Nak makan seafood masa cuti kat JB?
Biar kami bantu.
Ini senarai tempat makan makanan laut sedap yang anda boleh tuju.
Tempat Makan Seafood Menarik JB
Grand Seafood Kempas
Restoran seafood halal kat JB ini bukan saja popular, tapi moden dan selesa.
Kat sini, lauk lautnya dimasak gaya Thai.
Antara lauk popular ialah set siakap dan tomyam campur.
Tapi pulut mangga dan kerabu mangga pun anda patut cuba.
Harga berpatutan dengan saiz hidangan.
Parking pun senang sebab ada lot khas untuk anda.
Lokasi : 275A, Persiaran Kempas Baru, Kempas Banjaran, 81200 Johor Bahru, Johor
Sri Pantai
Tempat makan seafood yang satu ini pula dekat dengan kampung nelayan.
Ia menghadap laut.
Jadi masa ratah ketam segar, boleh layan view yang syahdu.
Selain siakap, boleh cuba ketam telur masin, baby lobster, gonggong rebus dan oysternya.
Cuma bila cuti pelanggan kat sini memang ramai jumlahnya.
Lapik perut dulu supaya dapat bersabar tunggu meja.
Nota : Ia kat sebelah Rahmat Siakap Goreng yang juga ada dalam list kami
Lokasi : Jalan Muafakat, Kampung Pasir Puteh, 81700 Pasir Gudang, Johor
Selera Senibong Seafood
Tak sah cakap pasal tempat makan seafood kat JB kalau tak ada sebut kumpulan kedai kat Senibong.
Kat sini anda boleh makan malam kat kawasan berbumbung atau open air dengan view laut.
Pilihan seafood banyak.
Dari yang biasa macam kerapu sampai yang jarang ada macam belangkas, kupang dan king crab Alaska.
Kalau bajet rendah, cuba nasi lemaknya berlauknya pun okay juga.
Lokasi : Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
Nasi Goreng Seafood Famous Stualang Laut
Kedai makan ini pula warung makanan laut yang selalu sesak dengan orang.
Kebanyakan seafood kat sini dimasak dengan sambal dan dihidang dengan daun pisang.
Bajet tak besar?
Order menu popularnya, iaitu nasi goreng seafood.
Kedai makan ini dibuka untuk makan tengahari sampai dinner.
Pilihan lauk agak banyak, cuma sambalnya agak pedas dan lokasinya pun tersorok di belakang bangunan.
Nota : Ia kat sebelah belakang 7 Eleven, dan bertentang dengan kawasan rumah flat.
Lokasi : K1, 101, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor
Damai Seafood Village
Kalau anda nak lari sesak bandaraya JB, boleh ke Damai Seafood Village ini.
Lauk seafoodnya gaya ala Cina.
Dan yang kena cuba set tomyam dan udang nestumnya.
Kalau nak yang lain boleh order sirip ikan yu.
Tempatnya luas, ada surau dan senang nak parking kereta.
Memang sesuai untuk anda datang makan malam dengan keluarga.
Lokasi : No 50, Jalan Kassim, Kampung Sungai Danga, 81200 Johor Bahru, Johor
Restoran Saujana Malay Seafood
Ini satu lagi port makan sajian laut halal yang ada panorama Selat Johor.
Cuma lokasinya agak terpencil sebab dekat area Forest City.
Kat sini anda boleh layan asam pedas asli Johor.
Ketam black pepper dan set tomyamnya pun antara lauk yang ramai orang order.
Parking senang. Surau pun tersedia.
Cuma restorannya tersorok dari jalan utama.
Lokasi : Jalan Sembilang, Kampung Pok, 81550 Gelang Patah, Johor
Rahmat Siakap Goreng
Tempat makan ini pula sudah ada lama – sejak 1986 lagi terkenal dengan lauknya.
Kat sini, menu utamanya ikan siakap goreng yang didatangkan dengan set udangnya.
Selain menu utama tadi, anda juga boleh cuba tempe dan sambal kacang untuk tambah power.
Sambil makan boleh layan suasana kampung nelayan kat sini.
Tapi datang awal.
Masa operasinya singkat – dari 11 pagi dan tutup selepas habis lauk tengahari.
Lokasi : Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor
Shells n Fins
Nak makan seafood tapi nak tenang-tenang dalam kedai makan yang ada aircond?
Datang sini untuk itu.
Kalau datang ramai, boleh cuba shelloutnya.
Tapi kalau solo atau berdua, dan nak jimat belanja, set seafood dan nasi putih saja ada tersedia.
Dan bagus lagi, kalau tempat makan lain harga air minumnya mahal-mahal, kat sini Juice of The Day nya percuma saja.
Lokasi : 8, Bangunan Trigon, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Shellout lah
Ini satu lagi tempat makan shellout yang popular kat Johor Bahru.
Kalau nak side dish, ada goreng-goreng, sate dan mee bandung Muar untuk anda cuba.
Harga kat sini agak murah dan saiz hidangan pun besar.
Boleh pilih nak makan kat dalam kedai ataupun atas jalanraya.
Tips : Ia tak jauh dari Foodzania (kedai Western) dan ZZ Sup Tulang.
Lokasi : Jalan Setia Tropika 1/18, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
Badai Ikan Bakar
Ini satu lagi port layan ikan bakar dan makanan laut yang popular kat JB.
Ia kat tepi Highway Pasir Gudang dan sepatutnya senang jumpa.
Kat sini boleh pilih dari jenahak dan sotong sampai ke kupang.
Bagus lagi, menu goreng-gorengnya banyak. Bolehlah jadi santapan untuk ahli keluarga yang tak boleh makan makanan laut macam anda.
Apapun, jangan lupa cuba siakap stim lemon dan tomyam kelapa yang ramai orang order.
Lokasi : Jalan Tampoi, Taman Bukit Alif, 81200 Johor Bahru, Johor
Abbu Bakar
Kita tutup senarai tempat makan seafood menarik kat JB dengan restoran Abbu Bakar.
Tempat makan satu ini yang paling bergaya dari semua yang ada.
Ia 2 tingkat. Dan dibuat seolah-olah dalam suasana kampung nelayan.
Lauk kegemaran ramai kat sini ikan bakar dan ayam misteri.
Saiz restoran ini luas.
Tapi kami nasihatkan untuk tempah meja dulu, lagi-lagi kalau datang satu bas.
Lokasi : 50, Jalan Tampoi, Tampoi New Village, 81200 Johor Bahru, Johor
Okay, kami berhenti setakat ini dulu.
Sebab senarai tempat makan seafood best dan halal kat Johor Bahru ini sepatutnya cukup sudah untuk dipilih masa cuti you.
Ada yang kat tepi laut, dalam restoran yang dekorasinya ala hotel sampailah ke warung celah bangunan.
Yang mana satu pilihan you?