Ramai yang datang KL nak layan kawasan KLCC dengan Bukit Bintang.
Tapi ramai juga tak tahu nak pilih sebab ada banyak hotel kat kawasan ini yang ada.
Tak apa. Ini kami nak cerita. Antara banyak-banyak hotel yang ada kat kawasan KLCC, hotel Traders ini yang kami rasa antara yang power.
Mengapa? Kat bawah ini sebabnya :-
Sarapan Memang Puas Giler
Nota : Suasana sebegini adalah sebelum Covid.
Kalau anda suka makan, ini antara hotel kat KL yang ada breakfast spread-nya antara yang paling banyak pilihan, sampai tak tahu nak makan apa.
Ada buah, yoghurt, kek, roti dan macam-macam jenis makanan pagi, dari Melayu ke Cina dan Jepun.
Tempat duduk pula memang best. Sebab kalau anda dapat makan kat kawasan tepi, boleh lepak santai makan dengan aman dengan famili.
Kos sekepala makan sebegini kami anggarkan tak kurang RM 40 – RM 50 seorang kalau makan di luar sekitar sini. Jadi memang jimat kalau makan dengan suami/isteri dan 2 anak kecil, sebab kos makan pagi dah masuk harga bilik.
Silap-silap, lepas breakfast, kenyang sangat sampai sambung tidur lagi.
p/s Kalau suka seafood, kat sini juga ada Bucked Out Seafood Market, untuk makan malam Jumaat dan Sabtu. Satu kepala dalam RM 150 untuk anda makan seafood puas-puas. Udang galah, sotong, ketam, kepah, ikan semua ada.
Taman KLCC Kat Tepi Je
Hotel ini memang kurang sesuai kalau anak anda nak mandi pool, sebab ia hanya ada pool dewasa.
Tapi kalau anak-anak anda bawah umur 6 tahun, masih bukan masalah. Sebab ada kolam randuk kat taman KLCC tepi hotel. Jalan kaki 2 minit dah sampai.
Dan sebab kawasan taman KLCC pun ada taman permainan yang besar, anak memang boleh layan sampai lemau. Anda saja, larat tak larat nak tunggu.
Kawasan taman ini juga banyak lokasi nak bergambar. Jadi bersepah gambar selfie, wefie dan sebagainya yang boleh anda snap untuk follower kat IG.
Bilik Moden, Ringkas – View Cantek!
Kebanyakan bilik hotel kat KL, bila buka tingkap, nampak traffic yang memanjang jem.
Kat sini, kebanyakan bilik, selak langsir, nampak KLCC.
Jadi bila malam, memang seronok duduk tepi tingkap layan view yang macam dalam movie. Ada kerusi tepi tingkap untuk anda lepak lama dan berangan kaya.
Lagi power kalau datang masa tahun baru. Layan bunga api dari bilik saja.
Bilik Traders ringkas, jadi rasa luas. Dan kalau datang nak bekerja, kerusi dengan mejanya memang dibuat untuk itu.
Katil empuk dan juga besar. Memang puas dan selesa tidur. Tak kisah datang sebab cuti atau honeymoon, biliknya memang best untuk rehat anda.
Setiap bilik pun ada bath tub. Tak kisahlah untuk anak atau anda, memang boleh berendam sampai lebam.
3 Tarikan Paling Top Kat KL
Boleh Pi KLCC Siang, Malam
Kalau nak ke KLCC jalan kaki boleh. Sebab cuma dalam 5 minit.
Tapi kalau malas, nak tunggu buggy free pun boleh. Buggy ini ada untuk trip pergi balik, pagi sampai malam. Jadi boleh shopping habis-habisan, pi Skybridge atau ke Aquaria bila-bila masa sahaja.
Dan kalau nak ke Bukit Bintang atau pergi cari makan kat Kampung Baru, tak jauh mana dengan kereta ataupun naik Grab.
Dari dalam KLCC, pun boleh ambil tren dan ronda satu KL dengan tren sahaja.
Pendek kata, kalau anda datang dengan suami, isteri, atau 1 atau 2 anak kecil, ini memang antara hotel terbaik di KL yang kami sarankan. Lagi-lagi kalau datang KL, cuma sesekali.
Pada kami, hidangan paginya sahaja sudah memukau. Tapi dengan lokasi power, pemandangan cantik dan biliknya yang selesa, hotel ini letaknya atas dari kebanyakan hotel di KL yang pernah kami cuba.
Amacam? Bila nak merasa ke Traders?
Harga : RM 280 – RM 800
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |