Tak semua orang datang bercuti kat KL dengan kereta.
Ramai solo traveller atau pasangan muda yang nak layan KL tapi naik train.
Untuk anda yang macam itu, ini port makan best yang dekat dengan LRT atau MRT.
Kedai Makan Dekat LRT/ MRT Yg Best
- 1 Kedai Nasi Lemak
- 2 Kedai Roti Canai
- 3 Warung Satay
- 4 Restoran Nasi Daun Pisang
- 5 Restoran Nasi Kandar
- 6 Kedai Nasi Kerabu
- 7 Restoran Kari Kepala Ikan
- 8 Kedai Nasi Ayam
- 9 Warung Mee Rebus
- 10 Warung Cendol
- 11 Restoran Biryani
- 12 Warung Ikan Bakar
- 13 Restoran Ayam Goreng
- 14 Kedai Laksa
- 15 Kedai Cheese Nan
- 16 Perlukan Hotel Kat KL Nanti?
- 17 Hotel Terbaik Kuala Lumpur
Kedai Nasi Lemak
Kalau dah nama orang Melayu, perut kita perut bendang bang.
Kalau itu yang anda mahu masa cuti kat KL, kami sarankan anda serbu kawasan Kampung Baru.
Bila dah makan sedap-sedap, boleh exercise jalan santai naik ke Saloma Link dan terus pi layan Aquaria KLCC.
* Nasi Lemak Wanjor (LRT Kampung Baru)
* Nasi Lemak Antarabangsa ( LRT Kampung Baru)
* Warung Sinarnor Stall (LRT Chan Sow Lin )
* Nasi Lemak Alor Corner (Monorail Bukit Bintang )
Kedai Roti Canai
Khas untuk budget traveller yang tidur kat hotel bajet sekitar KL, pagi-pagi elok bantai roti canai.
Kalau yang duduk dalam kawasan Masjid Jamek, roti canai yang best ada kat Selangor Mansion.
Dah makan, boleh rehat bergambar kat sekitar Masjid Jamek, River of Life, Pasar Seni dan juga Bangunan Sultan Abdul Samad.
* Warung Pak Hassan (LRT Kampung Baru )
* Warung Selangor Mansion (LRT Masjid Jamek )
* Valentine Roti (LRT Dato Keramat )
Warung Satay
Okay, ini mungkin kena bajet tinggi sikit. Tapi masih boleh pergi, lebih lebih lagi kalau bawa isteri yang mengidam sate sudah 5 hari.
Kalau kita cerita satay sedap, memang cerita pasal sate Kajang tak lari. Kalau itu hajatnya, no problem. Anda boleh naik MRT dan turun kat Stadium Kajang dan jalan kaki.
Kalau malas pi jauh, ada 3 tempat lain dalam KL yang boleh anda pergi.
* Satay Zainah Ismail (LRT Damai )
* Kamaruddin Satay @ Capitol Cafe (LRT Bandaraya )
* Satay KL ( LRT Kampung Baru)
* Restoran Sate Haji Samuri (MRT Stadium Kajang)
Restoran Nasi Daun Pisang
Kalau anda memang suka jilat jari yang penuh kari, ini ada beberapa tempat menjamah lauk atas daun pisang sekitar stesen LRT.
Jangan lupa minum manggo lassi buat tambah umphh lagi. Dan kalau dah makan, adabnya, lipat daun ke arah diri sendiri.
* Nagasari Curry House ( LRT Raja Chulan )
* Sri Nirwana Maju Bangsar ( LRT Bangsar )
Restoran Nasi Kandar
Macam sama kat atas, cumanya tempat kat bawah ini tempat mamak, dan kebanyakannya tak ada daun pisang. Makan kat pinggan replika daun pisang saja.
Ya bang, kat KL, memang banyak kedai mamak sedap.
Tapi yang kat bawah ini terkenal sebab dikatakan lebih best daripada kebanyakan mamak yang ada.
Mamak! Teh tarik satu!
* Pelita Nasi Kandar (LRT KLCC / Monorail Bukit Nanas )
* Restoran Nasi Kandar Ibramsha ( LRT Masjid Jamek )
* Nasi Kandar Kudu (LRT Sultan Ismail / Monorail Medan Tuanku )
* Restoran Mohd Yaseen Nasi Kandar (LRT Sultan Ismail / Monorail Medan Tuanku )
*Nasi Kandar Kayu Original Penang (LRT/ Monorail KL Sentral)
* Zainul Nasi Kandar (LRT Taman Jaya )
* Hameediyah Restaurant (MRT Surian )
* Tgs Nasi Kandar ( Monorail Bukit Bintang )
* Penang Nasi Kandar @ Restoran Kok Siong (LRT Pusat Bandar Puchong)
3 Tarikan Paling Top Kat KL
Kedai Nasi Kerabu
Kadang-kadang kita pi KL, tapi tekak terasa nak makan lauk Kelantan atau Terengganu.
Jangan risau.
Ada beberapa tempat yang boleh anda makan lauk sedap kat KL yang tak jauh dari stesen.
Walaupun tak ada yang guna bunga telang untuk warnakan nasi jadi biru, itu hal kecil.
Yang penting sedap.
Okay, mula-mula tengok kedai makan sedap kat Kg Baru dulu.
* Suraya Seafood (LRT Kampung Baru )
* Chunburi Seafood Kampung Baru (LRT Kampung Baru )
* Restoran Anis Puteri (Komuter Pantai Dalam )
* Restaurant Tuu Dok Ko 1488 ( Komuter Batu Caves )
Restoran Kari Kepala Ikan
Ada waktunya terasa macam nak hentam makan macam holiday kat Penang, walaupun datang honeymoon kat KL.
No problem.
Banyak je kedai kari kepala ikan best kat Kuala Lumpur ini yang boleh anda layan.
Kedai kat bawah ini mungkin kena ambil Grab dari stesen tren.
Tapi jaraknya singkat saja.
* Restoran ZK (Monorail Maharajalela )
* Annuar Fish Head Curry / Bangsar Fish Head Corner (LRT Bangsar )
Kedai Nasi Ayam
Kebanyakan kedai nasi ayam popular kat KL milik orang Cina.
Dan tak halal untuk kita.
Tapi ini restoran halal Cina yang boleh anda bantai makan sedap bersama.
Kedai Chee Meng kat Bukit Bintang ada halal JAKIM (last kami check la).
Tapi harganya premium sikit, dan pelayan nya memang kurang mesra.
Kalau nak makan romantik kat area itu, boleh skip ini. Tutup mata, tempah Dinner in the Sky terus.
* Restoran Nasi Ayam Chee Meng (Monorail Bukit Bintang )
* Nasi Ayam MASH (LRT Dato Keramat )
Warung Mee Rebus
Ada banyak kedai jual mee rebus kat KL ini.
Tapi 2 kedai yang sudah berpuluh tahun bertapak kat KL dan menjual menu ini adalah Rosli Mee Rebus dan Asyiq Dang Wangi.
Nak makan mungkin kurang selesa, sebab level warung sahaja.
Tapi tak kisahlah kan, yang penting halal dan sedap.
* Rosli Mee Rebus (LRT Masjid Jamek / Bandaraya)
* Asyiq Dang Wangi Stall ( LRT Dang Wangi )
Warung Cendol
Ya. Memanglah boleh makan cendol kat kawasan rumah perumahan pakcik menakan anda.
Tapi manalah tau kalau cuti nanti isteri dah tarik-tarik baju mengidam nak makan cendol sekarang, sekarang ini.
Mahu tak mahu, wajib cari sebelum dia jerut abang dengan tali.
Kat bawah ini senarai kedai cendol best yang abang boleh naik LRT dan slurpp dengan senang hati.
* Cendol Durian Runtuh (MRL Chow Kit / LRT Kampung Baru )
* Cendol Durian Kampung Baru (MRL Chow Kit / LRT Kampung Baru )
* Sulaiman’s Famous Cendol dan Rojak Stall (LRT Pudu )
* Durian King TTDI (MRT TTDI )
Restoran Biryani
Hampir semua kedai mamak yang ada kat atas senarai ini tadi, ada biryani.
Tapi kat bawah ini ada 2 kedai halal dekat LRT yang memang speciality depa briyani.
Anda pergi cuba dulu, dan nanti komen kat sini.
* RSMY House of Real Beriani (Monorail Medan Tuanku )
* Biryani Asif (Monorail Bukit Bintang )
Warung Ikan Bakar
Hanya sebab laut jauh, tak semestinya ikan bakar kat KL tak sedap.
Ikan bakar yang terkenal untuk orang yang kerja dalam kawasan KL semestinya kat kawasan istana (jalan Bellamy).
Nak ke sana boleh kalau naik monorail.
Tapi jalannya agak jauh juga.
Kami sarankan ambil Grab untuk cuba ikan bakar Bellamy.
Dah oh! Mohon datang sebelum pukul 12 tengah hari supaya senang cari tempat duduk nanti.
* Kak Jat Ikan Bakar Bellamy (Monorail Tun Sambanthan )
* Mat Teh Ikan Bakar (LRT Dato Keramat )
Restoran Ayam Goreng
Banyak kedai yang jual ayam goreng tepi jalan.
Tapi pada kami, lebih baik duduk jamah kepak ayam dan drummet dalam tempat ber aircond.
Untuk itu kami pilih 2 cawangan kedai jual ayam sedap yang anda boleh jumpa kat Bukit Bintang.
Untuk orang yang di luar KL memang kena cuba sebab setakat tahun 2020, cawangan ini kebanyakannya belum keluar dari sini lagi.
* 4 Fingers Crispy Chicken (LRT KLCC / Monorail Imbi / Nu Sentral )
* Kyochon Fried Chicken (Monorail Bukit Bintang )
Kedai Laksa
Kami tahu ramai yang redah makan laksa Cina kat Petaling Street.
Mengapa gatal makan sembarangan sedangkan ada alternatif halal punya?
Kalau nak sangat try laksa Cina, cuba Ah Cheng laksa yang ada kat beberapa mall dalam KL ini.
Sehingga tahun 2020 ini, central kitchen mereka memang ada halal Jakim, dan 2 branch di Sogo dan Nu Sentral pun ada status itu.
Dah alang-alang kat sini, boleh cuba juga ABC nya.
* Ah Cheng Laksa di Nu Sentral (Monorail KL Sentral)
* Ah Cheng Laksa di Sogo ( LRT Bandaraya)
Kedai Cheese Nan
Kalau anda lapar petang-petang dan nak lepak makan cheese nan, kat KL ada dua tiga tempat yang memang sesuai untuk itu.
Yang popular sah-sah di RSMY.
Tapi jangan datang malam sebab kadang-kadang tempat duduk tak ada. Datang petang dengan member.
Boleh lepak layan cheese nan dan teh tarik sama-sama.
* RSMY House of Real Beriani ( Monorail Medan Tuanku )
* Betel Leaf Restaurant (LRT Masjid Jamek )
* Biryani Asif (Monorail Bukit Bintang )
* Passage Thru India (Monorail Bukit Bintang )
Okey. Senarai 15 jenis makanan best kat KL dan juga tempat makan sedap nak layan makanan itu yang dekat dengan dengan stesen tren dah lengkap.
Yang mana yang anda dah cuba?
Atau ada yang kami tertinggal yang anda nak sarankan? Jom share sama-sama.