hanphone terbaik untuk travel

Redmi Note 5 – 3 Sebab Mengapa Ini Phone Mid Range Terbaik Untuk Travellers

hanphone terbaik untuk travel

Bila cerita pasal jalan-jalan, tak sah kalau tak bergambar. Dan kalau dulu semua orang rajin menggendong DSLR, sekarang cukup dengan phone saja.

Dan gambar cantik juga alasan kaki travel untuk habiskan duit untuk iPhone dan Samsung.

Tapi, walaupun ramai yang sukakan Apple atau Samsung, kami tetap memilih Redmi Note 5 sebagai phone mid-range terbaik untuk traveller sehingga pertengahan tahun 2018 ini.

Mengapa? Ini sebabnya.

Bateri Tahan Lama

redmi note 5Rata-rata yang travel akan bawa powerbank. Bukan apa, iPhone dan Samsung Galaxy mereka makan bateri macam jerung makan tuna — lahap, tanpa belas kasihan.

Dan kalau bateri dalam Samsung hanya sekitar 2600 ke 3000 mAh, bateri iPhone 8 pula tak sampai ke 2000 mAh.

Bila dah di luar, dan kerja anda snap dan snap, maknanya gadget anda wajib di charge semula paling kurang sekali sehari. Bila powerbank pun dah habis charge, phone pun habis charge, terasa nervous, takut-takut bateri mati masa nak buat call.

Sebab inilah powerbank selalunya wajib diusung. Tapi ini tak ideal langsung kalau nak berjalan. Nak kendong backpack lagi, pangku anak, barang susu anak lagi. Adeh.

Redmi Note 5, baterinya 4000 mAh, kak Mah. Kalau setakat sehari kat luar, tak perlu powerbank. Dan kalau penggunaan tak kuat, boleh tahan sampai 2 hari.

Tak percaya? Cuba tanya heavy gamers yang ada Redmi Note 5.

Dua Sim Kad – Senang Weh

Nampak macam benda tak penting. Tapi kalau anda kerap travel disebabkan kerja dan ada 2 telefon — satu company punya, dan satu anda punya, sekarang anda boleh bawa satu phone saja.

Whatsapp? Tak ada masalah pun.

Sebabnya sistem Redmi membolehkan anda clone apa jua apps dalam phone anda. Klik2 dah siap clone.

Skype, Telegram, Whatsapp. Cakap saja. Semua boleh. Dari satu, jadi dua.

Kalau anda hanya pakai satu sim, pun ada gunanya. Sebab bila travel overseas, boleh gunakan satu lagi slot untuk beli simkad lokal. Tak perlu swap simkad.

Anda orang berniaga? Lagi best kalau dengan Redmi Note 5. Sebab bila anda sibuk memborong di China, satu phone ini sudah cukup untuk handle call dan message yang masuk ke phone business dan personal.

Nampak simple kan, tapi orang yang dah gunakan phone 2 sim ini memang tak toleh ke belakang dah.

Harga Bawah RM 900

Untuk travellers, duit kena simpan lebih untuk travel. Dan untuk itu, phone tak perlu mahal sampai perlu jual buah pinggang.

Redmi Note 5 ini cuma RM 800 untuk 4Gb RAM dan 64Gb memori. Dengan Snapdragon 636, memang tak ada masalah lag atau panas, dan memang murah kalau dibandingkan dengan handphone lain dengan spec yang sama.

Jangan risau tentang kualiti. Sebabnya jenama Xiaomi ini sekarang jenama yg meningkat naik untuk negara yang pentingkan barang berkualiti pada harga murah — macam kat India dengan Sepanyol.

Dan boleh tanya pada yang sudah merasa Xiaomi. Dengan duit yang dilabur dan spec yang dapat, berbaloi atau tak investment mereka tu?

Kualiti Kamera Not Bad

kamera redmi note 5Satu masa dulu, kualiti kamera Xiaomi memang boleh digelak-gelakkan.

Tapi sejak Xiaomi buka makmal khas untuk kamera, syarikat lain dah mula debar-debar. Sebabnya simple. Phone Xiaomi dah boleh mengalahkan phone Samsung dan Apple yang 2 x ganda mahalnya.

Mi 8 yang bakal datang ke Malaysia Ogos ini, contohnya cuma dalam RM 2000, tapi kalau kamera, dah mengalahkan kamera Google Pixel dan iPhone X, dan setaraf dengan kualiti Samsung S9 Plus.

Untuk Redmi Note 5, dengan harganya, kualiti kamera memang tak sehebat S9 atau iPhone X.

Tapi ia datang dengan 2 kamera utama, 12MP + 5MP dengan AI. Kalau setakat nak bergambar bokeh, memang boleh.

Kamera selfienya, 13 MP, pun dengan AI.

Walaupun kamera bukan kekuatan phone ini, tapi kualitinya setanding dengan phone yang harganya sekitar RM 1000.

Yes, ada phone lain macam Nova 2i dengan kamera lebih baik. Tapi kami juga tahu yang phone yang RM 400 lebih mahal itu simcard keduanya tak support 4G, kadang-kadang lagg tanpa sebab dan kualiti grafik kalau bermain game, mengecewakan.

Dan dengan 3 sebab utama – bateri, harga dan 2 sim di atas, kami nobatkan Redmi Note 5 sebagai phone mid-range terbaik untuk travellers.

Maih tak puas hati sebab nak handphone yang kameranya badaboom? Tunggu phone terbaru Xiaomi — Mi 8 kak Mah ya?

7 comments

  1. usb kebel redmi sama ke daripada usb kebel samsung

    1. Iskandar Suhaimi

      Note sekarang dah sampai ke Note 9, jadi dah lama sgt model ini sis. Dan phone Note skrg kebanyakannya pakai USB-C. Kalau kabel samsung sis pakai USB-C tiada masalah patutnya.

  2. Saya guna Redmi Note 5… Sebelum itu guna Huawei P9. Mmg Huawei lagi bagus tapi dgn harga bawah seribu, sangat berbaloi Redmi ni. Bateri pun tahan lama.

    1. Iskandar Suhaimi

      Ye saudara Ftri. Dgn harga bawah seribu, rasanya susah nak lipat Redmi Note ni. Mungkin Realme contender nya

  3. betui bos.
    satu ciri wajib bila nak pilih fon..kamera kena power.
    dan harga kena murah 😀

  4. Memang terbaik, saya pun baru je beli Xiomi Note 4 memang berbaloi

    1. Iskandar Suhaimi

      Ya. Ramai yg x sedar yg Xiaomi byk catch up dgn jenama mcm Samsung, Apple.

Comments are closed.