Themepark & Waterpark Msia

Ini senarai taman tema dan waterpark di Malaysia. Dari panjat pokok hingga ke Bungee Jumping — pilih saja dari yg best untuk anak kecil sampai yg ngam untuk anak remaja dan yg dewasa

Taman Tema & Waterpark Popular

Lihat Semua

Soalan Lazim

Loader image

Theme park yg paling best bergantung kepada apa yg anda cari.

Kalau nak yg banyak koleksi taman dalam satu tempat, ianya ialah Sunway Lagoon. Ia ada 6 taman dalam 1. Dari petting zoo sampailah ke waterpark Nickelodeon.

Untuk yang paling banyak aktiviti memanjat dan juga ada rekod dunia, ianya Escape Penang. Taman tema ini ada 4 rekod dunia utk tahun 2025 -- dari water slide terpanjang sampai ke bucket air terbesar.

Dan kalau nak ada tempat taman tema yg gaya prehistoric, boleh layan Lost World of Tambun.

Di Malaysia, ada beberapa theme park yang indoor.

KL / Selangor / Putrajaya :

Genting

Penang

Johor pernah ada beberapa waterpark indoor. Tapi ia telah ditutup.

Ada beberapa taman tema yang dibuka waktu malam.

Akan tetapi, ambil maklum yang untuk theme park oudoor, tarikan dan ride yang ditawarkan pada waktu siang dan malam lazimnya berbeza.

Antara theme park yg boleh anda layan malam-malam termasuklah :

Ini antara theme park yg ada petting zoo, atau safari.

Ada jenis yang 1 tiket membolehkan anda masuk ke zoo, dan ada yang bayar berasingan.

Apapun, ini senarainya :

Kalau ia tidak cukup untuk anda sekeluarga, anda boleh lihat senarai zoo, akuarium dan taman haiwan di seluruh Malaysia yg ada di sini.

Kalau nak yang begitu, ianya mungkin untuk anak.

Kami sarankan Kidzania.

Anak boleh olok-olok belajar bekerja.

Mereka boleh jadi pilot, pakar bedah ataupun bomba. Dan kalau nak kerja yang rencah macam jadi pekerja McD pun boleh.

Kebanyakannya tidak -- kecuali makanan bayi dan yang khas untuk mereka yg ada sebab masalah kesihatan.

Walaupun begitu,  ada sesetengah taman tema beri anda peluang masuk dan *keluar beberapa kali -- macam Escape PJ dan Berjaya Times Square.

Masa ini anda boleh ronda cari makan sebab ia di dalam mall.

Cuma jangan lupa simpan tiket/ armband.

  • Nota : Sila semak rule ini dengan taman tema yg kami sebutkan. Ia mungkin berubah semasa hari lawatan anda.

Kebanyakan theme park buka pada masa cuti perayaan.

Tapi double check terus dengan mereka untuk maklumat paling tepat.

Jangan hanya lihat waktu operasi di Google Places kerana ia mungkin bukan info terkini.

Kebanyakan waterpark ada undang-undang sendiri.

Setiap ride pun ada had berat dan tinggi yang kena diikut.

Tetapi secara amnya, jika berat anda lebih 100 kg, anda mungkin tidak dapat melayan kebanyakan ride yang ada.

Kalau nak cerita tentang waterpark, antara waterpark bertaraf dunia kat Asia Tenggara termasuklah Waterbom Bali di Indonesia dan Ramayana Waterpark di Thailand.

Waterbom Bali memang lazimnya akan dipilih sebagai waterpark top 5 dalam dunia setiap tahun.

Untuk Malaysia, bagi tahun 2024, Lost World of Tambun menghuni tempat ke-17 dunia (oleh pilihan pelancong) -- dan merupakan waterpark paling tinggi rankingnya di Malaysia.

Untuk Asia Tenggara, antara theme park yang best adalah :

  • Universal Studios Singapore
  • Legoland Malaysia
  • Escape Penang

Taman tema atau waterpark kat Malaysia pun sebenarnya ada uniknya.

Ini kami senaraikan anata keunikannya :

Legoland Waterpark

  • Cuma 3 Legoland sahaja yg ada waterpark di dunia
  • Waterpark kat Legoland Malaysia adalah yg terbesar yg ada.

Escape Penang

  • Ada water slide yang paling panjang dalam dunia -- lebih 1km
  • Pemegang 3 rekod dunia lainnya utk tarikan mereka.
  • Punyai slope untuk ski kering yg pertama di Malaysia. Boleh ski dalam hutan tropika.

Sunway Lagoon

  • Ada taman air Nickleodeon pertama dalam Asia
  • Vuvuzela adalah water ride yg dikatakan terbesar dalam dunia.
  • Punyai G-Force X -- lastik tertinggi di Asia yang mampu melastik anda dari 0 ke 120km/j dalam hanya 2 saat.
  • Ada harimau dan singa putih -- haiwan dengan genetik mutasi yang tiada dalam zoo di Malaysia.