10 Tempat Makan Pagi Popular Kat Port Dickson (Yg Anda Wajib Pergi)

Tercari-cari tempat sarapan pagi best kat PD masa cuti nanti?

Senarai port makannya ada dengan kami.

Jom tengok yang mana ngam dengan anda nanti.

Kafe Kg Kaw

nasi lemak dan roti gemuk untuk makan pagi di kafe kampung kaw
Kredit : kamabites

Cafe ini antara port sarapan yang paling popular kat Port Dickson.

Ia ada nasi lemak ikan bakar dan ayam bakar, dan juga roti gemuk kuah kari sebagai menu favourite ramai masa pagi.

Untuk brunch, menu Western ada sekitar 10:30 ke atas.

Boleh layan chicken chop, nachos sampailah ke lamb sandwich dan burger sampai puas.

Senang cerita, datang awal dapat lauk Melayu, datang lambat ada lauk Western untuk penuhkan perut you.

Lokasi : PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson

Nasi Lemak Depan Kubur

nasi lemak depan kubur port dickson
Kredit : salmiqarmila83

Warung makan pagi yang namanya seram ini ada kat depan kubur Teluk Kemang.

Menu sarapan pagi kat sini banyak.

Boleh pilih roti canai, soto, mee kari, bakso sampai nasi lemak.

Tapi yang paling orang minat adalah nasi lemak sambal kawah pedas dengan ayam goreng crispy.

Ia selalu penuh. Tapi servis lazimnya laju kat sini.

Lokasi : Kampung Telok Kemang, 71050 Port Dickson

The Buna Coffee

suasana cafe the buna
Kredit : thebunacoffeeandbakery

Untuk anda yang nak layan pastri dan kopi masa sarapan, datang sini.

Cafe comel ini ada croissant, pai dan juga kek masa pagi.

Dan ada banyak pilihan minuman โ€“ dari kopi dan teh sampai air yogurt dan smoothies. 

Cuma ia kecil saja dan terhad ruang makannya.

Kalau meja penuh, boleh tapau dan layan sarapan kat PD Waterfront berdekatannya.

Lokasi : Wisma Khoo Kek Wee, Jalan Khoo Kek Wee, Jalan Raja Aman Shah, 71000 Port Dickson

Warung Pak Salleh

mee rojak untuk sarapan di warung pak salleh port dickson
Kredit : mb_bakhlis

Tempat makan pagi kat PD yang satu ini pula terkenal dengan rojak-rojaknya.

Rojaknya banyak, kuahnya pekat dan ada pilihan dari mee rojak biasa sampai ke rojak ayam.

Ia juga ada sarapan panas lain macam mee goreng dan mee bandung.

Ia tak jauh dari laut. 

Bolehlah rasa anginnya sementara anda pakat kenyangkan perut.

Nota : Ia kat tepi Kingโ€™s Kuew Teow (yang viral untuk makan malam pula).

Lokasi : 313, 5, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Warong Haji Houd

nasi lemak untuk makan pagi di warong haji houd PD
Kredit : waronghajihoud

Warung depan rumah ini pula kat area pantai Tanjung Gemuk PD.

Kat sini, menu utamanya nasi lemak berlauk dan juga nasi kerabu. 

Kalau tak mahu yang berat, ia juga  ada lempeng kelapa dan roti telur dalam menu.

Pakai waze kalau nak datang. 

Sebab ia dalam kawasan perumahan, takut sesat sedangkan perut tengah bergendang.

Lokasi : Jalan Kampung Ayer Meleleh, 71000 Port Dickson

Mak Abah Port Dickson

warung mak bah PD
warung mak abah

Bajet rendah?

Nak sarapan yang harganya murah? Datang kat warung Mak Abah.

Ia cuma kedai tepi jalan.

Tapi ada pilihan lauk yang banyak, dari nasi lemak, mee kari, bihun sup sampai lontong.

Kalau datang brunch, jangan lupa cuba sup tulang.

Parking ada, walaupun cuma kat bahu jalan.

Lokasi : Persiaran Kurau 1, Taman Tuah Batu, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Original Pak Lang Kopitiam

pak lang kopitiam
Kredit : paklangkopitiam

Kalau anda nak kopitiam pula, ini kopitiam popular kat PD.

Bolehlah layan roti bakar atau wantan mee kari dengan macam-macam jenis kopi.

Kalau nak lauk Melayu, nasi lemak pun ada kat sini.

Restoran ini luas dan buka sampai tengahari.

Jadi tak kisahlah nak datang untuk sarapan atau brunch nanti.

Lokasi : No. 2, Jalan Raja Aman Shah, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson

Warung Roti Canai Sedap

roti canai sedap port dickson
Kredit : bobvedder

Walaupun namanya macam letak bakul angkat sendiri, ini pun antara tempat makan pagi boleh tuju kat PD.

Kat sini ada nasi lemak, mee rebus atau mee kari.

Dan sesuai dengan nama, roti canai kat sini memang popular.

Cuma berkemungkinan lama anda menunggu untuk sampai ke meja.

Parking payah.

Dan memang kena datang awal pagi.

Lokasi : N8, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson

Nasi Lemak Wak Rahman

sambal nasi lemak yang pekat di nasi lemak pak rahman port dickson
Kredit : carolinadomiko

Kat PD, tempat makan nasi lemak pagi paling popular ialah warung satu ini.

Kata orang sambal tumis pedasnya yang buat nasi lemak berlauk kat sini padu.

Apapun, jangan lupa layan nasi dengan teh tarik kaw satu.

Kalau datang dengan anak, mihun dan mee rebus pun ada untuk mereka.

Cuma parking agak mencabar sebab ada shoplot kat tepinya.

Lokasi : Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Warung Pak Mail

pelanggan makan di warung pak mail port dickson
Kredit : rudygakis

Kita tutup senarai ini dengan tempat yang orang PD gemar datang untuk makan pagi.

Kat warung tepi jalan ini, anda jumpa lauk Melayu.

Jadi boleh jumpa mee rebus, nasi lemak dan mee bandung sampai ke lontong.

Kedainya tak besar mana. 

Tapi lauknya cukup rasa, dan setiap satunya pun sama popular.

Lokasi : Jalan Kg Paya Utama, 71000 Port Dickson

Cukup kat sini dulu senarai tempat makan pagi kat PD yang sedap, viral & popular.

Kebanyakannya restoran dan warung Melayu kita.

Ada lauk western, pastri juga warung dengan lontong dan mee kari.

So, dari semua kat senarai ini, yang mana satu pilihan hati?

JomJalan Seluruh PD

Senarai tarikan best di Port Dickson
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan menarik kat Port Dickson


Jomjalan