Suri Rumah Ini Beli Pulau Penuh Sampah Dengan Harga RM 60,000. Tengok Apa Jadi Selepas Itu

Semuanya bermula bila Melita terpaksa ke Cambodia kerana mengikut suaminya untuk urusan kerja. Beliau hanya ingin tinggal di sini selama 1 tahun. Cuma terjadi perkara tidak diduga.

Bila di sini, beliau jatuh cinta dengan negara miskin ini dan berhasrat untuk tinggal lebih lama.

Apabila beliau ditawarkan untuk membeli sebuah pulau tanpa manusia yang dipenuhi sampah dengan harga RM 60,000, beliau mengambilnya.

Bila anda ada wawasan dan sanggup bekerja keras untuk apa yang anda mahu, dunia akan bekerja keras untuk anda. Selepas 2 setengah tahun, resort beliau yang diberi nama Resort Song Saa siap.

songsa

Syurga Dunia Setiap Hari

Pulau yang dulunya tiada manusia dan dipenuhi sampah yang dibuang nelayan yang singgah, kini bertukar menjadi resort mewah dengan 27 villa yang lengkap dengan spa.
songsa5




Antara tetamu beliau termasuklah Putera Albert dari Monaco.Walaupun ianya terletak 1 jam dari pelabuhan terdekat, pemandangannya yang cukup mengagumkan menyebabkan pengunjung kelas atasan sanggup menghabiskan lebih RM4,000 semalam untuk bilik di sini. Antara tetamu beliau termasuklah Putera Albert dari Monaco.

Cabaran Untuk Kejar Impian

sogsa

Setiap hut atau villa atas air ini juga dijual. Harga bermula dari RM 2.4 juta

Semasa sampai di sini, katanya Cambodia masih baru membangun. Tiada jalan bertar, tiada ATM ataupun lampu isyarat. Dan apabila pulau ini dibelinya, beliau terpaksa mengangkut kesemua wang itu dalam bentuk tunai.

Sewaktu menyiapkan resort ini juga, beliau diberitahu yang beliau menghidap kanser. Walaupun sukar menerimanya, beliau tetapi meneruskan impian ini.

Apa Kata Orang Cambodia?

Song Saa Resort Charity Program Koh Rong Cambodia

Antara kerja amal Song Saa Resort di Cambodia

Orang Cambodia tiada masalah, malah menyokong usaha Melita. Sebelum mereka tiba, pulau ini dan sekitarnya dipenuhi sampah.

Melita bukan sahaja mengambil nelayan Cambodia yang hilang mata pencarian sebagai pekerja di sini, tetapi beliau juga membantu usaha memulihkan batu karang dan membersihkan pantai dan pulau sekitar.

soong sa cambodia

Batu karang yang dipulihara semula jelas kelihatan di resort eksklusif milik Melita

“… ikut naluri anda — dalam apa pun yang anda lakukan”Kata Melita, usaha membangunkan resort ini banyak mengajarnya erti kegigihan, dan beliau sentiasa belajar benda baru setiap hari.

Apa yang bermakna bagi beliau bukan sahaja wang dan harta, tapi di sini, beliau juga dapat membela seorang anak angkat Cambodia — yang dianggapnya sebagai perkara paling bermakna dalam hidupnya.

Resort ini adalah antara benda paling penting dalam hidup Melita. Tetapi meninggalkan hidup di Australia untuk membina resort sendiri dan beramal kepada nelayan Cambodia bukan perkara mudah.

Bila ditanya apa yang penting dalam hidup ini, beliau menjawab pendek.

Katanya, “… ikut naluri anda — dalam apa pun yang anda lakukan.”




Sumber : brightside, Dailymail, Songsaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>