shopping mall terbaru kuala lumpur 2022

Tak Sabarnya! 3 Shopping Mall Baru Kuala Lumpur Untuk 2022

Shopping mall kat KL ada lebih 170 biji. 

Tapi jumlah ini tak menghalang mall baru dibuka untuk warga kota cuci mata.

Ada 3 mall terbaru yang akan dibuka tahun depan. 

Jom tengok apa yang menanti.

Mitsui Lalaport

park di shopping mall kl lalaport

Ini shopping mall Lalaport dari Jepun yang pertama kat Asia Tenggara.

Akan dibuka Januari 2022.

Pengalaman shopping kat sini seakan-akan shopping kat Jepun. 

Ada brand macam Nitori (barangan rumah), Nojima (elektronik) dan Jonetz by Don Don Donki (pelbagai barangan rumah, peribadi, snek dan lain-lain dari Jepun).

Dengar khabar, ia juga bakal ada Thai foodcourt yang macam floating market — tapi indoor.

Lokasi? Kat bekas Penjara Pudu. Seberang sahaja dari Times Square Bukit Bintang.

Untuk yang datang dengan train, boleh turun di LRT Hang Tuah. 

118 Mall

Shopping mall ini pula kat tapak bangunan Merdeka 118 – bangunan yang dikatakan bakal jadi kedua tertinggi di dunia bila siap dibina.

Mall ini 7 tingkat.

Di tengahnya ada bumbung kubah kaca, jadi cahaya akan tembus ke dalam mall.

Bila siap esok, senang nak datang kalau dengan MRT. Ia satu stesen sebelah Pasar Seni.

Ia dijangka siap 2022, cuma tak ada tarikh tepat buat masa ini.

The Exchange Mall

Mall dalam taman.

Itu konsep the Exchange Mall bila siap nanti.

Mall ini bakal ada 500 kedai.

Kat bumbung pula ada taman sebesar 10 ekar.

Letih shopping boleh lepak sini.

Ia juga bakal ada outlet serbaneka Seibu yang mengisi sebanyak 4 tingkat. Seibu ini bakal jadi outlet serbaneka mewah pertama dalam Malaysia.

Exchange Mall ini dijangka siap pertengahan 2022.

Nak ke sini senang. Ambil train dan turun di MRT Tun Razak Exchange.

Okay buat masa ini itu 3 mall terbaru kat KL yang bakal tiba tahun 2022 nanti.

So, cik adik, yang mana cik adik tak sabar nak pergi?

[static_content id=”18001″]