Covid-19 hari ini meragut satu lagi taman tema Malaysia. Selepas taman tema Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town di Iskandar Puteri ditutup tahun hujung 2019, taman tama Angry Birds akhirnya mengangkat bendera putih.

UPDATE :
Klook menawarkan diskaun sebanyak 46% utk Angry Birds Park — sebelum ia ditutup. Harga biasa RM 76. Harga selepas diskaun hanya RM 35. Beli tiket diskaun ke Angry Bird dengan Klook hari ini.

Taman tema yang berasaskan permainan Angry Birds yang pernah viral pada sekitar 2010 – 2015 akan menutup tirainya pada bulan April 2020. Ini dijangkakan bersempena dengan bulan Ramadan yang lazimnya antara bulan-bulan lemah untuk aktviti pelancongan Malaysia.
Taman tema yang dibuat di dalam bangunan Komtar JBCC ini bukanlah antara taman tema popular di Johor. Ia tidak segah Legoland, Sealife ataupun taman tema air baru di Desaru Coast Adventureland.

Sebelum ini, taman tema MAPS di Ipoh ditutup dengan rugi ratusan juta ringgit, sekaligus menjadikan ianya antara pelaburan terburuk yang pernah dibuat kerajaan Perak.

Selain kerajaan Perak, Khazanah Nasional juga telah menutup taman tema Sanrio, menutup Kidzania Singapura, dan berhasrat menjual Legoland Malaysia . Akan tetapi Legoland masih lagi beroperasi kerana belum ada sebarang tawaran mengambilalihnya. Menurut laporan, harga jualan untuk Legoland ialah RM 1 billion termasuk hutang.

Dengan kelesuan aktiviti pelancongan, aktiviti rentas negeri yang dihadkan, tidak mengejutkan jika bakal ada taman-taman lain yang mengikut jejak MAPS, Sanrio Hello Kitty dan juga Angry Birds ini lagi.