senarai port makan makanan laut halal di kota kinabalu untuk lunch dan dinner

Rugi Tak Singgah! 8 Tempat Makan Seafood Halal & Best Kat Kota Kinabalu 

Nak cari tempat makan seafood halal kat Kota Kinabalu?

Biar kami bantu.

Ini senarai kedai yang anda boleh tuju.

Todak Waterfront 

makan malam lauk ikan, ketam dan udang di todak waterfront
Kredit : karlz_max

Kalau anda tak pernah ke KK, datang sini dulu untuk layan seafoodnya.

Kat sini ada gerai-gerai kat tepi laut.

Pilihan makanan lautnya banyak – dari rumpai sampai ke udang galah sebesar lengan dewasa.

Lokasinya senang nak cari. 

Dan lepas makan boleh rehat ambil angin kat kerusi-kerusi tepi laut nanti.

Lokasi : Jln Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

KK Garden Seafood

ketam di kk garden seafood kota kinabalu
Kredit : kkgardenseafood

Ini satu lagi tempat makan seafood halal kat tengah bandaraya Kota Kinabalu.

Anda boleh pilih ikan, ketam atau udang fresh dari dalam akuarium mereka.

Dan dimasak ikut resepi gaya Cina yang anda suka.

Harga lauk pauknya sederhana.

Dan saiz hidangannya besar-besar selalunya.

Jangan risau, kali terakhir kami semak, ownernya muslim dan tukang masaknya pun begitu.

Lokasi : Gaya Street, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Pak Andi’s Seafood Restaurant

suasana tempat makan di pak andi
Kredit : pakandiskk

Ini pula restoran seafood yang luas untuk anda yang datang cuti dengan rombongan besar.

Kat sini anda boleh pilih nak makan kat tempat dengan aircond atau kipas di tengah-tengah bangunan.

Kalau bajet rendah, boleh juga order goreng-goreng.

Harga sedikit tinggi. 

Tapi sesuai dengan suasana tempatnya yang bersih dan selesa untuk layan masa cuti.

Nota : Ia dekat dengan Mashawi 2, antara kedai lauk Arab kat KK yang popular.

Lokasi : Plaza, 1, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Restoran Masakan Sedap

dinner dengan member di masakan sedap restaurant kk
Kredit : jannahjalidar

Ya, sebelum anda tertanya-tanya, memang itulah nama restoran seafood satu ini.

Dan ia ada lauk seafood halal ala Cina dan Melayu.

Antara lauk popularnya adalah talapia masak stim teow chew, siput tarik, ketam sambal, honey lamb dan butter prawn.

Tapi kalau makan ala carte dan goreng2 pun ada.

Apapun, sebelum balik, jangan lupa layan dessert puding kelapa.

Lokasi : 1, Jln Lintas, Kolam Centre, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Restoran Mutiara Tomyam

Restoran ini nampak kecil dan biasa2 saja.

Tapi pilihan seafood ada dari lobster, bermacam jenis ikan sampailah ke ketam dan kerang.

Lauk kat sini dimasak ala Thai.

Jadi ada siakap 3 rasa, udang galah masak masak sambal pedas dan udang butter.

Kalau bajet kecil, goreng-goreng pun ada.

Lokasi : Jalan Pantai, Kampung Sembulan Baru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Steamboat Bakar KK

steamboat bakar kk
Kredit : tsuji95

Okay, yang ini bukan kedai seafood macam yang lain dalam senarai ini.

Tapi kat sini ada makanan laut macam udang, sotong dan ketam sampailah kerang untuk dimasak dengan dapur steamboat arang.

Sila telefon dulu dan tempah supaya ada meja.

Dan jangan datang lewat takut pilihan lauk sudah tiada.

Lokasi : Kg Matambai, Jln Lintas, Kepayan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Anjung Senja

sajian udan galah di anjung senja kota kinabalu
Kredit : _kak_yan_

Kawaan foodcourt ini pun antara port makanan seafood halal kat KK.

Ia menghadap laut, dan memang jadi lokasi untuk layan matahari terbenam sambil makan dinner.

Ada banyak gerai yang boleh anda pilih, begitu juga variety seafood yang ada.

Kalau belum cukup kenyang, sate Kajang dan pisang goreng cheese ada untuk tapau bawa balik hotel anda.

Lokasi : Jln Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

One One Fish Soup

Kita tutup senarai pendek ini dengan kedai yang popular dengan tomyam isi ikan goreng dan juga sup ikannya.

Sesuailah kalau nak layan seafood tapi bajet tak berapa nak ada.

Kat sini, ramai orang tempatan makan tomyam dengan mee konlou dan bukan nasi macam yang biasa.

Bolehlah cuba gaya yang sama untuk tukar selera.

Lokasi : 88 marketplace, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Okay, sampai sini dulu tempat-tempat makan seafood halal yang menarik untuk anda cuba.

Ada tempat ikan bakar ala Siam dan ada juga gaya Cina.

Ada untuk harga bajet dan ada yang yang jenis lepas berbelanja, mungkin sebulan dua kena puasa. 

Anda nak cuba yang mana?