3 set lengkap Mcdonalds, kebanyakan orang Malaysia rasa, masuk ke Zoo Negara diluar kemampuan sebuah keluarga.

Dan walaupun adanya 2 panda superstar di sini dengan anak mereka, ia tak mampu membawa pengunjung ke zoo yang bergelut dengan masalah kewangan ini.

Kat USA, Harga Tiket Bermula Dari — Free

panda di zoo atlanta
Anak panda di zoo Atlanta USA

Ada 4 zoo di US yang ada panda. Dan harga tiket pada tahun 2018 ada yang mencecah USD 54 seorang. Tapi ada yang free.

Kalau nak jimat, boleh ke Zoo Smithsonian di Washington DC. Zoo paling tua kat USA ini dibuka 364 hari setahun, dan pandai bela panda sejak 1972. Nak masuk, tiada bayaran.

Anda juga boleh masuk tengok panda kat Zoo San Diego. Tapi bersedialah membayar antara harga tiket paling mahal di dunia. Keluarga dengan 2 anak perlu membayar hampir USD 200 untuk masuk melihat haiwan ini.

Walaupun begitu, San Diego ada jumlah haiwan antara terbesar di dunia dan dianggap antara zoo terbaik bukan sahaja dalam USA tapi kat dunia.

(NOTA: Sewaan panda di zoo ini tamat pada April 2019 dan panda mereka akan balik kampung ke China melainkan Zoo San Diego buat perjanjian sewaan baru.)

Nak Tengok Panda Korea Selatan? Tiketnya 2X Zoo Negara

everland korea
Ini tempatnya di mana anda boleh melihat panda di Korea Selatan

Kat Korea Selatan, hanya ada 1 tempat tengok panda. Tapi tempatnya bukan kat zoo.

Kat sini, panda duduk dalam taman tema Everland. Dan bayaran tiket anda, pada USD 45, bukan saja membolehkan anda layan haiwan cute China ini tapi juga membolehkan anda naik roller coaster kayu dan tarikan lain dalam Everland.

Roller coaster kayu Everland yang cukup popular di seluruh dunia.

Harga tiket ini sama dengan harga tiket sebulan pengangkutan awam kat Seoul. Tapi lokasi tempat tinggal panda yang hebat ini membolehkan anda berseronok extra, jadi harganya tak rasa mahal mana.

Perlu Kaya Nak Tengok Panda Indonesia

istana panda bogor indonesia

Kat Indonesia, panda nya tinggal kat Taman Bogor Safari. Dan harga tiket untuk pelancong luar nak tengok panda di Istana Panda adalah dua kali ganda dari harga orang Indonesia.

Harga tiket untuk pelancong asing ialah USD 27 manakala orang Indonesia, USD 13.

Tapi, walaupun harga untuk warga Indonesia lebih murah, di sebuah negara yang gaji purata sebulan ialah USD 280, pergi ke safari ini adalah satu kemewahan.

Kalau anda pekerja di Indonesia, anda perlu menyimpan 1.5 hari gaji anda hanya untuk membeli tiket masuk ke sini. Itupun belum tentu anda akan buat. Sebab satu — harga sewa rumah mahal, dan kebanyakan warga Indonesia menghabiskan sekitar 80% gaji mereka hanya untuk membayar sewa rumah mereka.

Jepun Ada Beberapa Zoo Yang Ada Panda. Tiket Murah!

Anak panda yang lahir di Ueno

Sementara India dan Russia tidak ada panda yang disewakan oleh China, Jepun menjadi rumah kepada 8 ekor haiwan berharga China. Dan berita mengejutkan ialah, di negara yang banyak benda mahal, masuk ke zoo pula murah.

Zoo Kobe dan Ueno Zoological Garden cuma mengenakan USD 5.33 sebagai tiket masuk — sama dengan harga sebiji burger Big Mac kat Jepun.

Tempat simpanan panda yang sederhana di Jepun
Tempat simpanan panda yang sederhana di Jepun

Dan bukan itu saja. Kalau anak anda bersekolah kat sekolah harian Tokyo, mereka boleh masuk ke Zoo Euno dengan percuma.

Adventure World Jepun ada 5 panda. Tapi kalau nak masuk ke sini, bersedialah untuk membayar USD 40.

Kat Mexico, Tiket Free!

xin xin zoo mexico
Panda Mexico, Xin Xin sedang menerima rawatan kesihatan oleh petugas

Orang Mexico, kalau bab zoo memang beruntung. Sebab Zoo Chapultepec bagi mereka masuk percuma.

Bukan itu saja. Orang Mexico juga handal membela panda — sampai beruang panda mereka hidup lanjut usia.

Dan kalau bab membiakkan panda pun memang dalam poket mereka.

Sementara banyak negara di dunia bermasalah untuk membiakkan panda mereka, Zoo Chapultepec telah berjaya membiakkan sebanyak 8 panda peliharaan mereka.

Mereka juga adalah satu-satunya negara dunia yang mana panda mereka tidak disewa dari China. Jadi panda mereka tak perlu dihantar pulang.

Tengok Panda Singapura Mahal Woo…

Panda Singapura dalam kawasan berhawa dingin di River Safari

Kalau anda ke Singapura dan masuk ke zoo untuk sebab nak tengok panda, anda kena ketawa.

Sebabnya beruang mereka ini mereka simpan kat River Safari — satu-satunya tarikan seumpamanya dalam Asia.

Tapi walaupun dengan segala teknologi yang ada dan dimanjakan sebaik-baiknya, Singapura telah berkali-kali gagal membiakkan panda mereka.

Kawasan River Safari dilengkapi aquarium besar dan berbumbung

Kalau nak tengok panda ini, anda perlu bayar USD 25.70. Harga ini tidak murah sebab sama dengan harga beli 5 set lengkap Mcdonalds kat Singapura.

Berbeza dengan tempat menyimpan panda di dunia, Singapore River Safari ini unik kerana hampir sepenuhnya di bawah bumbung. Jadi tak kisah hujan ribut, masih boleh layan.

Kat German, Harga Tiket Sederhana

zoo berlin area
Kawasan dalam zoo Berlin yang ditata hias dengan landscape mendamaikan

Kalau nak tengok binatang masa anda cuti kat German, datang zoo Berlin.

Sebab walaupun zoo ini bukan sahaja ada menyimpan panda dan 2,000 ekor binatang lain, harga tiket masuk Berlin Zoo cuma USD 17.50.

Ini lagi murah dari menyewa gelanggang tenis di negara ini untuk 1 jam.

meng meng berlin zoo
Meng Meng di Zoo Berlin yang menyambut hari lahirnya yang ke 5

Tapi, sama macam Singapura, di sebalik teknologi mereka, German masih gagal mendapatkan anak panda dari pasangan yang mereka ada. Lagi teruk dari itu, panda mereka mati pada 2012.

Sejak kematian panda mereka, Berlin terpaksa menunggu selama 5 tahun sebelum China bersetuju menyewakan sepasang panda baru bernama Mei Mei and Jiao Qing ke Zoo Berlin.

Tengok Panda Kat Thailand Lagi Murah

chiang mai zoo
Panda di zoo Chiang Mai

Kalau anda sukakan panda dan bercadang ke Chiang Mai, Thailand, jangan lupa masukkan Zoo Chiang Mai dalam senarai tempat tuju.

Negara ini ada tiket masuk tengok panda paling murah dalam Asia Tenggara.

Pada harga USD 7.60 kos tengok panda kat Zoo Chiang Mai lebih kurang sama dengan harga 1 tiket wayang kat Thailand.

Dan walaupun harga ke pusat pemuliharaan gajah mahal, nak melihat panda tidak.

Kandang Panda Tercantik Dunia Kat Zoo Belanda

Kandang panda Belanda yang jauh lebih mewah dari rumah kebanyakan manusia

Kalau nak merasa tengok kandang panda paling cantik di dunia, Belanda lah tempatnya.

Terletak kat Zoo Ouwehand, harga tiket zoo ini lebih kurang sama dengan harga tiket kat Indonesia. Tapi panda di sini dimanjakan dengan kawasan tertutup dan terbuka yang luas.

Pintu masuk kompleks Panda yang siap dengan pintu gerbang dan taman Cina

Kawasan panda dibina dengan mewah, siap dengan restoran dan klinik panda.

Dengan harga tiket USD 27.10, harga yang dibayar bersamaan dengan 3 set lengkap Mcdonalds kat negara ini.

Jalan masuk ke Zoo Belanda pada waktu malam

Panda Perancis Ada Kat Zoo Persendirian

anak panda
Anak panda bernama Yuan Meng di Zoo Beauval

Nak masuk ke Zoo Beauval di Perancis ini, anda perlu bersedia membayar USD 34.99

Dijaga oleh keluarga Delord, zoo persendirian ini ada sepasang panda dan seekor anak panda yang lahir pada 2017.

Harga ini bersamaan dengan 3 set lengkap Mcdonalds kat Perancis.

zoo perancis
Kawasan dalam zoo yang cukup tenang dan kemas

Dan kalau nak nak tidur dalam kawasan zoo, ada 2 buah hotel mewah yang dekat dengan tempat binatang-bintang ini dipelihara.

Zoo Tertua, Tercantik Dunia Caj Harga Tiket Hampir Sama Malaysia

Kawasan zoo yang cukup besar

Untuk masuk ke zoo Tiergarten Schönbrunn in Austria, anda perlu bayar USD 22.60. Harganya tak murah mana, tapi ia sebenarnya sama dengan harga 2 tiket wayang di negara ini.

Dan bayaran itu bukan saja membolehkan anda melihat panda dan binatang lain, tapi juga masuk ke sebuah zoo bersejarah.

Kawasan kandang panda di zoo Austria

Dibuka pada 1752, zoo paling tua dalam dunia ini cukup mempesona.

Sebabnya ialah zoo ini duduknya dalam Schönbrunner Schlosspark, iaitu sebuah taman istana. Bersama dengan istana Schönbrunn dan taman ini, zoo tercantik dunia ini sebenarnya termasuk dalam senarai warisan UNESCO.

Zoo Kat Taiwan Murah!

Nak tengok panda kat Zoo Taipei, Taiwan, memang tak ada masalah. Harga tiket masuk di sini cuma USD 1.96 saja.

Harga ini jauh lebih murah dari membeli tiket wayang di negara ini (~ USD 9).

Tidak seperti kebanyakan negara yang terpaksa merayu China untuk menyewa panda mereka, Taiwan sebenarnya menolak tawaran China pada 2005. Pada masa itu Taiwan ada presiden yang mendakwa bahawa panda ini sebenarnya alat propaganda negara tembok besar.

Segerombolan doktor dan jururawat memeriksa keadaan gigi panda Taiwan

China walaubagaimanapun, berjaya menghantar panda mereka ke Taiwan pada 2008 setelah negara itu ada presiden baru.

NOTA: China menganggap Taiwan sebagai salah sebuah wilayahnya, dan bukan sebuah negara merdeka.

Zoo Kat Belgium Buat Anda Berpeluh

Panda di Pairi Daiza Belgium

Kalau anda nak merasa tengok panda di Belgium, pergi ke Pairi Daiza.

Zoo Belgium ini ada 3 panda — 2 disewa dari China dan seekor anak dari pasangan tersebut yang lahir pada 2016.

Menaiki jambatan gantung dalam kawasan zoo

Dinobatkan zoo terbaik Eropah pada 2018, zoo ini mengenakan anda tiket USD 42.90 untuk melihat panda, serta rehat santai di taman Cina dan taman Indonesia sekitar kawasan zoo.

Kawasan taman Cina Pairi Daiza

Harga ini sama seperti membeli 4 set Mcdonalds di Belgium. Tapi dengan tiket ini, anda bukan sahaja dapat melihat haiwan, tapi masuk ke taman terbaik kat Belgium.

Harga Tengok Panda di China Tak Menentu

Kalau nak ke zoo yang ada panda di China, harganya murah.

Tiket masuk ke zoo Beijing sekitar 15 yuan (USD 2.20) manakala kos ke Shanghai Zoo pula ialah 40 yuan (USD 5.80).

Tapi kalau anda ingin masuk ke 40 pusat pemuliharaan panda dalam negara ini, bersedia untuk bayar lebih.

Pusat pemuliharaan panda Bifengxia contohnya mengenakan tiket sebanyak 105 yuan ( USD 15.30).

Hong Kong Tempat Termahal Nak Tengok Panda

Ini tempat melihat panda di Hong Kong

Di sebuah negara yang separuh penduduknya duduk dalam flat kepunyaan kerajaan yang sempit, melihat panda adalah satu kemewahan.

Harga 1 tiket dewasa bersamaan dengan 13 set Mcdonalds di negara ini.

Kawasan Giant Panda Adventure di taman tema Ocean World HK

Tapi ini bukan masalah. Sebabnya tempat simpanan panda di sini bukan di zoo, tapi taman tema Ocean World Hong Kong. Jadi selain layan panda, anda juga boleh naik rollercoaster, tengok ikan kat oceanarium dan naik macam-macam ride lain.

Ocean World ini juga adalah taman tema kedua terbesar dalam Hong Kong selepas Disneyland Hong Kong.

Panda Hong Kong

NOTA: Hong Kong adalah sebuah bandar China. Tapi disebabkan ia ada matawang, undang-undang sendiri, ramai yang menganggapnya seperti luar dari China.

Kesimpulan – Harga Tiket Zoo Negara Tak Semahal Kita Rasa

Jadi, bila dibandingkan, harga tiket zoo negara sebenarnya tidak mahal untuk sebuah zoo yang membela panda. Ia sebenarnya terletak di tangga ke 9 dari segi harga di antara 25 zoo dunia lain yang ada panda.

Tapi, kami juga setuju yang kemudahan, suasana dan keadaan zoo negara banyak yang boleh diperbaiki. Nak berdiri setaraf dengan zoo luar negara memang jauh sangat lagi.

Apapun, kat bawah kami senaraikan harga tiket zoo dunia yang ada panda untuk anda bandingkan.

Harganya tepat sampai November 2018. Harga di bawah ialah harga untuk pelancong asing (untuk negara yang ada sistem 2 jenis tiket untuk warganegara dan pelancong asing).

Ranking HargaNama ZooNegaraTiket Dewasa (USD)Tiket Kanak-Kanak (USD)
1Smithsonian National ZooUSA00
2Chapultepec ZooMexico00
3Taipei ZooTaiwan1.960.99
4Ueno Zoological GardensJepun5.301.80
5Kobe Oji ZooJepun5.330
6Chiang Mai ZooThailand7.603.60
7Memphis ZooUSA15.0010.00
8Zoo BerlinGerman17.509.00
9Zoo NegaraMalaysia17.809.30
10RZSS Edinburgh ZooUnited Kingdom21.5011.30
11Tiergarten SchönbrunnAustria22.6011.30
12Calgary ZooCanada22.7015.10
13River SafariSingapore25.7016.70
14Atlanta ZooUSA25.9917.99
15Adelaide ZooAustralia26.0014.30
16Madrid Zoo AquariumSpain26.6021.50
17Taman Safari BogorIndonesia27.0023.70
18Ouwehands ZooBelanda27.1024.90
19ZooParc de BeauvalPerancis34.9928.20
20Adventure World JapanJepun40.0022.20
21Pairi DaizaBelgium42.9037.20
22Ähtäri ZooFinland44.0027.00
23EverlandKorea Selatan47.7038.00
24San Diego ZooUSA54.0044.00
25Ocean ParkHong Kong61.3030.60

Disclaimer : Post ini tidak dibayar atau ditulis untuk mempromosi Zoo Negara. Ia sekadar penelitian yang dibuat secara objektif terhadap harga tiket semasa zoo tersebut.