13 Hotel & Resort Tepi Pantai di Langkawi Paling Best Utk Book Cuti Nanti

Tercari-cari resort tepi pantai Langkawi yang best untuk cuti nanti?

Kat sini kami senaraikan resort & hotel terbaik tepi laut Langkawi untuk layan suasana pantai sepanjang cuti.

Jom pilih yang mana satu sesuai dengan anda.

Pantai Cenang

Kawasan pantai utama di Langkawi ini bukan sahaja ada kawasan pantai untuk mandi, tapi kedai makan, cenderamata dan suasana malam hidup dibandingkan kawasan lain Langkawi.

Pelangi Beach Resort

Harga BiasaRM 450 ++
Tempah
Tempah

Resort tepi Pantai Cenang Langkawi ini dibuat gaya Melayu.

Bilik anda luas, suasana keliling anda hijau.

Untuk main air, boleh berenang di kolamnya yang besar atau mandi di pantai putih yang sedia menanti. 

Bila malam anda boleh bersiar kawasan Cenang.

Bila siang melawat tarikan macam Underwater World dan Laman Padi pun senang.

Kalau anda nak resort area tepi pantai yang bagus kat Langkawi — samada dengan family atau honeymoon dengan cinta hati, dan nak hotel yang dekat dengan tarikan-tarikan kat pulau ini, pilih Meritus Pelangi.

3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi

Casa Del Mar

Harga BiasaRM 890 ++
Tempah
Tempah

Resort ala Sepanyol di tepi pantai Cenang ini kecil.

Tapi sebenarnya kerapkali dipilih sebagai hotel terbaik dalam Malaysia.

Cukup ideal untuk yang datang bulan madu, anda bakal jamu selera di tepi pantai dan dilayan bak raja dari mula anda sampai.

Nak piknik cuma berdua?

Ada servis bawa anda ke pulau terpencil castaway piknik romantik yang tak boleh dilupa.

Pantai Tengah

Resort-resort menghadap Pantai Tengah ini ada pantai yang lebih tenang dari orang, tapi masih dekat dengan Cenang untuk anda cari makan dan santai malam-malam.

Dash Resort

kawasan hotel baru the dash di pesisir kawasan pantai tengah pulau langkawi
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Resort ini untuk orang muda.

Ia bukan saja ada pantai peribadi, tapi juga ada pool besar yang best untuk mandi atau untuk posing buat letak di IG.

Sesetengah bilik di sini ada jakuzi dan bilik anda pun hiasannya funky.

Setiap petang ada live DJ kat sini, membuatkan resort ini macam satu parti.

Sesuailah untuk mereka yang suka dengar lagu masa cuti.

Tapi kalau anda dengan family, atau nak tempat berehat yang sunyi, cari hotel lain dalam senarai kami ini.

Holiday Villa

hotel holiday villa di tepi kawasan pantai tengah
Harga BiasaRM 430 ++
Tempah
Tempah

Di resort Holiday Villa Langkawi, anda dapat pool inifiniti yang luas dan letaknya di tepi pantai putih menghadap laut Selat Melaka.

Bilik agak berusia tapi besar.

Penginapan anda juga ada balkoni untuk anda dan hubby bersantai petang nanti.

Untuk anda yang datang dengan family, mahukan hotel di Langkawi di tepi pantai yang harganya sederhana, penginapan ini boleh dipertimbang bersama.

Frangipani Langkawi

resort franginpani langkawi yang berada di tepi pantai
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Hotel Frangipani di Pantai Tengah ini satu hotel harga sederhana yang ada pantai di tepinya.

Pool di sini kecil sahaja.

Tapi pantai ada depan mata untuk berenang puas-puas bila masa anda suka.

Fasiliti terhad, tapi bilik anda ada balkoni.

Dan kalau nak dekat dengan pantai ada villa-villa pantai yang boleh book cuti nanti.

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Seaside Bliss: 13 Best Langkawi Hotel & Resort Near the Beach for Your Next Vacation Getaway

Pantai Tanjung Rhu

Nak tenang-tenang kat resort dengan pantai putih yang luas (antara tercantik di dunia) dan dekat dengan mangrove tour? Ini kawasannya. 

Four Season Langkawi

hotel four seasons langkawi dengan kawasan pantai dan laut peribadi
Harga BiasaRM 2500 ++
Tempah
Tempah

Ini resort Langkawi yang menggabungkan Barat dan Timur — dengan suntikan elemen Arab di dalamnya.

Hasilnya, resort fusion mewah dalam taman.

Ia sebesar 48 ekar.

Memang luas untuk cuti bulan madu ataupun rehat dengan keluarga.

Bilik anda terluas dalam kelasnya.

Di belakang villa anda, gunung batu kapur prasejarah.

Di depan verandah anda pasir pantai memutih dengan pemandangan indah.

Tapi kena tahu yang ia juga antara hotel termahal yang ada di Malaysia.

Mewah yang anda dapat kat sini berbaloi dengan setiap sen yang anda belanja.  

Tanjung Rhu Resort

kawasan tepi pantai tanjung rhu langkawi
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Dengan pantai peribadi sejauh 2.5 km, ini resort tepi pantai Langkawi untuk anda yang mahu layan pemandangan senja yang power.

Resort anda ada 3 swimming pool, 5 restoran dan juga spa.

Jadi anda tak perlu keluar dari resort ini untuk keperluan cuti anda.

Kalau anda nak explore kawasan sekitar, Kilim Geoforest beberapa minit sahaja.

Dan untuk lihat cenderamata seluruh dunia, Galeria Perdana pun dekat saja.

Pantai Teluk Datai

Ini area untuk anda yang sukakan alam semulajadi dan mahukan cuti di Langkawi yang dekat dengan pantai. Menginaplah kat sini kalau anda nak habiskan masa rehat di resort dan bukan shopping barang duty free.

The Andaman

the andaman resort -- antara resort tepi pantai langkawi paling mewah di pulau ini
Harga BiasaRM 450 ++
Tempah
Tempah

Sesuai untuk anda yang sukakan bunyi unggas dan ombak, the Andaman ini ada pantai peribadi untuk anda layan sejauh 3 km.

Kalau main air belum cukup, anda boleh masuk ke hutan dengan guide atau ikut serta memelihara batu karang di pusat konservasinya.

Untuk si kecil, ada Young Explorer’s Club, untuk ibu ada C Hair Saloon dan V Spa, dan ayah boleh lepaskan gian golf di ELF Club yang tak jauh mana.

The Datai

Harga BiasaRM 1300 ++
Tempah
Tempah

Ini antara resort paling mewah di tepi pantai Teluk Datai.

Resort anda berada dalam hutan dara berumur 400 juta tahun.

Dan kalau nasib anda baik anda boleh terserempak dengan ikan lumba-lumba masa anda di pantai.

Sesetengah villa ada private pool.

Biliknya luas, restoran untuk anda jamu selera bertaraf antarabangsa dan suasana resortnya lebih cantik dari gambar-gambarnya.

Senang cerita kalau anda suka kan hutan dan pantai, dan wang bukan masalah, ini adalah resort tepi pantai wajib cuba di Malaysia.

Pantai Kok

Ini pula kawasan pantai di Langkawi yang ada pemandangan kapal-kapal peribadi. Dan ia dekat kereta kabel Langkawi.

The Danna

suasana dari atas hotel the danna di tepi pantai kok langkawi
Harga BiasaRM 1100 ++
Tempah
Tempah

Hotel mewah ini ada gaya kolonial.

Dan kalau cerita tentang swimming pool, ia ada kolam renang 3 tingkat, yang juga terbesar dalam seluruh pulau.

Setiap bilik ada tub mandi dan balkoni.

Dan hotel anda dilengkapi spa, Kids Room dan 4 restoran, termasuk restoran The Planters yang terkenal di Langkawi.

Pantai anda menghadap 2 pulau kecil.

Siap ada pemandangan kapal-kapal peribadi — suasana yang buat anda rasa macam bercuti di luar negeri.

Untuk ke tarikan utama Langkawi macam kereta kabel, cuma perlu memandu 10 minit dari sini.

Berjaya Resort

tempat makan tepi pantai di berjaya resort
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda suka bunyi ombak, ini antara hotel tepi pantai Langkawi yang ada villa atas laut untuk anda book cuti nanti.

Dekorasi bilik biasa saja, tapi besar dan selesa.

Nak honeymoon?

Ambil chalet atas air sebab anda boleh layan jakuzi dari bilik sambil tengok berlabuhnya matahari senja nanti.

Pantai peribadi ada di tepi pool besar — sesuai sangat untuk yang holiday dengan family atau dengan suami atau isteri.

Ritz Carlton

ritz carlton langkawi
Harga BiasaRM 1700 ++
Tempah
Tempah

Resort mewah Ritz Carlton Langkawi ini dikelilingi hutan yang dihuni monyet lemur dan burung enggang — sesuai untuk anda yang mahu cuti dengan bunyi unggas untuk buat hati tenang. 

Dibuat dengan gaya Melayu-Siam, resort ini ada 90 suite yang luas dan 29 villa yang dilengkapi private pool.

Selain bilik dengan pemandangan hutan atau laut, resort ini juga ada dengan kolam infiniti, spa di platform atas laut, dan katil selesa yang kerap dipuji.

Hotel ini di tepi pantai peribadi yang cantik.

Tapi tidak sebesar kebanyakan resort tepi pantai Langkawi dalam senarai ini.

Pantai Rebak

Rebak Island Resort

suasana resort vivanta by taj di langkawi
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Apa yang lebih istimewa dari tinggal di pulau peribadi masa cuti?

Dari Langkawi ke sini, anda akan naiki bot dari Cenang.

Dan yang menanti ialah pulau dengan suasana sunyi untuk cuti yang tenang-tenang.

Bilik anda luas.

Kawasannya ada pemandangannya romantik, dan pantai ada sejauh mana yang anda larat untuk jalan kaki.

Senang cerita, sesuai sangat untuk yang selalu ke Langkawi, tapi kali ini datang untuk honeymoon atau anniversary.

Okay, lengkap sudah senarai resort-resort tepi pantai yang best-best untuk cuti anda di Pulau Langkawi.

Ada yang harga bajet sampailah ke mewah dan di pulau peribadi.

Resort tepi laut mana satu anda rasa sesuai dengan kemampuan anda dan kehendak family nanti?

Yang sederhana atau yang penuh fasiliti?

Hotel Terbaik Langkawi

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi

Jomjalan