Nak cari tempat makan malam yang best kat Langkawi senang.
Sebab kedai sedap banyak.
Jom kita tengok.
Tempat Makan Malam Best di Langkawi
Pekan Kuah
Ini antara kawasan yang paling senang untuk cari tempat makan malam yang sedap kat Langkawi.
Desa Permata Ikan Bakar No 5&6

Tempat makan malam popular ini ada ada banyak jenis ikan yang boleh dipilih.
Bila cicah dengan sambal dan ulam memang syok meleleh.
Yang bagusnya, harga makanan laut kat sini tak timbang – tapi siap terpampang kat ikan.
Jadi boleh bajet dengan senang sebelum makan.
Kalau anda suka petai, boleh cuba ikan bakar loban dengan petai.
Harga biasa-biasa.
Boleh datang dengan keluarga.
Nota : Ada satu kedai lagi tepinya, Kak G Ikan Bakar yang pun popular.
Lokasi : No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah
Krua Thai Langkawi

Ini kedai Siam yang sesuai tekak orang kita.
Boleh cuba daging Danok, Harimau Menangis sampailah Miang Pla dan tomyam putihnya.
Kalau tak tahu nak apa, minta set somtam dulang saja.
Tapi datang awal.
Sebab orang kat sini selalunya ramai.
Lokasi : Jalan Kelibang, Kuah, Langkawi, 07000 Kuah
Singgah Seafood

Singgah Seafood ini cuma salah satu kedai makan dalam medan selera.
Tapi yang buat ia menarik ialah sebab ia ada sajian seafood halal gaya Cina.
Pilihlah nak ikan ABC, ayam oyster, udang lipan cili kering sampai lah ke ikan siakap stim limau nya.
Tapi sebab lauk jenis seafood, duit kena standby lebih dari biasa.
Tips : Ia dalam Medan Selera Bendang Baru.
Lokasi : Jalan Penarak, Kuah, 07000 Langkawi
NamGrill

Tempat makan lauk Western ini mejanya kat luar, open air.
Dan walaupun ia ada spaghetti carbonara, chicken chop sampai ke fish dan chips, daging bakar danoknya antara menu paling popular.
Untuk minum, boleh try air Maha Tower nya.
Tapi kalau setakat nak lepak sembang dengan member, roti bakar pun ada.
Lokasi : 62b, Jalan Pelangi 2, 07000 Kuah
[static_content id=”29546″]
Wan Thai Langkawi

Ini kedai makanan Thai yang sudah puluhan tahun terkenal kat pulau ini.
Nak jumpa kedai pun senang.
Sebab kat tengah pekan Kuah Langkawi.
Antara lauk popular termasuk ayam pandan, otak-otak dalam kelapa dan ikan steamnya.
Waktu menunggu agak lama.
Kena sabar menunggu kalau anda tengok penuh orang kat meja.
Lokasi : 80-82 Langkawi Mall Dundung Langkawi, 07000 Kuah
Alhamdulillah Restaurant

Cafe kecil ini ada lauk Syria yang memang popular kat Langkawi.
Tapi lebih terkenal di kalangan pelancong luar dari orang Melayu sini.
Apapun, hidangan popular kat sini shawarma, falafel dan kebabnya.
Sayangnya ia juga ada sisha.
Jadi kalau anda tak suka vape, rokok dan seangkatan dengannya, boleh cari alternatif lain yang ada.
Lokasi : Lot 5, Persiaran Dayang Pekan Rabu, Kuah, 07000 Langkawi
Saujana Indah Seafood

Kedai kat tepi jalan ini ada lauk goreng-goreng dengan tema makanan ala Thai.
Tapi kalau minat makanan laut, boleh order ikan bakar, stim atau kerangnya.
Untuk cuci mulut boleh try pulut mangga.
Harga standard.
Tak mahal, tak murah dari biasa.
Lokasi : 158, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi
Ummi Gulai Panas Dan Asam Pedas

Kat area Kuah, ini tempat makan gulai panas yang sedap.
Gaya gulai opah-opah.
Makanan orang kampung.
Boleh pilih ikan apa yang anda suka.
Dan makan dengan ulam dan sambal belacan mereka.
Ia buka sampai tengah malam buta.
Jadi kalau nak supper berat-berat boleh datang makan sini.
Memang tidur lena sampai pagi.
Lokasi : Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah
EE burger

Walaupun namanya EE Burger, gerai makan ini adalah lebih dari itu.
Ada char kuey teow sampailah ayam panggang dan lauk dari Western menu.
Kalau nak tapau, burger daging bakar dan meatball antara lauk boleh cuba.
Harga biasa-biasa.
Cuma kadangkala waktu menunggu agak lama.
Lokasi : 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi
Veena Seafood

Kedai lauk Thai ini popular kat orang tempatan.
Kalau sudah biasa dengan tomyam campur boleh juga order lauk cili kering udang lipan.
Cuma lokasi terperosok.
Lauk syok.
Tapi untuk layan pemandangan atau suasana memang kurang seronok.
Lokasi : 3, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi
Pasar Malam Langkawi

Yang ini pun satu tempat makan malam yang boleh anda pergi.
Pasar yang kat Kuah ada dalam 200 gerai dan yang terbesar dalam pulau ini.
Memang boleh cari makan harga biasa-biasa.
Boleh ambil angin sambil jamu selera.
Dari burger, rusuk kambing dan mee goreng sampai ke bronok.
Cuma datanglah dengan family, baru seronok.
Lokasi : Sekitar Langkawi
The Edge Cafe

Peminat steak boleh datang ke The Edge ini.
Ini cafe hipster dengan lauk western yang ada live band dan parking yang selesa.
Kalau minat ikan, steak salmon ada.
Untuk nak rasa daging lembu premium, burger Wagyu boleh di order.
Ketagih ketam?
Boleh cuba Mud Crab dengan Aglio Olio pasta.
Lokasi : Jalan Kelibang Mukim Kuah, 07000 Langkawi
Tanjung Tirai View

Tempat makan satu ini kat area Penarak, kena sedikit bergerak dari pekan Kuah.
Tapi ia ada pemandangan kapal persiaran dan bot nelayan.
Menu kat sini ala Thailand.
Macam sotong tepung, tomyam sampai ke somtam dan kailan.
Tapi yang paling popular kat sini – ikan kerapu masak asam jawa.
Waktu menunggu agak lama.
Dan harga sedikit tinggi dari biasa.
Tapi no problem kan — kalau datang waktu senja masa honeymoon dengan yang tercinta.
Lokasi : Bamboo Beach Resort Penarak, Langkawi
Padang Mat Sirat
Untuk area airport, ini tempat-tempat makan malam yang sedap dan popular.
Halim Gp Gulai Panas Airport

Nak layan gulai masa cuti kat Langkawi?
Ini antara tempat paling popular dengan sajian gulai kat pulau ini.
Gulai gaya kampung.
Boleh layan dengan ulam, cendawan goreng dan udang celup tepung.
Nota : Kalau untuk makan tengahari, try Mak Ngah Gulai Panas Kisap.
Lokasi : 4, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi
Kak Yah Kondo

Kedai makan yang satu ini lokasi makan malam orang tempatan.
Boleh layan nasi lemak, nasi ayam atau lauk goreng-goreng.
Tapi menu yang orang selalu puji ialah kuey teow kerang.
Ia buka dari petang.
Jadi memang boleh datang awal untuk makan dengan tenang.
Nota : Masa petang ada juga menu ubi kayu.
Lokasi : 65, Jalan Padang Matsirat, Kuah, 07000 Langkawi
Pantai Cenang
Kawasan Cenang ada banyak tempat makan malam yang sedap dan menarik. Cuma harga lebih tinggi disebabkan lokasi strategik.
Makan Mana Ikan Bakar

Nak menu ikan bakar untuk makan malam?
Datang kedai makan satu ini.
Kedai memang biasa-biasa.
Tapi ikan bakar, sotong dan tomyamnya memang popular.
Harga biasa saja.
Best lagi kalau datang dengan keluarga.
Kalau duit lebih, boleh try belangkas atau ketam bunga.
Lokasi : Lot 2764, Jalan Kuala Muda, Pantai Cenang, 07000 Langkawi
Telaga Seafood Restaurant

Untuk peminat makanan laut dan lauk Siam, Telaga Seafood antara lokasi paling hot kat area Cenang.
Kalau bajet kecil, boleh order nasi goreng dan tomyam kat sini.
Tapi kalau tak kisah berbelanja masa cuti, lobster pun ada untuk dinikmati.
Tempat makan cozy.
Dan siap ada live band lagi.
Lokasi : Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Bamboo Cenang

Kedai makan satu ini kat tepi pantai Cenang.
Boleh makan dinner sambil layu bayu laut dan matahari terbenam masa senja.
Menu kat sini seafood temanya.
Bolehlah pilih dari ketam, udang sampai ke ikan bakar untuk jamu selera.
Yang bagusnya, kat sini, order dulu baru dapat meja.
Tak adalah anda tertunggu-tunggu bila pelayan nak ambil pesanan anda.
Tips : Untuk makan sambil layan suasana senja, datang sekitar 6 petang.
Lokasi : Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Cili Kampung

Sesuai dengan namanya, ini tempat makan popular untuk anda yang suka lauk pedas bercili.
Boleh pilih dari lauk asam pedas dan masak lemak cili api.
Pilih saja nak makan ayam, udang, daging ataupun ikan siakap dan tenggiri.
Cuma harga kat sini memang tinggi.
Kalau tak sedia, mungkin berjurai peluh kat dahi.
Lokasi : 11 Kampung Bohor Darat, Jalan Kedawang, Kedawang, 07000 Langkawi
Melur Cafe

Ini pula untuk anda yang nak lauk simple.
Menu popular kat sini nasi goreng yang dimakan dengan sambal tumis telurnya.
Mee udang pun ramai yang suka.
Dan sebab harga biasa-biasa, memang ramai orang yang datang dengan keluarga.
Disebabkan ia kedai lauk goreng-goreng, datanglah awal.
Kalau pukul 8 ke atas baru sampai, memang lamalah bersidai.
Lokasi : Melur Cafe Kampung Belak Mukim, 07000 Langkawi
Warung Kampung12

Kalau anda nak makan lauk Western tapi harga kampung, datang sini.
Saiz hidangan besar.
Dan lauk macam meatball pasta dan chicken chop akan kenyangkan perut kosong anda.
Kalau anda minat burger, jangan lupa cuba Burger Rastanya.
Yang penting, cafe retro ini makanannya memang harga mampu merasa.
Lokasi : Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Yasmin Restaurant

Buat peminat makanan Syria, ini port makan untuk anda.
Pilihlah dari maklouba dan mandy sampai ke pelbagai kebab untuk puaskan hati.
Atau order ikan dan udang BBQ kalau baru masuk gaji.
Tapi harga memang tinggi.
Mungkin sebab lokasi, dan sebab ramai pelancong luar negeri.
Kalau hotel anda kat area Cenang, nak datang, boleh jalan kaki.
Lokasi : Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Cenang Food Truck Square

Kat Cenang ada kawasan food truck ini untuk pilih macam-macam menu.
Ada mee sup dan chicken chop sampai ke yong tau fu dan nasi kandar Melayu.
Kawasan ini buka dari 5 petang.
Jadi kalau lapar awal, sebelum senja pun sudah boleh datang.
Lokasi : Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Artisans Pizza

Ini pizza Melayu kita, tapi rasa sampai mat salleh pun terpesona.
Hidangan lain macam sandwich dan burger ada.
Tapi yang buat ia bertahan puluhan tahun ialah pizzanya.
Tempat nak makan kecil.
Jadi tapau saja lebih ideal.
Boleh makan kat tepi pantai atau dalam hotel santai-santai.
Lokasi : Lot 1230, Pantai Cenang, 07000 Pulau Langkawi
Ulu Melaka
Ini pula tempat makan malam kalau anda rajin nak explore pulau ini masa cuti.
Nasi Arab Kaki Gunung

Kalau anda nak rasa nasi Arab buatan orang Melayu, ini antara tempat wajib tuju.
Ia cuma warung tepi jalan.
Tapi memang terkenal kat kalangan orang tempatan.
Sebab selain nasi arab ia ada lauk Melayu dan Western menu.
Kalau family suka berkongsi, boleh ambil set talam Westernnya yang ada serba serbi dalam itu.
Tips : Ia juga buka untuk makan tengahari.
Lokasi : 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Ka’ ka Western Food

Owner kedai tepi jalan ini dulunya chef kat hotel Langkawi.
Jadi anda dapat rasa lauk taraf hotel kat sini.
Boleh pilih dari spaghetti dan lamb chop atau hidangan macam garlic bread dan pizza pepperoni.
Tapi lokasi agak ceruk.
Gunakan Waze supaya tak sesat teruk.
Lokasi : Kampung Nyior Chabang, 07000 Langkawi
Pia’s the Padi

Kedai makan tepi sawah padi ini pula ada lauk fusion Melayu, Arab, India dan Thai.
Ada rendang, ada ayam butter masala dan lobster kat sini.
Kalau berdua, ambil set saja. Supaya tak lari bajet anda.
Sebab harganya memang agak tinggi.
Sesuai untuk poket pelancong luar negeri.
Lokasi : Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Pantai Kok
Kalau anda menginap di area ini, kami sarankan kedai di bawah untuk dinner nanti.
Santai @ Kuza & Luke Café

Ini pula restoran fusion Asia – Western yang ada aircond untuk makan selesa.
Ada fettuccine, ada lamb chop juga calamari.
Untuk tekak Melayu, boleh order nasi ayam atau mee kari.
Harga sedikit tinggi.
Sesuai dengan suasana dalam restoran yang ala fine dining luar negeri.
Apapun, datang awal.
Sebab ia kat tepi jalan, dan parking agak payah.
Lokasi : 132, Jalan Pantai Kok, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi
Pantai Tengah
Kalau anda menginap di Cenang atau Pantai Tengah, ini pilihan kedai makan malam best kat area itu.
Arang BBQ & Grill

Minat rusuk kambing, ayam panggang dan kebab?
Ini antara satu lagi lokasi lauk gaya Syria yang popular untuk jamu selera.
Harga memang agak tinggi.
Lebih kurang macam harga restoran Arab lain yang biasa anda kunjungi.
Lokasi : Jln Teluk Baru, 07000 Langkawi
Selera Lubuk Buaya

Tempat makan ini ramai orang selalunya.
Sebab memang popular dengan nasi goreng, tomyam dan siakap 3 rasa nya – macam kebanyakan kedai Siam yang ada.
Harga pun biasa-biasa saja.
Boleh datang makan dengan keluarga.
Lokasi : Lot 9659 Kg Pdg Puteh, 07000 Langkawi
Warung Upih Ikan Bakar

Untuk layan seafood sambil layan suasana senja, ini satu lagi pilihan yang ada.
Boleh try sotong bakar, siakap sweet sour atau udang harimau.
Kalau datang berdua, dan nak romantik boleh juga.
Tempah awal.
Minta mereka set up kan meja tepi pantai untuk anda bercengkerama dan jamu selera.
Lokasi : Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi
Okay, lengkap sudah senarai tempat-tempat makan malam paling best, paling popular kat Langkawi yang ada.
Dari restoran, warung sampailah kedai makan tepi laut kami cover.
Persoalannya sekarang, anda nak pi yang mana?