Tak tahu kat mana nak makan pagi kat Kota Kinabalu nanti?
Biar kami bantu cari.
Ini port sarapan pagi yang wajib anda cuba nanti.
Tempat Makan Pagi Menarik di Kota Kinabalu
Tokmi Station
Untuk anda yang nak cari port sarapan pagi ala Kelantan, boleh tuju sini.
Kat sini roti canainya popular.
Dan nasi kerabu, nasi dagang gulai ikan, kerutuk pun sama orang suka.
Bila dah kat, cuba juga teh rebusnya.
Lokasi : Ground Floor, Block H, Sadong Jaya Complex, 88100 Kota Kinabalu
Happy Muslim II
Ini tempat sarapan pagi yang sudah lama bertapak kat Asia City.
Dan ia paling popular dengan soto dan rojak daging.
Jenis soto dan rojak memang banyak — boleh pilih dari urat dan tulang sampai ke sayur dan sayap.
Restoran pun besar dan tak sesak untuk makan pagi.
Lokasi : Ruang Singgah Mata 2, Kompleks Asia City, 88000 Kota Kinabalu
Mee Tauhu Corner
Nak sarapan rasa orang Tawau?
Kalau anda jenis suka mencuba, datang sini dan rasa makan pagi dengan mee tauhu bebel.
Kata orang ini antara tempat makan paling sedap kat KK kalau bab hidangan mee tauhu ini.
Untuk sarapan berat, order nasi kuning berlauk dengan lauk ayam merah atau daging rendang sekali.
Silap-silap boleh skip makan tengahari.
Lokasi : Asic Pac Parksafe, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Restoran Kak Min
Kedai makan ini kat bawah flat Tanjung Aru.
Dan terkenal dengan rojak dan juga sotonya.
Selain menu itu ada juga nasi lemak, bakso dan mee goreng untuk tambah lauk anda.
Cuma suasana kedai makan ini ala kadar saja.
Dan sebab lokasi kat rumah pangsa, parking memang payah cerita.
Lokasi : Rumah Pangsa Lppb, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Mee Tauhu Sedap Poli
Kedai ini pun salah satu tempat sarapan terbaik untuk makan mee tauhu dan nasi kuning Tawau.
Ia juga ada menu ikan boulu tanpa tulang yang dimasak garing.
Apapun, parking agak susah sebab dekat dengan bengkel kereta dan kedai runcit.
Tapi kalau parking bermasalah, kedai kat bawah ini pun boleh anda singgah …
Lokasi : Pusat Komersil Politeknik, 89200 Kota Kinabalu, Sabah
Citarasa de Bayu
Kedai makan ini satu area dengan Mee Tauhu Sedap Poli.
Dan ia macam gaya warung kat Kelantan – sebab banyak kuih muih selain dari nasi dagang, nasi lemak sampai hotdog yang tersedia berbungkus.
Kalau anda nak makanan yang banyak jenis, dan nak tapau untuk bawa dalam trip, ini antara lokasi boleh singgah.
Lokasi : Jln Politeknik, Sepanggar-KKIP, 88450 Kota Kinabalu
Kedai Makan Santubong
Untuk anda yang nak rasa lauk Sarawak, kat sini ada memu macam mee kolok dan laksa Sarawak.
Dan kalau belum puas lagi, boleh cuba mee jawa, nasi lalap, sup ikan dan kek Sarawak.
Menu memang terhad kat sini.
Tapi saiz hidangan cukup besar untuk kenyang sampai tengahari.
Lokasi : Kepayan Perdana Comercial Centre, 88200 Kota Kinabalu
The Warung Kepayan
Untuk anda yang nak sarapan atau brunch berat, The Warung ada lauk-pauk yang sedap belaka.
Pilih saja samada anda nak nasi kuning, ayam penyet, soto, nasi baoulu tanpa tulang, sampailah ke nasi lalap.
Warung ini selalunya penuh manusia, tak kira masa.
Jadi kena sabar menunggu meja.
Lokasi : Jln Pahlawan, 88902 Kota Kinabalu, Sabah
Dayang Rojak House
Port makan ini pula sesuai bukan saja untuk pagi tapi juga untuk makan tengahari.
Lauk popular kat sini rojak mee dan juga sotonya.
Dan bila ada goreng pisangnya, boleh layan dengan kuah kacang.
Cuma parking payah. Kena sabar nak mencari.
Lokasi : Jln Kolombong, Inanam, 88450 Kota Kinabalu
Restoran Joho Lama
Kita tutup senarai tempat sarapan best di Kota Kinabalu dengan kedai makanan asli Johor ini.
Kat sini, ada mee bandung muar udang galah, nasi ambeng dan asam pedas.
Kalau nak yang menu biasa, nasi lemak dan roti canai ada.
Cafe ini selesa.
Dan dekat dengan stesen keretapi Tanjung Aru.
Boleh layan dulu sebelum anda teroka KK dengan keluarga.
Lokasi : Jalan Tanjung Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Okay, cukup kat sini dulu senarai tempat sarapan pagi menarik dan halal yang ada kat Kota Kinabalu ini.
Ada lauk Semenanjung dan ada lauk orang Sabah.
So, yang mana satu anda nak cuba bah?