Depan Balai Polis Lebuh Pantai dulunya ada 3 pondok telefon.
Tapi disebabkan hampir tak ada siapapun yang menggunakannya lagi, pondok-pondok ini terbiar begitu saja.
Sampailah orang muda kat Penang bagi idea — apa kata jadikan ia perpustakaan mini untuk semua?
Jadi dari sesuatu yang buat sakit mata, ia bertukar menjadi mini library yang comel-comel rupanya.
Boleh Pinjam Buku
Kat sini anda bukan saja boleh duduk baca kat situ. Tapi juga bawa balik majalah atau buku. Cuma hantarlah semula bila habis baca.
Untuk yang duduk lama kat library mini, ada soket elektrik untuk anda charge phone semasa leka membaca.
Nak datang malam? No problem. Sebab ada lampu terpasang.
Dan balai polis pun kat belakang.
Bukan Kerja Senang
Benda sebegini nampak saja simple.
Tapi kumpulan orang muda ini bukan saja ambil masa untuk dapat kelulusan, tapi warna-warni cat mini library ini pun susah diluluskan.
Tapi nasib mereka (dan kita semua) baik sebab degil orang muda akhirnya berhasil.
Dan idea untuk warna-warna terang, muda, gembira ini diluluskan juga.
Hampir Sama Kat KL
Idea perpustakaan mini ataupun street library bukan baru kat Malaysia.
Satu masa dulu, stesen LRT kat KL pun ada membuat idea hampir serupa — cuma ia tidak nampak kejayaannya.
Mungkin mini library di kawasan train KL tak ada warna. Ataupun buku yang ada berat-berat topiknya.
Apapun, yang di KL bukan sesuatu yang berjaya.
Tapi kami rasa library mini Penang ini bakal penuh manusia.
Bukan apa, dengan warna dan comelnya, ia boleh jadi spot untuk OOTD.
Lagipun kawasan Beach Street ini memang sudah sedia ada bangunan lama yang juga lawa-lawa untuk follower anda.
So, bila nak pi sini?
Lokasi : Depan Balai Polis Lebuh Pantai
NOTA : Nak derma buku ke sini? Call Adam Lester di talian 011-2409 5881.