Sempena PKP, PKPD dan juga macam-macam cabaran tahun 2021, hotel Royale Chulan ada buat promosi untuk semua hotel-hotelnya.
Ada yang khas untuk Damansara dan Penang dan ada untuk semua hotel sampai ke Cherating.
Jom tengok apa promosi bilik Royale Chulan yang ada untuk anda jimat 2021 ini.
Duduk Diam Diam 3.0

Ini khas untuk Royale Chulan Penang. Boleh tidur kat hotel yang best untuk honeymoon ini pada harga tak masuk akal — RM 100 saja.
Nak book? Sila call 04 259 8888 atau email enquiry.rcp@royalechulan.com .
Sah sampai 30 Jun 2021.
Book Sekarang, Stay Kemudian

Ini promosi bayar dulu, dan datang menginap kemudian. Tapi khas untuk Royale Chulan KL dan Damansara (yang ni dekat dengan mall The Curve).
Book kat website Royale Chulan. Pakai kod GoGoGo . Anda akan juga dapat RM10 voucher BH Petrol, RM30 voucher untuk anda guna pada penginapan seterusnya kat Royale Chulan.
Harga biliknya RM 230.
Sah sampai 31 September 2021 ini je ye?
Promosi Untuk Frontliner

Kalau anda frontliner, anda boleh dapat tidur kat Royale Chulan pada harga jauh lagi murah dari biasa. Dan lagi murah kalau book dengan Booking atau Agoda.
Kena book online kat website. Pakai kod RCFRONT . Dan bila dah sampai hotel, tunjuk ID kad anda — tak kisahlah kad polis atau ID yang tunjukkan anda itu termasuk kumpulan frontliners.
Tapi sah sampai 31 Julai 2021 saja.
Pakej Belajar dari Hotel

Ini untuk anda dan anak yang dah lemau sebab dia bosan belajar dari rumah. Boleh tempah bilik hotel dan study kat situ.
Anda boleh gunakan bilik kat hotel Royale Chulan dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Makan tengahari pun ada sekali. Parking free, internet pun free.
Harganya RM 100 saja. Dan kalau rasa nak sambung tidur, tambah RM 80 lagi.
Sah sampai 31 Julai 2021.
Nak book? Yang ini kena call 03-26889688 atau email terus ke info.rckl@royalechulan.com
Pakej Kerja Dari Hotel

Kalau anak tak lemau, tapi anda yang nak lepak hotel sambil kerja, pilih yang ini.
Dalam pakej ini anda boleh duduk dalam bilik hotel Royale Chulan dari 8 pagi – 8 malam. Wifi dan parking free. Makan tengahari pun ada sekali. Dan dapat free voucher RM 20 untuk next stay.
Kalau nak print apa-apa, boleh dapat free print 10 muka.
Harga pakejnya RM 149 saja.
Mad Crazy Offer MCO

Ini pula khas untuk Royale Chulan Cherating.
Bilik chalet cuma RM 99 satu malam. Tapi kena book minima 2 malam.
Nak book, terus call 09-581 9000. Promo ini sampai 30 Jun 2021. Tarikh menginap sampai hujung tahun ini.
Okay, so ada 6 offer berbeza. Tapi semua untuk hotel-hotel Royale Chulan merata Malaysia.
Jom book sementara offer masih ada!