Ini Solesor Kampung Beach Resort.
Penginapan dalam kontena.
Tapi suasana luar biasa.

Ada vibe tiny house luar negara.
Boleh datang kalau anda nak rasa cuti kat PD dengan pengalaman berbeza.

Ia pun ada private beach.
Boleh lepak senja-senja.

Kalau geli mandi air kat laut PD, layan saja swimming pool kat sini.

Ia kolam renang air masin. Jenis infiniti.
Ada view pantai bila mandi-mandi.
Jenis Pakej Yg Ada

Bilik kat Solesor ada beberapa jenis.
Ada cabana, ada juga penginapan lebih besar untuk keluarga.

Untuk yang plan datang ramai-ramai, boleh ambik dormnya.
Kat sini, penginapan siap pakej makan sekali.

Bergantung pada promo dan jenis bilik yang anda pilih, selalunya ada breakfast dengan makan malam buffet kat sini.

Aktiviti Kat Sini
Kalau anda datang hujung minggu, dan ramai tetamu lain, bila malam, mungkin ada busking atau pertunjukan api.

Boleh layan show sambil angin laut membelai pipi.
Atau santai kat verandah layan kopi.

Nak berkayak, ada kayak yang boleh disewa.
Nak bergambar pun ada spotnya.

Kalau nak cuci mata, sewa basikal tandem buat ronda-ronda.

Dan kalau dengan anak kecil, sandpit mini ada kat sini.
Atau sewa layang-layang untuk aktiviti petang sama-sama.
So, macam mana?
Ada terasa nak try biliknya?
Lokasi : Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan