suasana fuggerei german

Rumah Sewa 3 Doa Ini Tarikan Pelancong Yang Rare kat German

Agak pelik kalau rumah sewa jadi tumpuan orang luar.

Tapi itu yang terjadi di kompleks yang dipanggil Fuggerei di Augsburg German.

Rumah sewanya biasa-biasa sahaja.

Sama macam bangunan kawasan sekitarnya.

3 Sebab Ia Unik

Sebab pertama ia menjadi tarikan manusia ke sini ialah kompleks rumah sewa ini sudah lebih 500 tahun wujud.

Hampir sama seperti waktu Melaka jatuh ke tangan Portugis.

Sebab keduanya ialah, sewanya selama 500 tahun ini, tidak pernah naik-naik.

Dan sebab ketiga, doa termasuk dalam syarat menghuninya.

Harga Sewa Tahap Dermawan

Bangunan di Fuggerei menyimpan rumah sewa antara termurah di dunia.

Sewanya cuma 0.88 Euro untuk setahun.

Atau kalau ditukar kepada wang kita, tak sampai RM 4 (atau RM 0.35 untuk sebulan).

Senang cerita, sewanya lebih murah dari sebiji karipap di Malaysia.

Asal Usul Kompleks Fuggerei

Tempat ini dibuat oleh seorang dermawan bernama Jakob Fugger yang diberi jolokan “Si Kaya”.

Beliau mahu mereka yang beragama Katholik dan miskin di kawasan Ausburg tinggal di satu kawasan tanpa perlu risau tentang masalah kewangan mereka.

Hasrat beliau? Masyarakat yang hidup tanpa hutang.

Jadi Fuggerei diilham dan dibiayai agar jadi kenyataan.

Semasa dibuka, hanya ada 52 rumah sewa di sini.

Sekarang ia punyai gereja, dewan bandaran sendiri dan tambahan rumah lain lagi.

Dan kompleks ini masih dijaga dan dibiayai oleh keturunan Fugger.

Syarat Tinggal di Fuggerei

Untuk tinggal di rumah sewa yang luarbiasa murah harganya ini ada beberapa syarat.

Oleh kerana Fugger adalah seorang Kristian, beliau hanya membolehkan golongan Katholik sahaja tinggal di sini.

Penyewa juga mesti seorang yang miskin tapi ada nama yang baik di kalangan masyarakat (bukan pencuri dll).

Dan satu lagi, selain bayaran sewa, mereka dimestikan mendoakan Fugger dan keturunannya setiap hari.

Pinta Fugger kepada penyewanya?

3 doa sehari untuk kesejahteraan beliau dan keluarga.

Fuggerei Sekarang

Kalau nanti anda ke Augsburg, anda boleh ke sini dan masuk melihat sendiri kompleks Fuggerei ini.

Ia dibuka kepada orang awam dan ada beberapa muzium untuk anda belajar tentang tempat unik ini.

Harga sewa tahap dermawan, dibuat oleh hartawan.

Dan 3 doa kepada tuan rumah setiap hari untuk kesejahteraan satu family.

Macam mana?

Bila anda kaya, teringin tak ikut buat rumah sewa style Fugger nanti?

Kredit Gambar : Laman Fuggerei