JomVaksin! Ini Promo, Voucher & Freebies Untuk Anda Yang Dah Divaksinasi

Kalau anda bakal ada appointment untuk vaksinasi, post ini khas untuk anda.

Kat bawah kami senaraikan promo, voucher dan special offer untuk anda bila anda sudah divaksinasi nanti.

So jom tengok apa yang boleh diredeem nanti.

Promo Makan / Minum

llaollao Malaysia

Dah kena #CucukMyAZ, sedap juga kalau layan frozen yoghurt.

Untuk llaollao Malaysia, anda boleh walk in, tunjuk My Sejahtera dan dapatkan diskaun 15% OFF.

Info lanjut kat sini.

Lokasi : Semua Outlet dalam Malaysia | Tarikh Tamat : 31 Ogos 2021

MyLaksa

Pekena laksa lepas vaksinasi pun best.

50% OFF pula dengan MyLaksa.

Info lanjut kat post Mylaksa sini.

Lokasi : Semua Outlet dalam Malaysia | Tarikh Tamat : sementara stok ada

Churitto’s Fresh Mex

Untuk yang duduk Subang Jaya, untunglah kalau dah vaccinated.

Boleh dapat taco dengan air mojito free kat Churritos ini.

Info fasal offer makanan, air free ini kat sini.

Lokasi : Subang Jaya outlet & Publika mall | Tarikh Tamat : sementara stok ada

Secret Recipe

Kat Secret Recipe, anda yang dah divaksinasi boleh dapat air free. Tapi beli main course dulu.

Nak tau lagi lanjut, klik sini.

Lokasi : Semua Outlet dalam Malaysia | Tarikh Tamat : 30 June 2021

US Pizza

US Pizza pula bagi pizza free. Tapi, kena beli pizza atau makanan lain, RM 30 ke atas dulu.

Nak tau lagi lanjut klik sini.

Lokasi : Semua Outlet dalam Malaysia | Tarikh Tamat : 30 June 2021

Krispy Kreme Donut

Kalau suka benda manis-manis, beli 1 donut, dapat donut free ini ngam sangat la buat kudap lepas cucuk.

Info lebih lanjut kat sini.

Lokasi : Semua Outlet dalam Malaysia | Tarikh Tamat : sementara stok ada

Wizards Tribeca

Ada lagi banyak kopi dari darah dalam badan? Kalau ya, ini tawaran yang tak boleh nak dilepaskan.

Satu minum lepas vaccinated. Yang free bagi partner yang penat drive.

Info lebih lanjut kat sini.

Lokasi : Bukit Bintang | Tarikh Tamat : sementara stok ada

My Burger Lab

Mengidam burger? Boleh layan burger kat sini, dengan voucher RM10 0FF kat Burger Lab.

Yang penting, dah divaksinasi. Dan redeeem guna app Burgerlab.

Info lanjut kat sini.

Lokasi : Semua outlet yang ada | Tarikh Tamat : tiada info

Hotel & Mall

Sunway Putra Mall

Yang ini pula yang ambik Astra Zeneca kat PWTC.

Boleh dapat voucher RM 10 free.

Lokasi : Sunway Putra mall | Tarikh Tamat : tiada info

Sunway Resort & Sunway Clio

Ambil vaksinasi kat Sunway Convention Center? Ada offer untuk berehat kat dalam bilik hotel Sunway Resort atau Sunway Clio. Dua-dua dekat dengan tempat vaksinasi.

Pilih nak rehat 4 jam pada RM 80 ataupun lepak lama lagi, 8 jam untuk RM 150.

Nak pi Sunway Lagoon belum boleh lagi. Sabar ye bang!

Info kat sini.

Lokasi : Sunway Putra mall | Tarikh Tamat : tiada info

Hotel Thistle

Ini pula untuk orang PD & JB. Boleh dapat 30% OFF dari hotel Thistle.

Info lanjut kat sini.

Lokasi : Thistle PD & JB | Tarikh Tamat : 30 June

Food Delivery

Happy Fresh

Tak semua promo untuk walk ini.

Sebab yang ini pula voucher RM 10 dari Happy Fresh. Boleh duduk diam-diam kat rumah dan order groceries online saja.

Cara redeem boleh rujuk sini.

Lokasi : Di mana servis HappyFresh ada | Tarikh Tamat : tiada info

Okay semua, ada lagi beberapa offer yang kami tinggalkan.

Bukan apa, takut ada offer kek atau lauk yang memang halalnya kami tak pasti.

Apapun, kalau belum register, boleh buat cepat. Lagi ramai yang dappat vaksin, lagi cepat kita travel.

Dah keras kejung duduk rumah ni kan?

Okay guys, #JomVaksin!

Jomjalan