Sekali Tengok Macam Rumah Badwi Mana, Tapi Laa … Starbucks Rupanya

Cafe sekarang ini bukan sahaja ada lauk sedap tapi suasananya pun sudah makin lawa-lawa.

Cafe Starbucks Dubai ini lain pula cerita.

Instagrammable juga. Tapi dibuat gaya penuh nostalgia.

starbucks al seef dubai
Kredit : aditya_nandedkar

Macam kedai Dubai puak nomad dulu-dulu dengan bangunan tanah liatnya.

Lokasinya kat Al Seef atau juga dipanggil kawasan Old Dubai.

starbucks cafe al seef
Kredit : mundocafeinado

Kawasan luar Starbucks ini bumbungnya cuma dari daun bersulam, macam kawasan kaki lima rumah lama.

bergambar di starbucks dubai UAE
Kredit : sarahkhrnns

Tapi kat dalam memang macam Starbucks biasa.

dala starbucks cafe al seef
Kredit : mundocafeinado

Dan menu kopi pun sama.

Apapun, nak bergambar memang lawa.

luar starbucks cafe al seef
Kredit : luv_bittt

Tapi kalau nak duduk lama layan IG atau buat kerja, tengok gaya kerusinya pun tahu tak selesa.

pelanggan di al seef
Kredit : monts.in_.ldn_

Bolehlah setakat rehat kejap dan bergambar.

Bangunan pun rare, dan susah nak jumpa.

So, ada Starbucks lain yang anda pernah jumpa yang sama istimewa?

Jomjalan