Hotel kat Korea ini salah satu hotel paling pelik dalam dunia.
Bukan apa, walaupun namanya Pink Hotel, anda tak boleh book bilik kat dalamnya.
Sebab ia bukan hotel.
Ia sebenarnya butik baju dan kosmetik.
Brand di belakang butik ini Stylenanda — antara jenama terkenal kat Korea.
Disebabkan perang cafe dan kosmetik kat Korea memang hebat, konsep unik sebegini diketengahkan oleh Stylenanda untuk viralkan jenamanya.
Pink Hotel ini lawanya interiornya.
Dan barangan jenama Stylenanda akan diatur di kawasan ala hotel.
Macam losyennya yang dikumpul dalam sinki saja.
Ia 5 tingkat.
Jadi anda akan masuk ke tingkat yang ada lobi, tub mandi, dobi, spa dan cafe kat sini.
Yang paling atas sekali, kawasan rooftop yang boleh anda lepak dan bergambar lagi.
Senang cerita ini lokasi yang diimpi-impi oleh muda mudi.
Makeup dan spot bergambar dalam satu lokasi.
Semuanya cute dan buat anda pusing-pusing shopping sambil snap gambar untuk masuk kat IG.
Cuma sebab penuh manusia, nak dapat pose yang anda seorang sahaja memang mencabar sebenarnya.
Untuk makluman, kumpulan pop popular Korea, Twice pun gunakan tempat ini gambar album mereka.
So, bilanya kak Kiah, kita nak ke Korea?
Lokasi : Stylenanda Pink Hotel, 37-8 Myeongdong 8-gil, Jung-gu, Seoul, South Korea
Nota: Sebelum Covid, Stylenanda Pink Hotel dah ada cawangannya kat Bangkok. Tapi ditutup dek Covid.