Kalau dah datang Melaka, semuanya kalau boleh nak pusing balik sejarah– termasuklah makan minum sekali.
Untuk anda yang nak rasa kuih-kuih Melayu masa cuti kat Melaka ini nanti, Perhentian Kuih Kampong ini antara tempat boleh tuju.
Masa selalu orang datang ialah untuk sarapan.
Tapi kalau terlajak ke brunch, boleh order juga makanan berat.
Ada asam pedas, nasi ayam, mee dan juga laksa. Tapi asam pedasnya lebih banyak orang puji berbanding lauk lain.
Apapun, kedai ini famous sebab pilihan kuihnya yang banyak.
Tepung talam, kuih sago, popia basah, kasui, cara berlauk sampailah ke kuih keria, semua ada.
Bila kat sini, senang nak introduce anak-anak kat kuih muih tradisional orang kita.
Kalau dengan mak ayah yang berusia pun, pilihan sarapannya pun confirm mereka suka.
Susah nak datang pagi? Cuba lepas asar.
Dalam pukul 3 ke atas, kuih semakin penuh disusun atas meja. Bolehlah pilih untuk layan minum petang.
Tips Nak Datang
- Kedai kuih kampung ini parkingnya terhad. Dan dekat tepi jalan besar yang sibuk. Kami sarankan ambil saja Grab supaya tak serabut cari tempat letak kereta.
- Hujung minggu pun selalu penuh. Cuba plan datang hari biasa supaya tak berebut tempat duduk dengan tourist tempatan lainnya. Dan sebab ramai manusia, servis pun slow selalunya.
- Harga makanan kat sini, macam kat kedai makan tempat tumpuan pelancong, lebih tinggi dari biasa.
Lokasi : Perhentian Kuih Kampong, 202, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Kredit Gambar : FB Perhentian Kuih Kampong