Nak kolam renang peribadi dalam bilik atau villa masa cuti kat Langkawi?
Ini senarai lengkap hotel dan homestay yang ada private pool untuk anda.
Pilih saja nak berdua atau untuk keluarga.
Jenis Penginapan
Pool Terbesar : The Danna
Pool Romantik : La Villa, Ritz Carlton, The Datai
Pool Keluarga : Maneh Villa , Erika Villa , Rumah Bendang
Private Pool di Hotel & Resort
Ini senarai resort dan hotel dengan private swimming pool di Langkawi, yang lengkap dengan kemudahan macam restoran, spa dan pantai peribadi. Suasananya pun best untuk forest bathing.
St Regis



Harga Biasa | RM 1500 ++ |
---|---|
Harga Pool Suite | RM 1850 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel 5 bintang dekat dengan pekan Kuah ini ada beberapa villa dengan private pool.
Private pool anda sini pemandangannya power.
Nak extra romantik?
Book sunset villa.
Senang nak layan matahari terbenam dari kolam renang peribadi anda.
Datang ramai?
Pilih Sunset Royal Villa yang lengkap dengan swimming pool sendiri dan dilengkapi dengan 4 bilik.
The Ritz Carlton



Harga Biasa | RM 1700 ++ |
---|---|
Harga Pool Villa | RM 2080 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Villa dengan private pool kat Ritz Carlton ini dibuat dalam kawasan hutan dara yang sudah berumur 10 juta tahun.
Untuk yang berdua, boleh pilih 3 jenis villa.
Setiap satu, viewnya berbeza.
Kalau datang ramai, villa dengan private pool yang ada 2, 3 bilik pun ada.
Private pool kat sini ada dek luar yang besar untuk lepak-lepak tengok view senja.
Kalau anda nak rasa mewah gaya Melayu, ini tempatnya.
The Danna



Harga Biasa | RM 1100 ++ |
---|---|
Harga Private Pool Villa | RM 3000 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Tak minat private pool kecil?
Kalau begitu, pilih salah satu dari 2 jenis villa kat The Danna ini.
Private pool sini memang saiz gergasi.
Pool anda siap ada pemandangan laut lagi.
Dan kalau pool persendirian dalam bilik anda belum pun cukup, hotel ini juga ada swimming pool terbesar dalam pulau Langkawi.
Bilik hotel dengan private pool terbaik kat sini ialah Empress Beach Villa.
Sudahlah lap poolnya besar, jacuzzi pun ada.
[static_content id=”29546″]
The Westin



Harga Biasa | RM 690 ++ |
---|---|
Harga Private Pool Villa | RM 980 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Villa dengan pool kat the Westin Langkawi ini ada dari villa 1 bilik sampai ke 5 bilik.
Semua villa ada ruang tamu, dapur dan bilik tidur besar.
Macam biasa, katil Heavenly Bed nya buat anda tidur nyenyak.
Pantai dalam jarak jalan kaki, dan kalau nak shopping pun senang sebab ia dalam pekan Kuah.
The Andaman



Harga Biasa | RM 450 ++ |
---|---|
Harga Private Pool Villa | tiada info |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini tempatnya kalau anda nak bilik hotel dengan private pool, private beach dan jakuzzi.
Dan nak rasa bercuti gaya mewah dalam resort yang kelilingnya hutan dara.
Dah letih berendam dalam private pool, The Andaman juga ada kawasan verandah tepi bilik.
Boleh lepak bersantai dengan tersayang — memang romantik.
The Datai



Harga Biasa | RM 1300 ++ |
---|---|
Harga Private Pool Villa | RM 3300 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini resort tepi pantai Langkawi yang pernah dianggap antara tempat penginapan terhebat dunia.
The Datai ada villa hutan, dan siap dengan kolam renang peribadi sepanjang 10 meter.
Ia ada 2 jenis villa dengan private pool yang boleh anda pilih.
Kalau nak view laut, pilih beach villa.
Dan kalau nak berendam dalam kolam dan dikelilingi pokok, pilih rainforest villa.
Nak santai di pantai?
Anda dalam kawasan 10 pantai terbaik dunia kalau di Datai.
The Four Seasons



Harga Biasa | RM 2500 ++ |
---|---|
Harga Private Pool Villa | RM 3199 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini resort dengan beberapa villa yang ada private pool untuk couple, atau keluarga dan kumpulan besar.
Saiz private poolnya sederhana saja, tapi kawasan villa anda memang dibuat ideal untuk penginapan keluarga.
Nak lagi best?
Resort tepi pantai ini ada kawasan pantai dengan pasir putih cuma beberapa tapak depan mata.
Nota : Utk versi bahasa Inggeris artikel ini, sila layari : 19 Exquisite Hotels, Resorts, and Homestays in Langkawi with Private Pools
Private Pool di Homestay
Penginapan di bawah pula homestay dan villa pulau Langkawi yang ada private pool. Ia lebih murah dan best kongsi dengan keluarga.
Adagaya Villa



Harga Villa | RM 1150 |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Penginapan yang cuma 10 minit dari Pantai Cenang ini ada 3 buah villa, setiap satu ada private pool mini.
Sebab cuma 3 villa, tempat ini memang sesuai untuk pasangan baru kahwin nak berhoneymoon dalam suasana private dan tenang.
Villa sini ada dapur dan kawasan ruang tamu, dan cukup besar untuk anda berdua.
Maneh Villa



Harga Villa | RM 1450 |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini villa yang ada kolam dalam bilik.
Vila kat sini sesuai untuk yang berhoneymoon dan juga keluarga, sebab ia ada villa 1 bilik, 2 bilik dan juga 3 bilik.
Private pool sini, dikelilingi pokok bunga yang hijau.
Jadi memang ada vibe Bali sikit.
Dan sebab dalam kawasan pantai Tengah, memang tenang.
Dan kalau nak ke Cenang, pun senang.
Ambong Pool Villa



Harga Villa | RM 1750 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ambong Pool Villa kat Langkawi ini ada 9 villa yang setiap satu ada private pool 12 meter.
Dan selain untuk honeymooners yang nak villa 1 bilik, ia juga ada villa 2 dan 3 bilik buat family.
Bestnya, villa kat sini menghadap laut Andaman.
Setiap villa juga ada dapur, ruang tamu dan katil king size untuk cuti yang nyaman.
Villa Paddy



Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
Harga Private Pool Villa | RM 650 ++ |
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Selain bilik harga bajet, Villa Paddy ini ada beberapa villa 1 bilik yang ada private pool.
Kawasan ini dalam area sawah padi.
Kalau petang anda boleh pusing kawasan dengan basikal, dan malam berendam dalam kolam dengan hubby.
Ini juga antara penginapan dengan private pool yang termurah kat Pulau Langkawi.
Villa Sawah Erika



Harga Villa | RM 750 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Kalau anda datang dengan family, dan nak villa 3 bilik dengan private pool yang murah, ini pun okay.
Ia betul betul di tepi sawah padi.
Pantai Cenang tak sampai 15 minit kalau anda nak shopping, santai atau cari makan.
The Villa Holiday Homes



Harga Villa | RM 1800 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini antara villa dengan kolam renang peribadi untuk 6 – 8 orang tetamu yang bukan sahaja mewah, tapi ada extra service.
Kalau anda nak chef sendiri dan juga urutan masa kat sini, boleh request.
Biliknya ada 3, dan hiasan dalaman gaya Indonesia.
Villa Laman Padi

Harga Villa | RM 1300 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Untuk yang nak ke Langkawi, tapi ada feel Bali pilih yang ini.
Sesuai untuk 6 orang, ini villa 2 tingkat yang private pool nya cukup luas.
Tepi pool, ada kawasan taman lapang untuk anak-anak berlari.
Memang rasa tropik.
Dan kalau nak ke Cenang, 10 minit saja.
Villa Sawah



Harga Villa | RM 790 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak kolam dalam homestay?
Dan nak suasana kampung Melayu?
Ini jawapannya kalau kat Langkawi.
Villa sini memang untuk family sebab ia ada 3 bilik.
Private pool anda pun letaknya kat tengah-tengah villa.
Layan la sampai kecut semuanya.
Villa Malinja



Harga Villa | RM 1080 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Kat sini bukan saja ada kolam renang dalam bilik tapi siap ada mini golf kat tepi.
Jadi untuk yang kaki golf, boleh honeymoon kat sini.
Villa 1 bilik ini tak jauh dari Cenang.
Cuma 10 minit drive tenang-tenang.
Villa Tiga Datai



Harga Villa | RM 400 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Yang ini penginapan gaya Bohemian.
Kelilingnya pula dusun.
Private pool anda ada di tengah, dan dikongsi dua villa.
Villa ini simple saja.
Sesuai untuk yang nak rehat di bilik bersama.
Dan kalau nak ke Oriental Village naik kereta kabel, cuma 5 minit berkereta.
Untuk jadikan ia memang private pool, tempah 2 villa sekaligus untuk keluarga.
Rumah Bendang



Harga Villa | RM 2000 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ha! Yang ini pula homestay yang ada private pool — khas untuk yang datang bercuti kat Langkawi dengan family atau member-member.
Boleh masuk sampai 15 orang.
Yang bestnya, swimming pool kat sini jenis infinity.
Dengan view lumayan menghadap sawah padi.
La Villa



Harga Villa | RM 899 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kami tutup list ini dengan La Villa.
Tempat ini bukan saja ada private pool, tapi suasana yang buat anda nak terperap kat bilik.
Sesuai sangat untuk berhoneymoon sebab ia cantik dan romantik.
Villa ini juga dekat dengan pantai Tengah.
Jadi kalau kolam peribadi anda belum cukup, boleh mandi atau ambil angin kat laut senang-senang.
So guys, cukup banyak pilihan untuk anda yang tercari-cari resort dan hotel dengan private pool kat Langkawi.
Memang banyak yang ada.
So, yang mana yang anda suka?