Kalau anda datang bercuti ke Sydney, jangan lupa datang ke QVB ini.
Ia tak jauh dari kawasan shopping utama Sydney di Pitt Street.
Dan bangunannya senang nak jumpa sebab ia gaya townhall lama-lama.

Dari luar ia tersergam gah.
Kat dalam ia adalah shopping mall yang nampak cukup mewah.

Dan dengan gaya binaan dan kemasan antik ia diletakkan sebagai shopping mall tercantik dalam Australia.
Dan tak kurang juga yang mengatakan ia mall paling lawa dalam dunia.
Dalam ini ada lebih kurang 200 kedai.

Tapi kebanyakan orang datang hanya untuk cuci mata dan bersantai.
Kalau anda rajin membelek, anda juga akan perasan yang jam besar di dalam bangunan ini tergantung sebenarnya.

Dan ini adalah antara jam tergantung paling besar di dunia.
Kat bahagian luar bangunan tersergam ini ada arca Queen Elizabeth untuk anda bergambar.

Semasa kami datang ke sini dulu-dulu, kami perasan yang di atas bangunan QVB ada bendera Malaysia.
Mengapa?

Ikut sejarahnya, sekitar 1980an bangunan bersejarah ini sebenarnya dalam proses untuk dirobohkan.
Akan tetapi, sebuah syarikat dari Ipoh iaitu Ipoh Gardens Berhad menjadi penyelamat dalam usaha membaikpulihnya dan menyelamatkannya daripada dimusnahkan.
Ini cerita tentang orang terhutang budi. Jadi diberi penghormatan kat sini.

Apapun, dipendekkan cerita, kalau anda ke Sydney jangan lupa ke QVB.
Walaupun tak shopping, boleh tengok sendiri bagaimana bangunan antik bertukar menjadi shopping mall yang lawa begini.
Lagipun ia tak jauh untuk jalan kaki dari kawasan shopping utama bandaraya Sydney.
So, bila berhajat nak pi?