Taj Mahal Ipoh bakal dibuka semula 2023 ?

UPDATE 4 Mac 2024 : Pihak kami tidak mendapati tanda yg projek ini berjalan seperti yang dijanjikan.

Taj Mahal Ipoh atau pun hotel yang dipanggil Majestic Station Ipoh dikatakan akan dibuka semula pada tahun 2023,  selepas ditutup sejak tahun 2011.

Hotel yang dibuat di dalam stesen keretapi Ipoh ini dulunya dianggap antara hotel bersejarah dan  ikonik di Ipoh, sama seperti Hotel Majestic Kuala Lumpur dan juga hotel E&O di Pulau Pinang.

Stesen Keretapi Ipoh - tempat menarik lagi bersejarah di perak

Hotel yang dibina pada 1935 ini bermula dengan 30 bilik.  Jumlah bilik ini kemudiannya bertambah kepada 100. Akan tetapi  iai tidak kekal lama. Selepas direnovasi pada tahun 1988 dan dibuka pada tahun 1994, ia hanya dapat bertahan selama 17 tahun sebelum menutup pintunya hingga ke hari ini.

Dibuka 3 Tahun Lagi?

Menteri Besar Perak dan Menteri Pengangkutan dalam majlis perjanjian tersebut

Apa yang menariknya pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Perbadanan Menteri Besar Perak  mengambil keputusan untuk memberikan tugas membuka semula hotel bersejarah ini kepada sebuah syarikat berumur 6 tahun yang bernama Maju Jaya Hebat.

Menteri pengangkutan, Anthony Loke berkata, RAC  setuju untuk memajak bangunan dan operasi hotel itu kepada syarikat tersebut selama 30 tahun.

azumu bagi lok makan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke makan disuap Menteri Besar Perak

 Dalam tempoh ini RAC dikatakan akan menerima RM45 juta. 

Syarikat Maju Jaya Hebat dikatakan akan membaik pulih hotel dan stesen kereta api Ipoh dalam tempoh 12 bulan, dan selepas itu akan membangunkan blok baru tambahan sebanyak 200 bilik.

Selepas MAPS menjadi gajah putih, ramai yang risau projek membuka semula hotel di Tapak Warisan Kebangsaan ini bakal jadi sekadar mimpi.

Kami pun skeptikal. Tapi kita tunggu 2023 untuk hasilnya nanti.

Jomjalan