observatory di anantara desaru yang buat ia jadi antara tempat top dunia

2 Resort Mewah Ini Buat Desaru Jadi Antara Tempat Terhebat Dunia 2021

Bila Time Magazine mengangkat Desaru sebagai salah satu dari 100 tempat paling hebat dalam dunia untuk 2021, orang Malaysia tertanya-tanya.

Desa-ru? Serious ke?

Kawasan ini dulunya terkenal cuma pada segolongan kaki surfer Malaysia disebabkan ombak pantainya yang mesra sukan mereka.

Tapi kawasan lautnya tak sesuai untuk keluarga mandi-manda. Jadi, Desaru bukan destinasi utama orang Malaysia.

desaru coast water slide

Ini bertukar bila adanya taman tema air Desaru Coast Adventureland dan beberapa hotel mewah baru yang dibuka di kawasan sekitarnya — seperti hotel Hard Rock dan Westin.

Dan bila Time Magazine memilihnya sebagai antara destinasi terhebat dunia, kami percaya 2 resort ultra mewah dengan harga bangsawan ini puncanya.

Resort One & Only

klam renang resort one&only desaru

Resort mewah yang dibuat dalam hutan ini ada private pool untuk setiap penginapannya.

Ia juga satu-satunya resort jenama mewah One&Only di Asia Tenggara — dan memang dibuat untuk mereka yang mahu bercuti dan mengembalikan kecergasan diri.

pool view di one&only

Spa di sini ialah Chenot Spa yang pertama di Asia. Spa terkemuka dunia ini terkenal sebab ia menggabungkan sains dan rawatan antarabangsa. Bukan saja ada urutan, tapi rawatan cantikkan badan, dan rawatan khas untuk anda yang mahukan badan yang optimum untuk aktiviti sukan anda.  

bilik di one&only

Nak main tenis? Boleh belajar teknik yang betul sebab kat sini anda ada jurulatih import yang dah puas bermain di luar negara.

Nak main golf? Course kat sini direka Ernie Els dan Vijay Singh — dua-dua bekas juara dunia.

Nak makan? Chef yang ada di restorannya kebanyakannya pernah bekerja dengan chef-chef Michelin seluruh dunia.

Perlukan bantuan apa-apa? Minta saja dari butler.

Harga bilik? Paling murah bermula dari RM 3,600 satu malam saja.

Resort Anantara

villa anantara desaru

Hotel jenama antarabangsa yang banyak cawangannya di Thailand, cuma ada satu di Malaysia. Desaru ini tempatnya.

Dibuat bukan saja untuk couple, resort mewah ini juga ada villa dan residensi untuk keluarga yang lengkap dengan private pool untuk dilayan bila-bila masa.

observatory di anantara desaru

Gayanya Melayu dan Asia.

Jadi walaupun mewah, anda masih dapat makan hidangan Malaysia macam laksa.

Nak lagi umpph, boleh book Dinner by the Sea, dan layan Anantara spa masa menginap kat sini.

Harga biliknya buat masa ini ada harga khas untuk orang Malaysia.

Bermula dari RM 750 untuk bilik biasa.

tempat makan di anantara desaru johor

Dan untuk yang sudah jatuh cinta dengan Anantara dan nak buat rumah kedua, boleh.

Harga villa bermula dari RM 1.75 juta saja.

Berbeza dengan kebanyakan negeri-negeri lain yang jarang memperkenalkan kawasan pelancongan baru dan inovasi, Johor perlu diberi kredit untuk inisiatif mereka.

pantai di anantara

Dengan kota Iskandar, sistem bas ART dan kini Desaru Coast yang diangkat menjadi antara destinasi terhebat dunia, Johor berterusan mengembangkan kawasan tarikan pelancongan nya agar tidak terhad cuma berlegar di kawasan bandaraya.

Dengan Desaru jadi lokasi terkenal dunia,kerja keras orang Johor sekarang sudah nampak hasilnya.

Persoalannya, negeri lain kat Malaysia nak tengok saja ke?