Mencari tempat untuk membuat ujian swab test Covid-19 semasa PKP? Klook kini bekerjasama dengan 2 klinik swasta di Kuala Lumpur untuk memudahkan anda membuat ujian Covid-19.
Anda boleh pilih samada ingin melakukan ujian Covid-19 di rumah atau secara drive-thru hari ini.
Dapatkan Ujian Saringan Covid-19 di Rumah

Ujian Ditawarkan | PCR | RTK |
---|---|---|
Harga (RM) | 350 | 200 |
Lokasi Ujian | Rumah Anda | |
Keputusan | 24 - 48 jam selepas ujian | |
Ambil Ujian Covid di Rumah Hari Ini |
Ujian saringan Covid 19 ini dibuka untuk seluruh warga Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Dengan cara ini, anda hanya perlu membuat appointment, dan tunggu jururawat anda datang ke kediaman anda.

Ujian swab di rumah ini ideal untuk warga tua, ujian untuk seluruh ahli keluarga dan juga mereka yang tidak mahu keluar dari rumah untuk mendapatkan swab test.
Melalui tawaran ini, anda akan diberikan ujian Covid oleh jururawat terlatih yang datang lengkap dengan PPE. Selepas swab test dibuat, anda akan diberitahu keputusannya dalam masa 24 – 72 jam melalui email.

Masa yang diambil hanya sekitar 10 – 15 minit seorang.
Untuk menggalakkan ujian buat seluruh ahli keluarga, harga ujian ini juga semakin murah apabila lebih ramai dalam ahli keluarga anda mengambilnya.
Ada 2 pilihan diberi. Anda boleh pilih untuk ujian jenis RTK (murah tetapi kurang tepat) ataupun PCR (ketepatan 95%).
Ambil Ujian Covid-19 Swab Test Secara Drive Thru

Ujian Ditawarkan | PCR | RTK |
---|---|---|
Harga (RM) | 300 | Tiada |
Lokasi Ujian | Bangsar | |
Keputusan | 5 ptg hari berikutnya | |
Ambil Ujian Drive Thru Hari Ini |
Pilihan kedua yang boleh anda ambil ialah secara drive thru di pusat rawatan Life Care di Bangsar.
Test Covid ini mudah, boleh dibuat tanpa sebarang appointment dan secara first comes first serve.
Dilakukan oleh jururawat terlatih yang memakai PPE, hasil ujian saringan anda akan diberitahu sehari selepas ujian, sebelum pukul 5 petang.
Pusat operasi ini dibuka separuh hari. Dan hanya ujian jenis PCR Swab Test sahaja yang ditawarkan.

Lokasi Ujian Swab Test Drive Thru: LifeCare Diagnostic Medical Centre
Alamat: Wisma LifeCare, No.5, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi :
Tutup : Ahad & Cuti Umum
Isnin – Jumaat: 8 pg – 12 tgh
Sabtu: 8 pg – 11 pg
Swab Test Murah Seluruh Malaysia

Kalau anda tak kisah nak ke hospital swasta untuk swab test, tapi yang pentingnya harganya murah, anda boleh tempah ujian saringan Covid-19 dengan BP Healthcare.
Buat masa ini BP Healthcare ada potongan 10% untuk pembelian melalui Klook. Lagi murah dari pergi walk-in ke sana.
Nak tempah? Pilih lokasi BP healthcare terdekat anda kat bawah :
Kuala Lumpur | Selangor | |
Penang | Sabah | |
Johor | Perak | |
Pahang | Negeri Sembilan |
Apa Beza Swab Test Yang Ada?
Jenis Ujian Saringan Covid | PCR | RTK |
---|---|---|
Harga di Klinik Swasta | Sekitar RM 350 | Sekitar RM 200 |
Lokasi Sample diambil | Hidung, Tekak | Hidung |
Masa Untuk Keputusan | Keesokan Hari | 30 min |
Ketepatan | ~ 95% | ~ 75% |
Nota : Mereka yang didapati positif dengan ujian RTK perlu mengambil ujian PCR selepas itu untuk pengesahan. |
Jadi kalau anda batuk-batuk, badan panas dan sakit tekak, dan anda rasa anda telah terdedah kepada kuman Covid-19, ini 2 cara ujian saringan Covid-19 terbaik yang ada.
Dengan 2 tawaran perkhidmatan ini anda menjimatkan masa, tidak melanggar sop PKP, dan tidak terdedah kepada jangkitan kuman ini di tempat sesak seperti hospital kerajaan.
Jadi orang KL, Selangor, Putrajaya, jom ambil ujian Covid 19 mudah ini, hari ini juga.