Rakyat Malaysia DiDakwa Memasang Kamera Dalam Tandas Flight United Airlines

Seorang rakyat Malaysia bernama Lee Choon Ping menjadi orang pertama yang didakwa atas pertuduhan Video Voyeurism, setelah dikatakan memasang kamera di tandas kabin kelas pertama United Airlines dari San Diego ke Houston.

Lee yang merupakan pekerja syarikat minyak Halliburton dikatakan melakukan perbuatan tersebut pada 5 May 2019, dan ditahan pada minggu ini oleh pihak berkuasa Amerika.

Dokumen mahkamah menyebut bahawa dalam kejadian tersebut, seorang penumpang wanita United Airlines penerbangan 626 menyedari adanya lampu yang berkelip di dalam tandas kelas pertama penerbangan itu.

Wanita itu mengambil alat tersebut yang dikatakan berada dalam keadaan longgar di engsel pintu tandas dan menyerahkannya kepada krew kabin. Krew akhirnya menyerahkannya kepada pihak berkuasa di George Bush International Airport.

Pihak keselamatan lapangan terbang mengesahkan bahawa ianya adalah alat untuk merekod video.

Penelitian Video Membawa kepada Lee

Dari video yang dirakam, pihak berkuasa mendapati rakaman seorang lelaki sedang memasang alat tersebut di dalam tandas.

Wajah lelaki itu tidak kelihatan. Akan tetapi pihak berkuasa menggunakan sistem pengawasan di lapangan terbang untuk mencari lelaki dalam video ini — yang direkod memakai jam di tangan kiri, gelang di tangan kanan, berbaju lengan pendek biru, dengan jeans biru dan kasut hitam yang mempunyai trim putih di tapaknya.

Dengan bantuan majikannya iaitu Halliburton, pihak FBI juga diberikan butiran tarikh perjalanan Lee dan rakaman beliau di tempat kerja yang menyaksikan beliau memakai jam dan rantai yang sama seperti lelaki di dalam video berkenaan.

Halliburton juga mengesahkan yang Lee berada dalam penerbangan tersebut pada tarikh kejadian, dan duduk di kabin kelas pertama.

Selain rakaman dalam penerbangan United itu, alatan tersebut juga mempunyai rakaman video-video lain.

Menurut sumber, terdapat rakaman video sekurang-kurangnya dua lagi wanita yang dirakam di dalam tandas sewaktu penerbangan Emirates Airlines.

Lee adalah orang pertama yang didakwa atas tuduhan video voyeurism sejak ia dikuatkuasakan pada 2004.

Jika sabit kesalahan Lee mungkin akan dikenakan penjara selama setahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>