Nak cuti kat Banting ?
Kalau datang untuk anniversary, honeymoon atau hari jadi, wajib book cafe Qidot/The Iram ini.
Sebab boleh rasa vibe ala country kat negara sejuk gedi.
Gaya Countryside
Dari tepi jalan, cafe ini memang saiznya nampak mini.
Tapi bila datang dekat, nampak gaya macam kat luar negeri.
Dan dalamnya pun seakan cafe mewah Eropah.
Memang ngam untuk dine in berdua.
Lagi-lagi untuk sambut hari istimewa.
Menu Qidot Cafe
Kat sini ada lauk Melayu, Western sampailah ke kek dan kopi.
Tapi kalau tak tahu nak order apa, cuba butter chicken rice.
Lauk ini bestseller kat Qidot Cafe ni.
Untuk lauk Western, boleh pilih dari pizza dan pasta sampai grilled chicken nya.
Tapi kalau nak yang ringan-ringan, order bubur, thai chicken salad atau nugget.
Atau lepak petang, makan kek, minum kopi.
Waktu Operasi
Kalau nak datang, plan untuk makan tengahari, petang atau malam.
Jangan datang waktu pagi.
Sebab cafe ini, 12 tengahari baru nak mula operasi.
Reserve Dulu
Dan sebab ia kecil saja, kena reserve sebelum dine in ya?
Boleh book kat link rasminya.
Kredit gambar : Qidot Cafe
Lokasi : Lot 1658, Batu 9, Jalan Klang – Banting, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor