Dah Pergi? 18 Tempat Bergambar Cantik dan OOTD kat Penang

Penang memang banyak port bergambar. Kalau setakat nak OOTD, kat dalam pekan banyak tempatnya. Tapi tak semua tahu lokasinya.

Dari lukisan tepi jalan, sampailah ke bangunan kolonial, banyak lokasi power yang ada.

Kat sini, kami senaraikan 18 tempat menarik untuk bergambar cantik dan OOTD kat Penang cuti nanti.

Ada yang percuma, dan ada yang berbayar. Pilih saja yang mana suka.

Tempat Bergambar Percuma

Dari mall dan tepi jalan, sampailah ke kawasan kedai makan dan cafe, banyak lokasi cantik nak bergambar kat Penang ini.

Bookexcess Gurney

book excess gurney paragon penang untuk bergambar cantik dan ootd
Kredit : nurulainyusoff

Tak payah jadi kaki buku kalau nak ke Bookexcess. Sebab tempat ini memang cantik kalau nak bergambar — sebab ia bertingkat, dan lighting nya semua dibuat untuk lawa bergambar.

Boleh jadikan gambar atas ini buat ilham.

Penang Botanical Garden

taman botani penang untuk photoshoot gambar nikah
Kredit : zarulphv

Ini kawasan taman kat Penang yang dulunya memang famous. Kata orang selain jogging, tak banyak yang ada nak dibuat. Tapi kawasan kolamnya ada beberapa tempat yang boleh dibuat bergambar. 

Yang bagusnya tempatnya luas. Boleh buat bergambar cantik kalau datang dalam group. Riuh pun orang tak marah.

Tan Jetty / Chew Jetty

tan jeti penang waktu senja - antara tempat cantik nak bergambar di penang
Kredit : damha_irkuys

Kat sini cuma ada satu jambatan kayu menuju ke pondok kayu kat hujung jeti. Datang waktu senja untuk dapat gambar yang power.

Tapi jaga-jaga, sebab ini kawasan rumah Cina. Ada anjing, dan jambatan kayu ini kalau tak hati-hati, nanti kenyang perut minum air laut.

3 Tarikan Paling Top Kat Penang

Hin Bus Depot

hin bus depot penang - tempat bergambar yang vintage
Kredit : shafiradalina

Kawasan yang nampak terbiar ini bukan sahaja ada dinding bergambar untuk anda OOTD. Tapi ada waktu-waktunya ada pasar kraf dan muzik untuk anda layan.

Tempatnya senang nak datang. Tak jauh sangat dari Komtar.

Nak Makan Best kat Georgetown?

kedai makan best Georgetown Penang
1. Tempat Makan Sedap

Kedai-kedai makan sedap dalam Georgetown.

sarapan sedap Penang
2. Sarapan Pagi Best

Tempat utk sarapan pagi best kat area Georgetown.

nasi kandar
3. Mamak Terbaik

Tempat layan nasi kandar dan lauk mamak sedap dalam Penang.

Frog Hill

frog hill penang
Kredit : shravya__sree

Ini tempat bergambar lain kalau anda dah siap settle bergambar kat semua tempat yang ada kat Penang. Bukan apa, nak ke sini pun susah. Dan kawasannya walaupun cantik dan pelik rupanya, tak ada banyak benda lain yang nak dibuat.

Datang berkumpulan. Ini kawasan lombong. Kalau jadi apa-apa, susah orang nak tolong. 

Mural Armenian Street

armenian street art penang
Kredit : aceyie_

Kalau datang Penang, mural-mural jalan Seni atau Armenian Street ini kawasan wajib untuk anda snap gambar.

Tapi lukisannya banyak.

Dan setiap satu ada cerita di sebaliknya.

Kalau anda nak bergambar kat hampir semua yang ada, naik beca.

Tukang beca anda akan dapat ceritakan apa sejarah gambar yang ada.

Dan nak bawa anda ke lokasi bergambar kat ceruk-ceruk pun senang kalau dengan beca.

Setia SPICE Convention Centre Roof

setia spice penang
Kredit : elpluswr

Kawasan bergambar kat Setia SPICE Penang ini ada kat rooftop nya.

Tempat ini atasnya moden dari kawasan Penang yang selalunya penuh bangunan bersejarah. 

Jadi wall IG anda tak adalah penuh dengan gambar yang retro dan old skool.

Beach Street

bergambar di ocbc beach street penang untuk view yang macam oversea
Kredit : hanshenglow

Kawasan kat simpang Beach Street / Lebuh Downing ini pula special sebab kalau kena gayanya macam ber OOTD kat luar negeri.

Sebab bangunan yang ada jenis kolonial dengan warna pun muted sahaja.

Pandai-pandailah ambil angle supaya gambar nampak macam anda kat London atau Sydney.

Yang penting, jaga-jaga dengan bangunan yang ada bendera Malaysia.

Itu giveaway mudah yang anda pergi cuti naik bas ke Penang saja.

Mini Library Lebuh Pantai

mini library beach street
Kredit : peka penang

Dalam area kat Beach Street juga ada pondok perpustakaan mini warna warni ini.

Nak cari senang saja sebab ia kat depan Balai Polis Lebih Pantai.

Dan sementara nak membaca buku, boleh juga charge phone kat situ.

Avatar Secret Garden

avatar penang
Kredit : khairulazmas

Tempat ini dekat kawasan tokong. Dan memang ada lampu dipasang kat kawasan menghadap laut ini bila malam-malam.

Tapi jalan nak ke sini kecil sebab lalu lorong rumah orang.

Dan kami pun tak pasti berapa lama lampu-lampu ini bakal ada. Check dulu sebelum datang. Takut datang malam dan lampu tak ada lagi.

City Hall

ootd di penang city hall
Kredit : joseph_foo_

Bangunan putih megah ini cantik untuk bergambar.

Lagipun tak jauh dari kawasan Padang Kota.

Jadi, daripada anda bersesak berjemaah nak bergambar kat tepi laut, apa kata jalan sikit dan snap gambar lawa-lawa kat sini?

Bersih dan kawasan jalan pun luas.

Tak sesak. Jadi tak malu nanti nak berposing.

Starbucks Ferringhi

posing gambar di starbucks feringghi
Kredit : luqkhalifa

Ini antara kawasan kedai kopi Starbucks yang orang suka bergambar kalau anda turun layan kawasan pantai Feringghi.

Kawasan nak bergambar kecil saja.

Tapi best sebab dapat rasa angin laut.

Layan petang, sambil minum kopi, bergambar pulak lagi.

Memang perfect buat memori cuti.

Straits Quay Marina

posing di rumah api straits quay marina pulau pinang
Kredit : syafiqahnatasharosly

Kat kawasan mall ini ada jeti kecil untuk anda layan bila senja. Dan kalau berduit, boleh naik cruise dari sini.

Tempat ini dulunya tak ramai yang tahu, jadi tak crowded sangat.

Tapi tak tahulah sekarang.

Apapun, semasa bergambar syok layan tengok kapal-kapal orang kaya.

China House

posing di china house pulau pinang
Kredit : joshjuing

Kawasan rumah kedai yang dibuat bersambung-sambung.

Ada kafe, kedai kraf, galeri, dan taman kecil.

Memang feeling lain, dan cantik kalau bergambar.

Tapi kawasannya sempit.

Jadi nak bergambar sedikit payah.

Lagi-lagi bila hujung minggu.  

Tempat Bergambar Berbayar

Untuk yang nak gambar lebih rare, anda kena berbelanja sikit. Tapi berbaloi sebab lokasinya lawa dan disebabkan berbayar, tak adalah senang jumpa kat wall member.

Blue Mansion

cheong fatt tze penang
Kredit : rl_sha

Ini rumah taikun Cina paling kaya kat Malaya dulu-dulu.

Orang gelar dia Rockefeller Asia.

Asalnya, budak ambil air, tapi akhirnya jadi taikun besar.

Sebab kaya gila, bangalow Blue Mansion ini bahan binaannya barang import dari seluruh dunia.

Kawasan rumah ini klasik dan dijaga elok supaya sama macam dulu.

Ngam sangat untuk yang ambil gambar era yang kaya kat Penang, tokei-tokei candu.

Nak bergambar sini? Boleh.

Tapi kena tempah untuk tidur dalam salah satu biliknya.

The Top

the top komtar
Kredit : khaiartzfar

Naik ke jambatan kaca dan tangkap gambar dari atas menara Komtar.

Datang siang boleh, tapi lebih cantik kalau malam.

Harga tak murah.

Jadi beli online dan dapatkan diskaun dulu.

Pulau Jerejak

jeti pulau jerejak
Kredit : eva1931

PENTING : Tarikan ini telah ditutup sejak wabak Covid.

Pulau yang dulu jadi penjara dan tempat pesakit kusta, sekarang dah dilawakan dengan macam-macam warna.

Kalau setakat nak datang berOOTD, boleh ambil feri dari jeti yang dekat dengan Queensbay.

Tapi kalau nak rasa suasana malamnya, book resort kat Pulau ini.

Boleh rehat, dan ronda pulau sama-sama dengan keluarga. 

Kg Agong

buai kampung agong pulau pinang @wenhui_yeoh
Kredit : wenhui_yeoh

Kita tutup tempat bergambar cantik dan best kat Penang dengan tarikan paling viral untuk OOTD masa 2019/2020 lepas.

Kawasan kampung Agong ini kalau nak pergi tak perlu ke bahagian pulau pun.

Senang sahaja nak ke sini. Semua prop dah ada.

Nak masuk pun tak mahal mana.

Cuma bawa diri dan skill bergambar saja.

Okay, siap sudah senarai tempat-tempat cantik nak bergambar untuk cuti kat Pulau Pinang nanti. Ada yang kami terlepas ke ni?

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan