Kata orang ini restoran Itali halal no 1 kat KL.
Dan boleh makan dengan tenang sebab ownernya Melayu.
Menunya ada gaya rasa Itali yang asli, dan itu yang buat ia padu.
Bolehlah lepas rindu holiday kat sana dulu.
Apapun, lauknya dikatakan dimasak supaya hampir dengan menu kat Positano sana, walaupun owner restoran ini orang Melayu dari Singapura.
Bila restoran pertama kat Singapura berjaya, mereka buka kat mall Publika KL pula.
Lauk signature kat sini Positano Super Supreme Calzone.
Tapi kalau nak bawa si buah hati masa anniversary, boleh cuba menu dengan lauk yang ada dimasukkan bahan jarang jumpa – macam truffle yang selalu cuma nampak dalam TV.
Squid ink pasta kat sini pun ramai yang suka.
Selain pasta dan pizza, ada banyak menu lain untuk anda rasa.
Jadi kalau tak tahu nak order apa, jangan berat mulut bertanya kat waiter.
Tempat ini selalunya sesak untuk dinner hujung minggu.
Nak santai makan?
Kenalah plan untuk datang hari bekerja. Baru makan lebih selesa.
Kalau tak pun, order online untuk tapau makan kat rumah atau bilik hotel saja.
Oh! Tentang harga, memang agak tinggi.
Sesuailah dengan vibe dan reputasi.
Senang cerita, ini boleh di reserve kan untuk waktu istimewa.
Bolehlah share post ini dengan si dia untuk dijadikan shortlist sambut birthday atau anniversary anda nanti.
Lokasi : Level G3, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur