Untuk ke sini, anda wajib tinggalkan kereta anda. Dari tempat letak kereta, anda bakal naik kenderaan pacuan 4 roda dan melalui jalan roler coaster untuk ke resort ini.
Tapi yang menunggu anda di tengah hutan ialah satu tempat yang bakal buat anda tidur lena.
Penginapan Yang Ada
Ada pelbagai jenis penginapan untuk anda pilih.
Kalau berdua, ambil chalet honeymoon.
Kalau berempat, ada pelbagai pilihan bilik yang boleh dikongsi. Dan kalau anda datang ramai untuk team building atau hari keluarga, ada dorm dan chalet lain yang boleh memuatkan 6 hingga 10 orang dalam satu masa.
Harga setiap penginapan tidak jauh berbeza. Dan kualiti katil, hiasan dalaman dan keselesaan anda terjaga — walaupun anda cuma memilih untuk tidur di dorm.

Setiap bilik datang dengan kemudahan membancuh air teh dan kopi serta TV kabel kalau itu yang anda mahu buat.
Tapi jangan terkejut kalau bilik anda tiada air-cond. Bukan apa, suhu di sini cukup sejuk sehingga yang anda cari ialah selimut dan bukannya remote air-cond.

Aktiviti Di Tanah Aina Raub
Ada anak sungai dengan 3 air terjun persendirian yang boleh anda layan. Dan bila di sini, jangan lupa cuba The Leap Of Faith — terjunan 15 kaki dari tebing nun ke dalam sungai.
Kalau anda hanya mahu berehat, anda boleh ikut aktiviti jalan kaki ke air terjunnya, atau bersama dengan guide anda untuk merentas hutan di malam hari.
Tapi kalau anda mahu aktiviti lain, ada paintball, flying fox dan pelbagai acara teambuilding khas untuk keluarga atau syarikat anda.
Makan Minum Bagaimana?
Jangan takut. Anda tidak mungkin lapar di sini. Malah, anda mungkin balik dengan perut yang lebih gendut.
Kadar bayaran yang anda bayar sudah termasuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Yang istimewanya, ramai yang terkejut bila hidangan yang datang sedap-sedap dan bertaraf hotel.
Dan kalau anda ambil pakej 3H2M dan ke atas, anda boleh ke Tanah Aina Azareena untuk makan steamboat.
Jadi, kalau satu masa nanti anda mencari tempat untuk betul-betul berehat, tetapi mahu dilayan seperti di hotel mewah, ini antara tempat yang boleh dicuba.
Sedikit Tips
- Bawa barang anda yang diperlukan semuanya dari kereta masuk ke pacuan 4 roda. Jika anda perlu ke kereta semula, anda perlu bayar untuk ke sini semula.
- Sabun, shampoo dan lain-lain disediakan. Tak perlu bawa kerana kelengkapan mandian di sini memang dibuat khas agar mesra alam (dan anti nyamuk).
Info Lanjut Tanah Aina Farrah Soraya
Harga: Dari RM280++ (hari biasa) dan RM300++ (hujung minggu) seorang/semalam
Alamat: 8, Jalan Tras, 27600 Raub, Pahang, Malaysia
Website: https://www.tanah-aina.com/
Kalau pakej untuk 2 hari 1 malam ade tak?
Kami kurang pasti sbb artikel ini kami tulis agak lama dulu. Sis boleh contact team Tanah Aina utk check.
016 609 0493 (Ms. Juliet), 016 215 9252 (Ms. Hannah) atau 016 216 9252 (Mr. Haidhar)