soru station kl

Soru Station – Tempat Makan Western Sedap, Murah Kat Lembah Kelang

Kedai Western kat Lembah Klang banyak.

Tapi yang sedap, saiz besar dan harga masuk akal boleh dikira.

Untuk kami, antara kedai makan Western yang ada semua ciri-ciri kat atas ialah kat Soru Station.

Masa kami tulis artikel ini, ada 7 cawangan Soru Station kat Lembah Klang.

Jadi bolehlah pilih mana satu nak pergi.

Soru Station selalunya buka mulai 12 tengah hari.

Dan selalunya mula panjang queue nya kalau anda datang dalam pukul 1 ke atas.

Kalau anda datang waktu dinner, bersedia juga berjemaah beratur dengan pelanggan lainnya.

Peak hours kat restoran ini dalam 6:30 petang lagi.

Kalau datang ramai, boleh try fusion platternya.

Ada nasi, spaghetti, daging dan ayam untuk dicuba.

Senang nak makan setalam kalau datang dengan keluarga.

Nasinya pun pada kami sedap pada tekak kami.

Dan berbeza sebab ada serat daging sekali.

Halal? No worries. Sebab pemilik restoran ini orang Melayu.

Staffnya pun kebanyakannnya begitu.

Senang cerita, kalau tekak nak merasa makanan orang putih masa cuti kat KL, tapi bajet pun goyang-goyang saja, bolehlah ke sini.

Portionnya besar, boleh kenyang satu family.

Tips : Jangan datang dengan perut kosong. Masa menunggu, lagi-lagi waktu peak boleh jadi sangat lambat, sehingga lebih 45 minit.

Lokasi Branch:
Soru Station Kota Damansara, Soru Station Shah Alam, Soru Station Sungai Besi, Soru Station Puchong,

Waktu Operasi:
Tutup Isnin | Hari Lain : 12.00 tgh hari – 12.00 tgh mlm