Kalau anda berangan nak jadi instafamous, dan kebetulan nak bercuti kat KL, ini post untuk anda.
Kami bantu tunjukkan anda 10 tempat bergambar yang cantik lagi menarik kat Kuala Lumpur ini.
Paling penting lagi, percuma, dan dekat dengan stesen LRT.
Lokasi OOTD kat KL Yg FREE
Ya lah Cik Kiah, sebelum jadi instafamous yang kaya-raya, kita OOTD kat KL sama-sama naik tren saja.
Jangan buang masa. Jom tengok lokasi terbaik untuk bergambar sekitar tren RapidKL ini.
Nu Sentral

Tangga Nu Sentral ini antara tangga paling famous dalam KL untuk gambar di IG. Sebab ia memang cantik dan senang nak pergi.
Kalau nak gambar cantik, dan orang tak ada, datang pagi-pagi.
Dan dah letih bergambar, boleh rehat kat Family Mart. Duduk sama-sama, pekena oden Korea atau yoghurt dengan sahabat.
Stesen : Monorail KL Sentral / LRT KL Sentral
Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan kolonial lama ini ada banyak spot OOTD cantik untuk gambar anda. Yang penting, bawa kawan yang genius tangkap gambar.
Dan ingat. Ramai yang cuma bergambar di kawasan depan bangunan. Silap sangat.
Bahagian belakang bangunan ini ada taman. Boleh berehat santai dan OOTD kat tepi kolam atau kawasan laman.

Stesen : LRT Pasar Seni / LRT Masjid Jamek
River of Life

Kawasan yang dulunya lesu, sekarang dah segar sikit.
Dan ada pilihan latarbelakang nak bergambar cantik-cantik.
Ada masjid, ada bangunan mural kat atas tu dan juga ada kawasan di jambatan sungai bila malam.
Cuma kawasan River of Life ini banyak orang gelandangan. Jadi kawasan ini mungkin berbau hancing air kencing.

Stesen : LRT Pasar Seni / LRT Masjid Jamek
[static_content id=”25022″]
Kwai Chai Hong

Kwai Chai Hong ini memang spot menarik untuk bergambar masa bercuti di KL dan memang bertemakan bangsa Cina.
Sebab memang kawasan jajahan mereka dari zaman British dulukala.
Kalau nak bergambar kat sini, jangan seorang diri.
Sebab lorongnya sedikit tersembunyi dan laluan di kawasan belakang Petaling Street — bahaya nanti!
Stesen : LRT Pasar Seni / MRT Pasar Seni (lebih dekat)
Muzium Matawang Bank Negara

Kat sini ada muzium matawang yang sesuai untuk mereka yang nak tengok duit dan bergambar.
Ada 2 kawasan paling popular untuk IG kat sini — tangganya dan juga galeri dalamnya.

Nak ke sini, jalan kakinya jauh.
Mungkin anda perlukan Grab untuk ke muzium dari Bank Negara. Cuma setakat ini, tiket masuk ke muzium ini memang percuma.
Stesen : Bandaraya LRT. Kemudian ambil jejantas melintasi Sungai Gombak.
Laman Seni Bukit Bintang

Kawasan lorong ini memang spot OOTD dan bergambar lawa di Bukit Bintang sebab ia ada mural-mural seni.
Tapi kawasannya sudah tak sepopular dulu, dan waktu anda pergi mungkin tak ramai yang bergambar di sini.
Selain kat sini, kalau anda nak bergambar lagi, boleh jenguk Muzium Ilusi. Tak free, tapi gambar pelik-pelik itu pasti.
Stesen : MRT Bukit Bintang / Monorail Bukit Bintang
Taman KLCC

Kalau bercuti ke KL, tapi tak bergambar kat KLCC memanglah gila, macam kak Nora pi Paris, tapi tak bergambar kat Eiffel Tower.
Untuk bergambar free, mula kat taman KLCC.
Secara amnya, ada 6 tempat bergambar kat sini. Nak tau kat mana, tengok signboard yang dipacak kat taman nanti.

Kalau rajin, boleh keluar dari taman dan terus ke jalan.
Cari kawasan simpang untuk ber OOTD kat Kuala Lumpur dengan latarbelakang KLCC dan neon ibukota.
Stesen : LRT KLCC
Saloma Bridge

Tarikan kat KL ini menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC.
Dan jambatannya cantik untuk Kak Siti ber OOTD.
Waktu terbaik untuk bergambar tentunya malam sebab lampunya warna-warni.
Tapi kalau nak syot yang manusia tak ramai, tentunya kena plan datang pagi.

Dah happy berposing kat sini, teruskan pergi ke Kampung Baru.
Boleh layan kedai makan sedap-sedap, sambil belek gambar yang anda semua dah snap.
Stesen : LRT Kampung Baru
GSC BBCC

Satu lagi tempat free yang dekat LRT untuk OOTD nanti kat GSC Lalaport mall.
Boleh layan movie, sambil OOTD dan lepak pekena milkshare dengan kawan universiti.
Panggung ini memang lawa sebab dibuat gaya retro.

Dan ia juga ada Happy Food Co.
Untuk pekena milkshake macam tahun 80an nanti.

Stesen : LRT Hang Tuah
BookXcess

Kita tutup senarai ini dengan kedai buku paling lawa dalam Malaysia — BookXcess.
Ini pun port bergambar lawa yang memang ngam sangat untuk orang muda.
Kalau anda sudah kat Lalaport sebab nak ke panggung GSC kat atas, ada satu BookXcess kat situ.
Dan kalau anda kat sekitar Masjid Jamek atau Chinatown, boleh ke BookXcess kat RexKL saja.
Yang shopping kat IKEA MyTown, pun ada BookXcess juga kat situ.
Semua lawa, cuma yang kat Lalaport dan MyTown lebih selesa sebab dalam mall kawasannya.
Stesen : LRT Hang Tuah & Pasar Seni
Okay, antara 10 tempat bergambar menarik dalam Kuala Lumpur yang free dan dekat dengan LRT ini, mana yang sis dah pergi?
Dan yang mana tempat cantik untuk OOTD yang sis dah wishlist dalam hati?
[static_content id=”18001″]