Syarikat Penerbangan Malaysia Termasuk Yang Menghalang Macbook Pro DiBawa Ke Kabin

KUALA LUMPUR 30 Ogos 2019 – Syarikat penerbangan Malaysia seperti Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan MAS kini telah mengeluarkan kenyataan menghalang komputer riba Macbook Pro dari dibawa masuk ke kabin.

Terdahulu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika (FAA) telah mengharamkan beberapa model Macbook dari pesawat mereka atas kebimbangan bahawa bateri lithium di dalam laptop tersebut berkemungkinan terbakar.

Pada bulan Jun 2019, Apple telah mengumumkan yang ia menarik balik Macbook Pro 15 inci yang dijualnya dari September 2015 hingga Februari 2017. Menurut Apple, laptop dalam tempoh tersebut berisiko panas melampau dan terbakar.

MAS tidak membenarkan ia dibawa sebagai checked baggage tetapi ia dibenarkan di dalam kabin. AirAsia dan Malindo Air walaubagaimanapun, mengharamkan ia sama sekali di dalam pesawat mereka.

Pengharaman ini juga diumumkan oleh syarikat penerbangan antarabangsa lain. Antara yang paling tegas ialah Qantas yang mengharamkan kesemua MacBook Pro 15 inci, dan tidak terhad kepada model yang diumumkan Apple.

Bawa Pengesahan Jika Telah Ganti

Mereka yang telah menukar bateri mereka secara rasmi dengan Apple, walaubagaimanapun dibenarkan membawanya ke dalam pesawat dengan syarat membawa surat pengesahan pertukaran ini semasa check-in.

Anda boleh lawati post khas yang dikeluarkan Apple untuk melihat jika MacBook Pro anda termasuk dalam senarai yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>