14 Resort & Hotel Tepi Pantai Penang Untuk Layan Laut Cuti Nanti

Nak duduk kat hotel tepi pantai masa cuti kat Pulau Pinang nanti?

Biar kami bantu.

Ini senarai hotel-hotel yang hampir dengan pantai atau ada akses ke laut untuk anda pilih masa cuti.

Pantai Batu Ferringhi

Untuk tidur kat hotel area pinggir pantai di Penang, lokasi paling popular ialah di area Batu Ferringhi. Kat bawah adalah hotel-hotel terbaik yang boleh ditempah nanti.

Hard Rock Hotel

pantai luas di belakang hotel hard rock pulau pinang
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Suka muzik? Nak hotel classy kat Penang yang ada pantai kat tepi?

Hard Rock ini antara hotel yang paling best masa cuti.

Kalau datang berdua, ada bilik dengan akses ke pool kat tepi.

Untuk family, boleh pilih bilik Roxity supaya nanti anak ada bilik sendiri — siap dengan Playstation dan TV.

Nak mandi dengan keluarga?

Pool kat sini antara yang terbaik dalam seluruh pulau yang ada.

Untuk mandi laut, pantai Batu Feringghi cuma beberapa tapak jalan kaki.

Shangri-La Golden Sands

kawasan hotel golden sands yang dekat dengan pantai batu feringghi pulau pinang
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel kat tepi pantai Penang yang paling best untuk kanak-kanak.

Laut ada kat belakang hotel.

Kawasan resortnya hijau dan lapang.

Dan ia ada Adventure Zone untuk anak — taman tema indoor mini yang siap dengan slide.

Dan kalau itu belum cukup, Kids Club kat sini ada banyak aktiviti yang boleh mereka join.

Swimming pool kat sini pun antara yang terbaik kat Penang untuk anak mandi — sebab macam taman air mini.

Shangri-La Rasa Sayang

pemandangan laut dari hotel shang ri la rasa sayang pulau pinang
Harga BiasaRM 590 ++
Tempah
Tempah

Datang masa honeymoon dan memang nak rehat kat resort tepi pantai Pulau Pinang?

Ini antara hotel pilihan kami.

Kat sini, ada kawasan pesisir hotel yang luas yang dibuat untuk anda betul-betul layan bayu laut dan pemandangan pantai Batu Ferringhi.

Kawasan hotel pun hijau.

Aman dalam taman.

Untuk yang bawa anak, jangan risau.

Mereka boleh layan fasiliti dan akses ke pool di Golden Sands sebelah juga sebab bawah management yang sama (info ini tepat semasa artikel ini ditulis).

Lone Pine Resort

swimming pool di lone pine yang di tepi pantai batu feringghi
Harga BiasaRM 430 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel tepi pantai Batu Feringgi Pulau Pinang yang sempurna untuk yang datang honeymoon dengan cinta hati.

Hotel butik ini tak besar.

Tapi pantai ada kat tepi. 

Kalau tak mahu mandi laut, boleh book bilik yang ada tub mandi menghadap ke arah laut.

Jangan risau.

Ia tetap ada privacy sebab dibatasi pokok rhu tepi laut sini.

Park Royal Hotel

hotel park royal di tepi pantai batu feringghi
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini dinaiktaraf pada 2018.

Jadi fasilitinya lagi moden dari hotel tepi Ferringhi lain.

Ada 3 pool kat sini dan satu untuk anak yang siap ada water slide.

Tapi kalau nak mandi laut pun tak ada masalah.

Sebab ia kat pesisir pantai saja.

Untuk kami, kalau mencari hotel di tepi pantai Batu Ferringhi yang bagus untuk family, selain Golden Sands, ini pilihan kami.

Angsana Teluk Bahang

bangunan hotel angsana pulau pinang yang di tepi pantai feringghi
Harga BiasaRM 320 ++
Tempah
Tempah

Buat anda yang nak hotel tepi pantai di Pulau Pinang yang tak sesak macam Ferringhi, Angsana ini antara hotel terbaik buat anda bercuti.

Kawasan pantai kat sini lebih tenang.

Dan bilik pun ada pemandangan laut untuk anda layan dengan tersayang.

Kalau nak layan slide air terpanjang dunia, taman tema Escape pun tak jauh nak memandu.

Tips : Kalau datang dengan keluarga besar, anda juga menginap di homestay sekitar area Batu Ferringhi.

Pantai Tanjung Bungah

Kawasan ini ada beberapa hotel yang berhampiran pantai. Cuma tak semuanya ada akses kepada kawasan laut yang sesuai untuk mandi.

Hompton By The Beach

hotel hompton by the beach pulau pinang
Harga BiasaRM 295 ++
Tempah
Tempah

Hompton By The Beach ini satu lagi hotel best kat tepi pantai Tanjung Bungah Penang.

Bila menginap kat sini, boleh layan swimming poolnya yang jenis infiniti.

Dan kalau nak ke pantai, ia ada pantai peribadi sendiri.

Bilik anda besar. Dan kebanyakannya dengan pemandangan laut biru di tepi.

Senang cerita, ia hotel paling selesa untuk cuti kat area pantai Tanjung Bungah ini.

Flamingo Hotel

kawasan swimming pool dan pantai hotel flamingo pulau pinang
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel di Penang yang kat tepi pantai, sederhana harganya, dan ada bilik besar?

Flamingo Hotel ini antara pilihan yang ada.

Pantai ada di pesisir hotel.

Dan sebab saiz pantai agak besar, ada aktiviti pantai yang boleh anda layan (macam naik jet ski).

Kalau tak berani mandi air laut yang keruh kat sini, ia ada pool. 

Dan bagusnya lagi, pool hotel Flamingo antara yang terbesar di area ini.

3 Tarikan Paling Top Kat Penang

Mercure Penang Beach

hotel mercure ada di pesisir pantai tanjung bungah penang
Harga BiasaRM 199 ++
Tempah
Tempah

Walaupun hotel ini di area pantai Tanjung Bungah, tak seperti hotel lain di kawasan ini, hotel Mercure ini ada kawasan pantai yang landai dan lebih terjaga.

Bilik kat sini sederhana besar saiznya.

Kalau nak tempah, cari bilik menghadap laut supaya dapat layan pemandangan indah-indah.

Swimming pool pun ada untuk bersantai.

Cuma tak ada pool yang khas untuk anak-anak. 

Lost Paradise Resort

view dari atas hotel butik lost paradise penang di tepi laut
Harga BiasaRM 220 ++
Tempah
Tempah

Untuk rasa macam cuti kat Bali datang ke Lost Paradise ini.

Pemandangan dari resort kecil tepi pantai ini memang tiptop.

Bilik anda luas.

Hiasan dalam bilik pun gaya Bali dan agak funky.

Hotel instagramable ini sesuai untuk yang muda sebab dekorasi dan gaya resort yang warna warni.

Nak ke laut? Boleh.

Cuma pantainya saiz mini.

Dan keadaan air lautnya pun mungkin hanya sesuai untuk celup-celup kaki. 

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Coastal Bliss: 14 Penang Hotels Near the Beach for an Unforgettable Seaside Getaway!

Hotel Sentral Seaview

pool dengan pemandangan pantai dari hotel seaview pulau pinang
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel kat di pesisir pantai yang harganya sekitar RM 150? Ini hotelnya.

Pantai ada.

Tapi saiznya kecil dan airnya kurang sesuai untuk mandi-manda.

Kalau ada bercuti dengan anak, kat sini ada kolam kecil untuk mereka berendam. 

Saiz bilik?

Sederhana luasnya dan sesuai dengan harganya.

Hotel Rainbow Paradise

suasana swimming pool di hotel rainbow paradise pulau pinang
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Kat hotel Rainbow Paradise ini kebanyakan biliknya ada balkoni. 

Jadi boleh layan pemandangan laut dari hotel tepi pantai Tanjung Bungah ini bila senja nanti.

Tapi Rainbow Paradise ini bukan hotel baru.

Jadi, fasiliti bilik anda kebanyakannya sudah berusia.

Untuk mandi kolam, ia ada pool.

Nak ke pantai, kat tepi saja.

Tapi kecil dan terhad pasir putihnya.

Georgetown

Ini pula hotel di tepi pantai bandaraya Georgetown untuk anda yang mahu dekat dengan tarikan Penang.

Hotel E&O

hotel best untuk honeymoon di penang - eastern oriental georgetown
Harga BiasaRM 430 ++
Tempah
Tempah  

Walaupun hotel E&O ini ada kat Georgetown, ini sebenarnya dekat dengan area pantai. 

Dan bila waktu senja masih boleh layan pemandangan laut dari hotel.

Cuma kawasan pantai E&O hanya untuk santai bersiar-siar untuk pemandangan — bukan untuk mandi.

Tapi kalau cuma pemandangan laut yang anda cari, ia antara hotel mewah dan romantik terbaik dalam seluruh pulau ini.

Nak Makan Best kat Georgetown?

kedai makan best Georgetown Penang
1. Tempat Makan Sedap

Kedai-kedai makan sedap dalam Georgetown.

sarapan sedap Penang
2. Sarapan Pagi Best

Tempat utk sarapan pagi best kat area Georgetown.

nasi kandar
3. Mamak Terbaik

Tempat layan nasi kandar dan lauk mamak sedap dalam Penang.

Pantai Teluk Kumbar

Kawasan ini kurang popular sebab ia bukan di bandaraya atau dekat dengan pantai Batu Feringghi yang popular. Tapi airport dekat saja.

Lexis Suite

hotel lexis suite penang
Harga BiasaRM 360 ++
Tempah
Tempah

Nak private pool sendiri dalam bilik?

Kalau ya, Lexis Suite ada bilik dengan pool peribadi untuk anda layan dengan family.

Ia di pesisir pantai Teluk Kumbar — kawasan nelayan Pulau Pinang.

Untuk main ombak atau tengok pemandangan senja terbenam memang senang.

Tapi ini bukan nya kawasan laut yang sesuai untuk mandi-manda.

Untuk pemandangan laut dan hotel tepi pantai Penang yang dekat dengan airport, Lexis Suite adalah hotel yang paling sesuai.

Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel berhampiran pantai atau dekat pesisir pantai di Pulau Pinang yang bagus untuk anda book cuti nanti.

Ada yang ngam untuk honeymoon dan ada yang dibuat khas untuk family.

Yang penting, bajet untuk hotel tepi pantai mesti lebih sikit — disebabkan lokasi dan sebab suasana pantai lagi ramai yang cari.

Macam mana? Dah ada yang berkenan di hati?

Hotel Terbaik Penang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan