Senarai 11 Tempat Makan Malam Best di Kota Kinabalu (Halal & Popular)

Nak cari tempat makan malam kat Kota Kinabalu yang halal dan popular ?

Biar kami bantu.

Ini senarai port tempat makan yang boleh anda tuju.

Grill Fish Restaurant

udang di grill fish kota kinabalu
Kredit : zooreen

Antara banyak-banyak restoran seafood untuk dinner kat Kota Kinabalu, ini antara yang paling popular.

Pertama sebab harganya yang lebih murah, dan kedua sebab saiz hidangan besar.

Kat sini boleh order ikan, udang sampailah ketam yang berkuah, stim ataupun bakar.

Dan lauknya dimasak gaya Bugis.

Sebab saiz hidangannya, ada bekas take away untuk anda tapau sendiri lauk anda kalau masih berbaki.

Apapun, ia selalu penuh. Kena sabar menanti.

Lokasi : 78, Jalan Coastal, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Todak Waterfront Hawker Center

makanan laut goreng untuk malam di todak waterfront
Kredit : pakejsabahbajet

Kalau cerita makan malam, ini antara tempat utama kat KK yang orang tuju.

Pertamanya sebab ia medan selera dan banyak peniaga yang jual seafood.

Kedua sebab lokasinya tepi laut. 

Sambil layan makan sambil tengok pemandangan senja dan rasa bayu memang syahdu.

Pilihlah nak lobster, latok, rumpai laut, sampailah ke kupang dan lala.

Tapi sebab gerai banyak, kualiti lauk berbeza-beza ikut nasib anda.

Lokasi : Jln Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

D’hati Corner Restaurant

daging goreng belacan di dhati corner kota kinabalu
Kredit : dhati.corner

Untuk makan malam kat kedai yang harganya mampu bayar, boleh ke D’hati Corner.

Kat sini ada masakan goreng macam kedai Siam kat Semenanjung.

Kalau bajet kecil, boleh try nasi goreng.

Tapi kalau nak lebih tidur lena, tomyam, siakap 3 rasa, siakap stim, kangkung belacan dan telur dadarnya ramai yang suka.

Lokasi : Riverside Plaza, Jalan Kingfisher, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Restoran Taufik 2 

makan bakso di restoran taufik kota kinabalu
Kredit : restorantaufik

Ini pula kedai makan malam yang popular kat KK dan buka sampai pagi.

Kat sini ada lauk Jawa dan Indonesia – dan yang paling orang suka soto dan baksonya.

Kalau nak dinner berat, ayam penyet dan sup daging dengan nasi putihnya pun antara menu yang kena cuba.

Tapi kedai memang selalu penuh. 

Sedia untuk tunggu lama.

Lokasi : Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu

Restoran Zieleto Ikan Boulu Tanpa Tulang

restoran zieleto ikan boulo kota kinabalu sabah
Kredit : maslightmaslight

Nak makan ikan boulo waktu malam?

Restoran yang ada lauk pauk Melayu Sabah dan Indonesia ini tempatnya.

Kat sini anda boleh pilih saiz ikan boulu ikut saiz berdasarkan bajet.

Tapi kalau itu bukan minat anda, ada juga soto dan ayam penyet.

Nak best lagi, layan semua ini sekali dengan cendol dan ABC untuk dinner yang puas masa cuti.

Lokasi : Lorong Permai 11, Kampung Darau, 88400 Kota Kinabalu

KK Garden Seafood

ketam di kk garden seafood kota kinabalu
Kredit : kkgardenseafood

Kalau anda nak makan seafood segar kat tengah bandar untuk dinner, datang ke KK Garden Seafood ini.

Pilih saja seafood hidup yang ada dalam akuarium.

Harganya lebih murah dari di kawasan Todak, jadi jumlah tetamu yang datang makan malam lazimnya besar.

Lauk kat sini dimasak gaya Cina. Jadi boleh jumpa lauk macam udang kam heong atau ketam kulit lembut untuk dinner. 

Jangan risau, setahu kami ownernya muslim dari Sandakan. 

Dan kalau datang waktu solat, ada mini musolla untuk anda selesaikan kewajipan.

Lokasi : Gaya Street, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

Anjung Senja

lauk pauk di anjung senja KK
Kredit : imanq_aulia168

Kalau nak makan malam kat medan selera, Anjung Senja pun antara tempat makan popular.

Ini antara medan selera paling terkenal kat KK, dan kat tepi waterfront.

Jadi boleh makan sambil rasa angin malam tepi laut.

Kebanyakan gerai kat sini ada menu yg hampir sama, dan memang berasaskan seafood.

Jadi boleh pilih nak makan nasi goreng dan mee atau nak berbelanja lebih dan layan kerapu, sotong dan ketam kat sini.

Kalau dalam musim, cuba juga durian shake nya.

Lokasi : Jln Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

10’N Go

makan malam nasi arab di 10ngo kota kinabalu
Kredit : 10ngo

Kalau anda peminat lauk Arab, anda boleh pergi ke 10’N Go ini.

Lauk kat sini dimasak gaya kat Mesir sana. Dan rempah ratusnya pun dibawa dari sana supaya asli rasanya.

Kat sini, lauk yang popular ialah shawarma, lamb shank, serta nasi mandi dan bukharinya.

Tempatnya agak kecil. 

Tapi mencukupi untuk lepaskan gian lauk Arab masa cuti kat KK nanti.

Lokasi : Ground Floor, Block A, 88 Marketplace, 500, 88300 Kota Kinabalu

Restoran Masakan Sedap

makanan laut di restoran masakan sedap KK
Kredit : olivia.bewsher-

Walaupun namanya cliche saja, kedai ini memang terkenal dengan masakan seafood ala Chinese yang halal.

Makanan popular untuk makan malam kat sini banyak.

Tapi antara yang anda boleh rasa termasuklah talapia masak stim teochew, siput tarik, ketam sambal, honey lamb dan butter prawn.

Sebelum balik, jangan lupa juga rasa dessert puding kelapa.

Bila malam ia selalu penuh dengan pelanggan. Jadi kena sabar extra.

Lokasi : 1, Jln Lintas, Kolam Centre, 88200 Kota Kinabalu

Steamboat Bakar Sepanggar

makan malam di steamboat bakar sepanggar kota kinabalu sabah
Kredit : meksahsquare

Kalau anda rajin gerak keluar dari tengah bandar untuk layan steamboat, boleh cuba Steamboat Bakar Sepanggar.

Macam tempat steamboat lain, bayar sekali dah boleh makan sepuas hati.

Untuk grill kat sini pakai arang.

Dan base supnya kuah tomyam.

Harga kat sini sederhana. 

Kami sarankan book dulu sebelum datang supaya dapat meja.

Lokasi : Ground Floor, Block B Bandar Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu

BTC Bistro

nasi lalap di restoran BTC KK
Kredit : btcrestaurantinanam

Nak tempat makan malam yang ada banyak menu sebab anda nak datang dengan geng yang ada macam-macam selera?

Datang ke kedai mamak paling popular kat KK, iaitu BTC Bistro saja.

Restoran ini ada beberapa cawangan kat Kota Kinabalu, dan pilihan lauknya memang banyak dari biasa.

Pilihlah nak lauk mamak macam pasembur dan rojak atau lauk Siam macam tomyam sampai ke lauk Cina macam wantan hor dan mee hailam.

Yang bagus lagi, ia dibuka dari awal pagi sampai malam.

Lokasi : Heritage Plaza, Lorong Plaza Legenda, Taman Regent, 88300 Kota Kinabalu

Okay, kita stop sampai sini dulu senarai tempat makan malam best kat KK ini.

Bila ada port best baru, kami akan tambah lagi.

Tapi kat list kami sudah ada tempat makan seafood, Siam dan lauk Arab sekali.

So, yang mana satu anda nak pergi?

JomJalan Seluruh Sabah

Senarai tarikan best di Sabah
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap kat Kota Kinabalu
Promo hotel, tarikan Sabah
Jomjalan