Ini senarai tempat sarapan paling best di Johor Bahru.
Dari sate dan roti canai sampai roti pool ada untuk makan pagi you.
Jom pilih mana nak singgah yang mana satu.
Sarapan Pagi Best JB
- 1 Pondok Santapan Larkin
- 2 Warung Saga
- 3 Onn Kitchen
- 4 Masakan Pantai Timur Cek Yah
- 5 Ayam Goreng Dapur Kayu
- 6 Aneka Sarapan Pagi Wak Don
- 7 Roti Canai Bukit Chagar
- 8 Warung Boyan
- 9 Warung Kopitiam Jalan Kangkong.
- 10 Mughni Saujana Cafe
- 11 Warung Pokok Ceri
- 12 Kacang Pool Haji
- 13 Sebulong Corner
- 14 Restoran Serambi Dua
- 15 Cafe Ikhwan JB
- 16 Salahuddin Bakery
- 17 Reaz Corner
- 18 Murtabak Singapura Sungai Chat Kolam Air
- 19 Mat Corner Nasi Ambang
Pondok Santapan Larkin

Kedai makan ni antara yang tempat makan pagi paling popular kat Johor Bahru.
Menu famous kat sini lontong kering dan roti arabnya.
Selain itu, ia juga ada roti jala, laksa johor, nasi ambeng sampai ke lempeng kelapa.
Memang kena dengan selera orang kita.
Tapi ia selalu sesak.
Tak kisahlah cuti ataupun hari biasa.
Lokasi : No. 8, Jalan Puyuh Larkin Jaya, Larkin
Warung Saga

Warung saga ini pun antara tempat makan pagi yang tahap legend kat JB.
Masuk dalam kedai, terpampang potret lama-lama.
Sambil makan sambil mengimbau nostalgia zaman dahulu kala.
Untuk sarapan pagi, boleh cuba laksa johor, lontong sampai mee rebus, tauhu goreng, dan juga laksa.
Pilihan banyak. Boleh rambang mata.
Tapi lokasinya tepi jalan besar.
Parking memang mencabar.
Lokasi : 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru
Onn Kitchen

Kedai ini bukan saja buka untuk sarapan pagi tapi sampai malam juga.
Kat sini, roti canai cicah kuah kari menu yang paling popular.
Tapi ada juga nasi lemak pelbagai lauk, roti jala, goreng-goreng dan western juga.
Kalau nasib anda baik, ada live band pagi-pagi.
Boleh layan lagu sambil makan sarapan kat sini.
Cuma parking bermasalah sebab kat bahu jalan saja.
Lokasi : 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru
Masakan Pantai Timur Cek Yah

Teringin makan pagi lauk orang Pantai Timur?
Singgah sini sebab ia famous dengan nasi kerabu dan nasi dagangnya.
Kalau nak makan yang ringan-ringan, kuih-kuih tradisional macam pulut panggang dan akok pun ada.
Sayangnya parking kat sini memanglah payah selalunya.
Lokasi : 36c, Jalan Sekolah, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru
Ayam Goreng Dapur Kayu

Ini warung makan pagi untuk peminat nasi lemak dengan ayam goreng.
Ayam gorengnya rangup kat luar, juicy kat dalam.
Dan dimasak guna dapur kayu.
Kat sini, ayam gorengnya ada kuah kuah asam pedas atau kuah kari untuk tambah kick makan pagi.
Nak datang nanti, pakai Waze.
Sebab ia kat area kilang – takut sesat nanti.
Lokasi : Kawasan Perindustrian Dato Onn, 80350 Johor Bahru
Aneka Sarapan Pagi Wak Don

Tempat makan ini hanya warung tepi jalan.
Tapi famous dengan roti canai cicah kuah dhal atau kuah kari.
Dan ada juga soto dan lontong kalau anda tak nak minat roti.
Tapi datang kena awal-awal pagi.
Kalau lambat takut tak larat tunggu nanti.
Lokasi : Jalan Mutiara Emas 2/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru
Roti Canai Bukit Chagar

Yang ini pula port orang-orang Johor makan breakfast sebelum masuk Singapura.
Kat sini, anda boleh makan roti canai cicah dengan 3 jenis kuah.
Boleh pilih dari kuah kari ayam, daging ataupun kuah dhal.
Tapi nak makan sini, kena sabar sikit.
Sebab anda kena beratur panjang hanya untuk makan roti sahaja.
Malas nak tunggu?
Boleh order nasi lemak ayam goreng satu.
Lokasi : 394, Jalan Tengku Azizah, Bukit Chagar, 80300 Johor Bahru
Warung Boyan

Nak rasa sarapan pagi asli macam pergi Indonesia?
Warung Boyan ini tempatnya.
Bakso kat sini boleh pilih dari mee, bihun atau meggi.
Tak suka bakso, boleh order pilih sate atau ayam penyet.
Menu dua ini pun ramai yang puji.
Cuma tak sesuai bawa anak kecil dan keluarga.
Ia warung kecil. Dan bertentang dengan tanah perkuburan Cina.
Nota : Kedai ini juga dipanggil Bakso Kubur Cina.
Lokasi : Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru
Warung Kopitiam Jalan Kangkong.

Kalau anda kat area Gelang Patah, boleh singgah kat tempat sarapan ini.
Kat warung ala kopitiam ini ada banyak menu makan pagi.
Ada nasi lemak berlauk, mee rebus, nasi ambeng sampai ke roti.
Cuma kalau dine in kat sini kena sabar sikit.
Sebab tempat kecil, menanti meja kosong itu pasti.
Nota : Ia dibuat kat dalam kawasan bawa porch rumah. Jadi jumlah meja makannya terhad.
Lokasi : 240, Jalan Kangkung, Gelang Patah, 81550 Gelang Patah, Johor
Mughni Saujana Cafe

Cafe ini pula buka dari 7 pagi sampai tengah malam buta.
Lokasinya senang nak jumpa sebab sebelah dengan rumah Menteri Besar saja.
Warungnya kecil.
Menu sarapan pagi pun terhad.
Tapi ia memang popular dengan nasi lemak dan juga lontong keringnya.
Parking macam biasa, kat bahu jalan saja.
Lokasi : 8, Jalan Abdul Rahman Andak, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Warung Pokok Ceri

Warung yang tak jauh dari City Square ini ada banyak pilihan untuk sarapan pagi lauk Kelantan.
Ada nasi kerabu dan nasi dagang.
Kuih muih pun boleh jumpa.
Dari akok sampai ke pengat pisang.
Meja kat sini selalunya penuh.
Jadi cari tempat duduk dulu sebelum anda ceduk makanan.
Dan satu lagi, mencari tempat nak letak kereta memang akan mencabar iman.
Lokasi : Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Kacang Pool Haji

Ini pula kedai makan kacang pool paling famous kat Malaysia.
Bila order menu ini, anda boleh pilih nak roti bakar tebal dengan kacang pool daging ataupun kambing.
Selain menu popular ini, ada juga lontong kering, tauhu bakar, mee rebus, laksa johor sampailah ke nasi ambeng.
Parking macam biasa.
Kat bahu jalan saja.
Lokasi : Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor
Sebulong Corner

Sebulong Corner ini satu lagi tempat makan sarapan menarik kat Johor Bharu.
Kat sini, menu popularnya ialah roti tampal dan nasi lemak dengan macam-macam jenis lauk.
Lontong darat, roti canai dan kuih muih pun ada.
Harga standard warung kampung.
Suasana pun sederhana dan boleh datang dengan keluarga.
Lokasi : 2, Jalan Sebulong, Stulang Bahru, 81100 Johor Bahru, Johor
Restoran Serambi Dua

Kedai ini dulunya bermula dari warung kak Maz.
Dan sudah lama ada, sejak 1993.
Pilihan makanan kat sini banyak, tapi ia lebih terkenal dengan mee wantan gaya Cina.
Mee hokkien dan dimsum pun ada.
Dan kalau nak lauk Melayu, pilih saja lontong atau laksa Johornya.
Lokasi : 18 & 20, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Cafe Ikhwan JB

Cafe ini pula bukan sahaja dibuka untuk makan pagi tapi tengahari dan makan malam juga.
Untuk sarapan pagi boleh layan nasi lemak, roti sarang burung dan roti tampal.
Kalau nak lauk Kelantan, boleh juga order nasi kerabunya.
Kedainya lebih selesa dari kebanyakan tempat makan pagi kat JB ini.
Bolehlah sarapan dengan lebih lega kalau bawa family.
Lokasi : 27, Jalan Utama 43, Mutiara Rini, 81300 Johor Bahru, Johor
Salahuddin Bakery

Kalau nak tengok kedai roti zaman atuk kita, datang ke Salahuddin Bakery ini.
Sejak 1950an, kedai ini memasak roti mereka dengan dapur kayu arang.
Pilihan roti banyak.
Ada roti kaya, karipap segitiga sampailah ke kek pisang style orang dulu-dulu.
Tapi kedai ini tak ada meja.
Memang beli untuk take away saja.
Lokasi : 26, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Reaz Corner

Kedai mamak ini ada kat lorong yang sama dengan Salahuddin Bakery.
Yang paling popular untuk makan pagi kat sini ialah roti canai atau capati dengan kuah kari kambing.
Teh tarik susu kambing pun minuman yang special kat anda boleh order.
Tapi ia sesuai untuk yang datang jalan kaki.
Sebab jalan kat sini sempit.
Parking memang payah nak cari.
Lokasi : 23, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Murtabak Singapura Sungai Chat Kolam Air

Nak cari murtabak Singapura untuk sarapan masa cuti?
Singgah kat sini.
Sebab orang kata ini kedai murtabak Singapura yang famous dan sedap dalam seluruh bandaraya JB.
Boleh pilih dari murtabak biasa ataupun jumbo.
Selain murtabak, roti canai dan mee pun tersedia.
Parking memang ada. Tapi tak banyak mana.
Lokasi : Jalan Kolam Ayer, Taman Kolam Air, 80100 Johor Bahru, Johor
Mat Corner Nasi Ambang

Untuk anda yang suka makan berat masa pagi, datang kat kedai nasi ambang ini.
Tak sah cuti kat Johor kalau tertinggal menu ini.
Bila kat kedai makan ini, anda boleh pilih nasi ambang daging, ayam atau special.
Ia ada dalam Medan Selera Mahsuri.
Jadi kalau nak layan menu layan pun boleh order dari gerai lain kat sini.
Lokasi : 22, Jalan Padi Mahsuri 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Okay, sampai sini sahaja senarai tempat sarapan pagi menarik dan sedap kat JB ini.
Untuk rasa lauk orang Johor, jangan lupa cuba nasi ambang, laksa johor dan lontong darat masa cuti nanti.
Jadi selain makan kenyang, dapat juga pengalaman baru nanti.
So, kedai mana yang rasa nak pergi?