Powerr ! Wanita Ini Pemilik Beberapa Airbnb Yg Pelik & Unik Dalam Dunia

Anda mungkin tak pernah dengar nama beliau.

Tapi untuk staff Airbnb, Kristie Wolfe adalah pemilik Airbnb tahap lagenda.

Bukan saja kerana Airbnb beliau pelik dan unik. Tapi sebab ia dibina dengan tangan beliau sendiri. Dan dibantu pula oleh ibunya yang 70 tahun usianya.

Mula Kerja Rencah

Kesukaran hidup remajanya menjadikan beliau tahan dengan kerja berat.

Beliau mempunyai 5 adik beradik.

Dan dengan gaji bapanya sebagai guru yang kecil, rumah mereka sempit untuk ahli keluarga.

Menurutnya ibunyalah yang mula melakukan renovasi dengan apa sahaja yang ada untuk meluaskan rumah mereka.

Jadi dari kecil beliau sudah biasa dengan kerja lasak.

Mengecat, menyiapkan lantai dan membuat bilik bukan benda satu yang baru.

Oleh kerana beliau tidak tamat sekolah menengah, beliau tiada pekerjaan yang baik.

Jadi beliau bekerja sebagai buruh kasar — dari berkerja sebagai pengasing botol di kilang plastik sehinggalah buruh pengangkat kentang.

Inspirasi Dari Rumah Kecil

Semuanya bermula secara tak sengaja.

Oleh kerana beliau tiada kerja dan pendapatan yang membolehkannya memiliki rumah, beliau mula tertarik dengan trend rumah kecil.

Dengan duit simpanan, beliau membeli trailer terpakai ( RM 1200) dan sebidang tanah yang diiklan sebagai tanah terbiar bersaiz tak sampai 1 ekar ( RM 20,000).

Selain membolehkan beliau bebas dari sewa dan hutang, ia memberinya keyakinan membina sebuah rumah kecil dengan tangannya sendiri.

Airbnb Pertama

Kredit : kristiemaewolfe

Beliau bermula dengan sebuah rumah pokok di Hawaii.

Mengikut cerita beliau, beliau membeli sebidang tanah di Hawaii dari seorang lelaki pada harga RM 32,000.

Kredit : kristiemaewolfe

Tapi beliau menawarkan untuk membayar RM 4,000 sebagai wang muka dan selebihnya dibayar secara ansuran sebanyak RM 800 sebulan.

Tanah itu di dalam kawasan hutan, dengan pokok berjuntai dan penuh semak samun. Ia juga tiada akses jalanraya.

Kredit : kristiemaewolfe

Beliau menghabiskan masa 2 bulan di hutan ini. Beliau juga menggunakan kesemua simpanannya (RM 44,000) untuk menghasilkan sebuah rumah pokok.

Setelah siap, rumah ini diletak untuk sewaan di Craiglist dengan harga RM 1,000 untuk satu malam.

Kredit : kristiemaewolfe

Nasib beliau baik. Keunikan rumah ini menyebabkan ianya menjadi viral.

4 bulan selepas dibina, Kristie berjaya mendapat semula semua wang yang dilaburkannya.

Airbnb Kedua

Kredit : thehobbitinn

Kejayaan sulung ini membuatkan beliau belajar banyak perkara.

Pada beliau, tanah di kawasan pelancongan mahal. Jadi beliau menukar strategi.

Kali ini beliau membeli tanah di kawasan yang lebih murah — dan beliau mahukan pengalaman tinggal di rumah itu pula yang menjadi satu tarikan.

Kredit : thehobbitinn

Kata beliau lagi, semasa menyiapkan rumah pokok, ibunya mengeluh kerana Airbnb itu memerlukan tangga. Jadi beliau berjanji yang kediaman selepas ini akan lebih mudah untuk ibunya

Setahun selepas Airbnb pertama, beliau membeli sebidang tanah berbukit seluas 5 ekar di Washington.

Kredit : kristiemaewolfe

Disebabkan tanah di bukit ini tidak sesuai untuk rumah biasa, beliau mengambil keputusan untuk mengorek bukit itu.

Hasratnya? Menggunakan bukit menjadi rumah Hobbit — sama seperti dalam novel Lord of The Rings.

Kredit : thehobbitinn

Kayu yang beliau gunakan untuk rumah ini semuanya kayu terpakai. Dan seperti rumah pertama, kawasan ini juga tiada elektrik.

Jadi wang beliau banyak dihabiskan untuk menyediakan elektrik dari panel solar, air bersih dan juga tandas.

Kredit : kristiemaewolfe

Untuk menjadikannya hampir seperti dalam filem, tiada jalan berturap ke kediaman ini. Tetamu perlu meletak kereta mereka di bawah bukit sebelum berjalan kaki sama seperti Hobbit untuk ke sini.

Airbnb ini disewakan untuk RM 1,200 untuk satu malam. Ia menjadi hit besar di kalangan peminat filem Lord of The Rings sehingga anda perlu menempah rumah ini seawal 400 hari dari tarikh penginapan.

Airbnb Lain

Kredit : kristiemaewolfe

Setelah kejayaan Airbnb kedua ini, beliau membeli menara tinjau kebakaran.

Ini juga Airbnb di kawasan yang ceruk ke dalam hutan.

Kredit : kristiemaewolfe

Dan tetamu yang menginap di sini perlu memasak sendiri lauk mereka menggunakan dapur camping, atau membelah kayu api kalau gas habis. Tapi menariknya ia juga ada sauna kayu.

Kredit : kristiemaewolfe

Istimewa lagi, di sini haiwan liar seperti rusa ada merata. Dan bila musim salji tetamu perlu menggunakan kenderaan khas untuk ke sana.

Setelah siap, beliau menambah koleksinya.

Kali ini dengan sebuah Airbnb dari replika gergasi kentang yang pernah digunakan untuk mempromosi kentang ke seluruh Amerika.

Lokasinya di tengah ladang 400 ekar.

Kredit : kristiemaewolfe

Kata beliau ianya diberi kepada beliau percuma sahaja oleh majikannya sendiri. Ini kerana replika itu terbiar tanpa diguna dan beliau memintanya sebagai hadiah persaraannya.

Kredit : sillyamerica

Seperti biasa, Kristie menggunakan tangannya sendiri untuk menukarnya kepada kediaman kecil lengkap dengan elektrik, pendiang api dan tub mandi.

Kredit : kristiemaewolfe

Dengan pendapatan 3 Airbnb terdahulu, beliau kini mempunyai wang untuk dibelanjakan.

Airbnb yang digelar Hotel Kentang ini menelan belanja RM 120,000 untuk disiapkan.

Kredit : kristiemaewolfe

Airbnb ini sewanya RM800/malam. Walaupun luarannya nampak hodoh saja, Airbnb ini juga ditempah penuh sehingga berbulan-bulan lamanya.

Setelah rumah kentang ini siap, beliau juga membeli tanah di tepi tasik.

Di situ, beliau membina sebuah Airbnb yang nampak seperti kapal karam yang tersangkut di tebingnya.

Pendapatan Dari Airbnb

Kejayaan 4 Airbnb terawal beliau membolehkan beliau mengutip pendapatan sekitar RM 1.6 juta setahun.

Lebih manis lagi, beliau tidak membuat sebarang pinjaman bank untuk mana-mana Airbnbnya.

Katanya, tiada bank yang mahu berikan anda pinjaman untuk sebiji kentang.

Perancangan Sekarang

Beliau sekarang dilaporkan berada di kawasan terpencil Oregon untuk Airbnb terbarunya.

Dan kata beliau ia tempat yang hanya boleh diakses dengan bot.

Seperti biasa, beliau akan berkampung berbulan-bulan di dalam hutan untuk menyiapkan Airbnb beliau dengan tangannnya sendiri.

Tiada elektrik, tiada air dan akses yang sukar bukan masalah. Kurang dana juga bukan alasan untuk Kristie.

Rumah dibinanya mungkin kecil. Tapi bukan azam dan usaha wanita ini.

Rumah pokoknya kini tersenarai sebagai antara 10 penginapan paling mahu dicuba diantara seluruh penginapan di dunia.

Tambah manis lagi, ibunya sentiasa dekat bersamanya — untuk mengingatkannya agar jangan lupa makan semasa menambah koleksi empayar Airbnb bertaraf lagenda.

Sumber:

Jomjalan