resort world genting pakej fwh

Resort World Genting Buka Pakej Kemas Katil Sendiri Hingga Disember Ini

Hotel terbesar di dunia, Resort World Genting kini melancarkan F.W.H Package — atau pakej siapkan katil anda sendiri untuk biliknya.

Dengan pakej ini anda akan diberikan katil yang belum dikemas.

Dan cadar, sarung bantal serta duvert cover diberi untuk anda siapkan sendiri katil anda.

Kalau anda ubah fikiran bila check-in, dan anda ingin housekeeping pasangkan semua, charge RM 60 akan dikenakan.

Harga bilik dengan pakej F.W.H ini dikatakan 15% lebih murah dari biasa.

Dengan 7,300 bilik, dan kekurangan pekerja di hotel-hotel sekarang ini, pakej ini bukan sesuatu yang pelik.

Malah ia alternatif unik untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja housekeeping dan tetamu yang ramai semasa cuti.

Lagi-lagi dengan adanya 2 taman tema di sini — Skyworld dan Skytropolis.

Kredit : greg_pearn

Reaksi netizen tentang pakej ini bercampur-campur.

Ada yang bergembira kerana mereka sekarang boleh memastikan yang cadar dan sarung bantal ditukar semua, dan ada yang kata — apa lagi selepas ini? Pakej kemaskan bilik selepas check-out pula?

Anda macam mana?

Nak kemaskan katil sendiri masa cuti nanti?