Ini 10 Tempat Makan Pagi Kat Cameron Yang Anda Wajib Pergi Cuti Nanti

Nak cari tempat makan pagi best kat Cameron?

Don’t worry. 

Ini kedai-kedai untuk sarapan menarik yang anda boleh pergi.

200 Seeds Cafe ( Abang Strawberry) 

kedai makan pagi best cameron highlands - abang strawberry
Kredit : abang.strawberry

Abang Strawberry ini antara pelopor menu nasi lemak strawberry kat Cameron Highlands ini.

Untuk yang bawa anak, ada waffle dan ice-cream juga untuk dirasai.

Bagi yang nak petik sendiri buah strawberry, boleh juga petik kat sini.

Tapi sebab ia famous, sebelum pukul 8 pagi pun sudah anda yang beratur menanti. 

Jadi datang awal-awal. 

Kalau tak, cari parking memang ngeri.

Lokasi : No 27, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

Opah Strawberries 

opah strawberry di taman sedia. lokasi sarapan pagi tanah rata
Kredit : lennylainiza

Sebelum jumpa Abang Strawberry, ada kedai ini.

Tempat sarapan di Tanah Rata ini famous dengan hidangan mee kari.

Ada juga homemade strawberry ice-cream & strawberry scones untuk anda yang nak rasa menu breakfast orang putih pagi-pagi.

Tapi parking memang payah nak cari, sebab penghujung jalannya jalan mati.

Dan sebab orang biasanya ramai, kena sabar menanti.

Lokasi : Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

Boh Tea Centre

sarapan pagi best di ladang teh boh, brinchang cameron highlands
Kredit : diana.saadon

Ladang BOH pun satu lagi tempat sarapan best kat Brinchang, Cameron.

Memang ada view lawa dan feeling macam bercuti kat oversea.

Kat sini boleh order scones panas, kek dan teh premium untuk breakfast yang terangkat nanti.

Tapi yang bawa warga emas, elok naik jip.

Kalau tak kesian mereka panjat tangga. 

Kami recommended datang seawal jam 8 pagi, supaya senang parking kereta.

Lokasi : BOH Sungai Palas Tea Center, Brinchang

Ayah Man Strawberry 

suasana makan pagi di ayahman strawberry taman sedia tanah rata
Kredit : ayahmancameronhighlands

Tempat makan pagi satu ini pula dalam suasana ala taman kecil.

Menu istimewa kat sini nasi lemak sambal strawberry, serunding strawberry dan scone nya yang dikatakan antara yang terbaik kat Cameron ini.

Scone boleh layan kat sini, atau bawa balik untuk makan kat hotel nanti.

Nak makan kat sini, datang seawal 8 pagi. 

Lokasi : No. 44 Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

YZ Agro Farm

makan pagi di yz agro farm di cameron highlands
Kredit : kuonee318

Ini satu lagi port makan pagi popular kat Taman Sedia, Tanah Rata.

Untuk menu Western, ada scones, ada tart. 

Untuk Melayu, ada nasi lemak, laksa dan mee kari.

Kalau nak rasa kopi strawberry pun ada.

Yang bagusnya, ia ada parking, walaupun berbayar per entry.

Lokasi : No. 22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

Avant Chocolate

english breakfast di avant cameron
Kredit : sitifatemah_hotmonteloven

Ini pula tempat sarapan pagi menarik kat Cameron Highlands untuk makan gaya orang putih.

Ada strudel, sandwich sampai lah ke ice-cream dan kek untuk makan pagi.

Kat sini pun ada mini petting zoo, boleh anak-anak bagi makan ayam dan itik untuk anak happy-happy.

Bagi ootd lover, ada port mini lavender. Ngam untuk bergambar dengan keluarga.

Cuma sebab sebelah kawasan haiwan, mungkin ada lalat sini sana.

Nota : Ia ada halal Jakim. Dan disebabkan oleh lokasi, ia lebih sesuai untuk anda yang datang/pulang mengikut jalan Simpang Pulai-Cameron.

Lokasi : F609, Jalan, Kampung Raja, 39010 Simpang Pulai, Pahang

Nur Iman Restaurant

ahli keluarga sedang makan pagi di nuriman restaurant tringkap cameron
Kredit : NormanCHJ

Kedai roti canai ini sedikit tersembunyi di Tringkap, sebab jauh dari jalan utama.

Tapi untuk makan pagi, ia terkenal dengan roti cheese dan kuah dal dengan sambalnya.

Kalau tak mau roti, ada bihun, nasi lemak dan kuew teow goreng juga.

Ia kedai kat bangunan lama.

Datang untuk roti canai, bukan suasana kelilingnya. 

Lokasi : No 15 Taman Tringkap Puncak Tringkap, Brinchang

Bharat Tea Plantation

suasana sarapan di bharat tea cameron highlands
Kredit : awatifanuarkitchen

Tempat sarapan ini juga dipanggil Cameron Valley Tea House.

Ini spot yang ramai suka sebab tepi jalan besar.

Senang singgah.

Boleh makan pagi sambil layan ladang tehnya terbentang luas betul-betul depan mata.

Kat sini boleh layan strawberry cheese scones dengan masala tea dengan keluarga.

Lepas kenyang, boleh juga ride ATV, ronda untuk adventure.

Lokasi : 49th mile Kuala Terla,Tanah Rata

Nota : Ada 3 ladang Teh Bharat dengan cafe kat Cameron ini.

KHM Strawberry 

sarapan pagi menu melayu di khm strawberry
Kredit : ayusha_782

KHM Strawberry ini satu lagi port makan menarik yang ada kat tepi kebun strawberry.

Kat sini, scones nya memang ramai yang puji.

Ia antara tempat makan scones yang famous kat Cameron ini.

Tapi kalau tekak Melayu, nasi lemak, mee kari,char keow teow pun ada kat sini.

Tempat selesa. 

Cuma jumlah pengunjung selalunya ramai lagi-lagi bila cuti sekolah tiba.

Lokasi : No 9, Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands

Aidilbadri Strawbery 

sarapan pagi dengan nasi lemak strawberry di aidilbadri strawberry
Kredit : shjue_byjulfaa

Kalau datang sini jangan lupa try nasi lemak special dengan rendang dan serunding strawberry.

Ada juga roti jala strawberry yang boleh cicah dengan kari.

Untuk anak, boleh juga makan, waffle dan brownies.

Paling penting tempat ni wheelchair friendly jadi mudah la bagi oku nanti.

Parking amat terhad.

Datanglah cepat-cepat.

Tips : Ia dalam satu lorong yang sama dengan Abang Strawberry dan Opah Strawberry. Dan sebab ia kat jalan mati, lorong ini sesak bila cuti.

Lokasi : No 36 , Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

Okay, cukup sudah senarai tempat sarapan pagi menarik kat Cameron untuk anda layan cuti nanti.

Yang paling popular dan banyak, memang kedai makan Melayu kat area Tanah Rata, Taman Sedia.

So, yang mana satu anda nak layan dengan keluarga?

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands

Jomjalan