Ini 17 Tempat Best Dekat Tren LRT/MRT Utk Pergi Dgn Pass RM 15 Keluarga Malaysia.

Minggu ini PM ada umumkan pas keluarga Malaysia – untuk satu family ronda KL masa hujung minggu dan cuti dengan bayar RM 15 sehari.

Memang jimatlah untuk family. Tapi ramai tak tahu ke mana nak ronda.

No problem. Ini kami bagi idea.

Tempat Best Dekat Train Utk Guna Pass Keluarga Msia

Shopping

Mall dalam KL banyak yang dekat dengan stesen train LRT, MRT dan monorail. Antaranya kat bawah ini.

KLCC

taman klcc bergambar
Kredit : steven.davignon

Ini tempat nombor satu dalam KL boleh pergi dengan LRT. 

Sebab bila ke KLCC, isteri boleh shopping, anak kecil boleh main kat KLCC park dan satu family boleh tengok jerung kat Aquaria

Nak nak tengok view dari atas bangunan KLCC? Beli saja tiket Skybridge.

Stesen Terdekat : LRT KLCC

Tips : Jarak stesen LRT  ke KLCC dalam 300 meter. Agak jauh berjalan, jadi ambil masa santai-santai saja. 

Bukit Bintang

Kalau nak betul-betul shopping, ini tempatnya.

Kat sini bukan saja ada Pavillion Mall, tapi Starhill, Fahrenheit Suite, Sungei Wang dan beberapa mall lagi. Kalau nak makan, boleh check tempat makan halal bagus dalam Bukit Bintang kat sini.

Penat ronda? Hotel kan ada?

Stesen Terdekat : MRT Bukit Bintang, Monorail Bukit Bintang, Monorail Imbi 

IKEA

Dua-dua kedai perabot dari Sweden kat dalam KL ini anda boleh lawat dengan MRT.

Cuma larat tak larat saja jalan kaki.

Sebab dari stesen ke pintu masuk IKEA jaraknya dalam 500 meter.

Kalau nak shopping barang memang tak ideal. Melainkan anda plan barang yang dibeli dibawa dengan lori.

Stesen Terdekat : MRT Mutiara Damansara & MRT Cochrane

LalaPort

Ini shopping mall terbaru kat KL untuk tahun 2022 ini. Dan kedai-kedai dalamnya dari Jepun.

Ia kat seberang dari mall Berjaya Times Square. 

Dan lokasi Lalaport ini kat pesisir Bukit Bintang saja.

Stesen Terdekat : LRT Hang Tuah

1Utama

Shopping mall ini ada rooftop garden. Jadi kalau letih shopping boleh sejukkan mata sekejap kat atas bangunannya.

Untuk anak, dia boleh belajar memanjat kat Camp 5. Kalau duit ada lebih, boleh cuba Windlab (terowong sky diving), ambil sijil PADI kat Sealantis, atau main air kat Flow Rider.

Dah letih? One World Hotel ada untuk tidur sekeluarga.

Stesen Terdekat : MRT Bandar Utama

Makan

Ini tempat-tempat makan popular untuk pergi dengan pass keluarga Malaysia.

Makan Sate Kajang

Nak makan sate kat Kajang tak payah bawa kereta. Sebab MRT Stadium Kajang dengan port kedai-kedai makan sate dekat saja.

Bila sampai kat stesen, anda boleh pilih untuk pergi ke Medan Sate Kajang ataupun ke Restoran Sate Haji Samuri. Dua-duanya tak jauh dari stesen ini.

Stesen Terdekat : MRT Stadium Kajang

Makan kat Kampung Baru

makn ikan bakar best tengahari di gerak 23 kg baru
Kredit : sitiazahari

Kat KL tempat makan favourite orang Melayu selalunya Kampung Baru.

Yang bagusnya anda boleh sampai ke sini dengan train RapidKL. Cuma tak dapat explore kawasan dalamnya sebab kena menapak jauh.

Kedai makan popular terdekat (dalam 300 m) ialah Suraya Seafood, Satay Padang Kg Baru dan juga Chunburi.

Stesen Terdekat : LRT Kampung Baru

Tapak Urban Street Dining

suasana tapak urban street dining dekat dengan klcc
Suasana malam hari kat TAPAK Urban Street Dining

200 meter dari stesen LRT KLCC, ada tempat makan food truck kat tengah bandaraya.

Tempat ini buka dari 5 petang sampai tengah malam. 

Jadi kalau anda plan nak ke KLCC, dan tak kisah seharian kat area ini, boleh ronda terus ke Tapak dengan family.

Stesen Terdekat : LRT KLCC

Jalan Jalan

Ini sebab utama ada pass keluarga Malaysia – untuk anda sekeluarga cuci mata.

OOTD Sekitar Masjid Jamek

river of life
Kredit : @dyanaizxati

Kawasan tarikan area ini dekat antara satu sama lain. Yang penting sanggup jalan kaki.

Anda boleh solat dan bergambar kat Masjid Jamek, kemudian pergi OOTD kat area River of Life dan juga Bangunan Sultan Abdul Samad

Dah puas bergambar, boleh masuk Muzium Tekstil. Lepas itu pergi seberang ke KL City Gallery.

Nak tengok perpustakaan paling cosy kat Malaysia? Boleh masuk KL City Library.

Stesen Terdekat : LRT Masjid Jamek

Main kat Kidzania

kanak-kanak jadi bomba di kidzania

Kidzania ini dekat dengan IKEA Damansara.

Jadi anda boleh ke taman tema interaktif Kidzania dengan MRT.

Anda boleh tinggalkan anak-anak kat situ, biar mereka main dan jadi doktor, pilot, dj sampailah ke bomba sementara anda shopping kat The Curve & IKEA.

Stesen Terdekat : MRT Mutiara Damansara

Berjaya Theme Park

botanic drive in berjaya times square theme park

Taman tema indoor paling besar dalam KL dan ada rollercoaster ini ada dalam mall Berjaya Times Square.

Nak pergi dengan train, memang senang.

Mall ini kat seberang jalan stesen tren monorail Imbi.

Tips : Sebelum Covid, anda juga boleh ambil bas dari Berjaya Times Square ini untuk pergi Bukit Tinggi. Boleh layan bandar kecil gaya Perancis satu hari.

Stesen Terdekat : Monorail Imbi

Superpark

main street basketball di superpark

Taman tema dari overseas ini khas untuk anak beraktiviti. Ia ada kat dalam Avenue K, seberang KLCC.

Nak pergi senang juga sebab boleh ikut kawasan pejalan kaki bawah tanah dari KLCC.

Stesen Terdekat : LRT KLCC

Camp 5

Nak cuba panjat dinding? Atau anak tak pandai duduk diam kat rumah?

Camp 5 ini ada dalam mall 1Utama. Dan ia bersambung dengan stesen MRT.

Tak kisah anak expert atau beginner, memang boleh memanjat dalam aircond dan kawasan yang selesa.

Stesen Terdekat : MRT 1 Utama

Muzium Negara

Muzium yang semua orang hampir lupa nak datang ini, boleh anda lawat dengan family. Boleh guna MRT.

Tiket nak masuk muzium pun harga subsidi. Tak naik dari zaman anda kecil lagi.

Selain tengok tinggalan kapal karam dan keris pedang, ada muzium orang asli yang kecil kat sini.

Stesen Terdekat : MRT Muzium Negara

Planetarium Negara

layan replika planet marikh di planetarium
Kredit : shyla_bakar

Kalau anda dan family dah selesai tengok artifak Muzium Negara, dan anak kecil masih belum letih jalan kaki, anda ke Planetarium Negara.

Ambil jejambat untuk lintas ke area Taman Botani sana. Signboard ke Planetarium sepatutnya ada untuk anda ikut saja.

Tips : Anda kena gigih naik tangga kalau nak jalan kaki antara dua tarikan ini. Sebab banyak anak tangga kena. Takut tercabut lutut kalau dah berusia.

Stesen Terdekat : MRT Muzium Negara

Aquaria KLCC

aquaria klcc aquarium tiket

Kami letak sini kalau-kalau anda terlepas kat tarikan ini yang kami sudah sebut kat atas tadi.

Nak ke Aquaria KLCC dari stesen LRT senang. Cuma kena banyak berjalan.

Tapi bolehlah masuk kalau belum pergi untuk tengok jerung, pari dan haiwan laut kat bawah KLCC.

Stesen Terdekat : LRT KLCC

Pasar Seni

peniaga lukisan pasar seni
Kredit gambar  : cikintan.zaki

Kalau anda suka kraf ataupun lukisan, ini kawasan old school KL yang boleh buat imbau balik zaman remaja anda.

Kawasan dalam Pasar Seni pun dah upgrade dari zaman dulu, dan lebih cantik dalamnya.

Dan kalau lapar, ada banyak gerai dan kedai mamak untuk jamu selera. Cafe 7 Eleven yang baru buka pun ada kat Jalan HS Lee.

Stesen Terdekat : LRT Masjid Jamek / LRT Pasar Seni

Banyak sebenarnya tempat boleh pergi dengan train LRT dan MRT. 

Dan kalau anda tak kisah sambung naik feeder bas atau Grab dari stesen train, lagi banyak tempat menarik yang boleh pergi dengan keluarga (macam Zoo Negara).

Pada kami, tambang RM15 keluarga Malaysia memang murah. Jimat sangat untuk pergi balik ronda KL dengan family.

Tapi pakai kasut yang elok selesa. Dan bersedia untuk jalan kaki.

Dan jangan jauh sangat jalan. Ingat kak, Isnin nak kerja!

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Layan kedai makan sedap kat KL