Nak tahu port makan best untuk makan tengahari kat JB?
Kami ada senarainya.
Ini tempat makan popular kat situ yang anda wajib cuba.
Kedai Makan Tengahari Sedap JB
- 1 ZZ Sup Tulang
- 2 Mee Rebus Haji Wahid
- 3 Dulang Lima Cafe
- 4 Roslin Beriani House
- 5 Wadi Hana Elarabi
- 6 Warung SA
- 7 Dapor Pedas Berapi Uda
- 8 Nur Tahara
- 9 Foodzania
- 10 Puyuk Besar
- 11 Asam Pedas House
- 12 The Pinggan Cafe
- 13 Restoran Anjung Selatan BBU
- 14 Asam Pedas Tasek JB
- 15 Warung Siput Sedut Wak Dol
- 16 Restoran Sirap Selasih
- 17 Restoran Anisofea Asam Pedas
- 18 Rumah Mas JB
- 19 Restoran Sedap Selalu
- 20 Restoran Zaituna
ZZ Sup Tulang
Ini antara kedai makan tengahari sedap kat JB yang dianggap tahap legend.
Tak sah datang JB kalau tak singgah sini.
Kat sini, menu powernya ialah sup gearbox kambing dan mee rebus tulangnya.
Bila sedut sup gearbox masa hujan terasa extra bahagia.
Macam syurga a-a-a-na yang punya.
Lokasi : 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Mee Rebus Haji Wahid
Sebut saja mee rebus best kat Johor, orang akan teringat kedai satu ini.
Sebab dari 1930an jenama ini sudah famous di kalangan warga JB.
Kat sini ada mee rebus tulang, mee rebus otak-otak sampailah ke mee rebus gearbox.
Ia ada kat food court Angsana Mall.
Kalau tutup, jangan kecewa. Ia ada branch lain sekitar bandaraya.
Lokasi : L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru, Johor
Dulang Lima Cafe
Cafe gaya tahun 1950an ini pula famous dengan menu orang lama.
Lauk pun lauk orang Melayu dan dihidang kat dalam dulang macam kat kampung atuk nenek kita.
Yang paling popular kat sini set ikan patin tempoyak dan asam pedas tetel dan asam pedas.
Tapi menu lain pun bagus kalau nak cuba.
Apapun, kalau bawa atuk nenek, mungkin bakal buat mereka tersenyum sebab terimbau zaman kecil mereka.
Lokasi : 19G, Jalan Camar 1/3, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
Roslin Beriani House
Memang tak sah datang JB tapi tak pekena beriani.
Dan Roslin Beriani ini antara restoran beriani famous kat bandaraya ini.
Dan beriani kambingnya lebih popular dari beriani ayam masak merahnya.
Cuma itu harga nasi dan lauk sahaja.
Papadom, acar buah dan pajeri dikira harga berasingan dari nasi anda.
Lokasi : Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor
Wadi Hana Elarabi
Untuk yang suka lauk Arab untuk makan tengahari, boleh singgah Wadi Hana Elarabi.
Lauk signature kat sini, nasi maklobah dan juga nasi mandy.
Bila sudah kat sin, jangan lupa cuba pencuci mulutnya, macam kunafa dan um ali.
Yang bagus lagi, suasana dalam kedai ada tema timur tengah sana.
Sekali masuk memang rasa macam cuti kat negara Arab dengan member.
Lokasi : Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor
Warung SA
Warung ini pula ada lauk masakan Indonesia.
Yang paling popular masa lunch kat sini ialah ayam penyet siramnya.
Special sebab ayamnya datang dalam kuah masak lemak.
Nasi goreng daun pisang pun menu yang ramai orang suka.
Bonusnya kalau kereta kotor, sementara makan, boleh hantar kat carwash sebelah kedai saja.
Lokasi : Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru
Dapor Pedas Berapi Uda
Kat kedai ini, lauknya tengaharinya pedas-pedas.
Paling famous kat sini menu ayam gepuk dan ayam geprek.
Kat sini lauknya digoreng panas-panas.
Jadi bila nak makan memang extra berselera.
Parkingnya terhad. Jadi datang awal supaya senang nak cari spot anda.
Lokasi : Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi 81200 Johor Bahru
Nur Tahara
Untuk peminat makanan Arab kat JB, tak lengkap senarai port untuk lunch kami kalau tak ada kedai Nur Tahara ini.
Kat sini, highlightnya ialah lauk kambingnya yang dikatakan sedap – tak kisahlah samada biryani dan mandy kambing ataupun lauk lebih fancy macam Afghani Pulao Lamb.
Kalau datang dengan family, boleh order set dulang.
Tapi kalau datang solo, roti nan nya pun boleh jadi santapan yang kenyang untuk seorang.
Lokasi : 17, Jalan Setia Tropika 1/30, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
Foodzania
Tak jauh dari Nur Tahara ada kedai makan lauk Western, Foodzania.
Bila datang dengan family dan tak tahu nak pilih apa, boleh order set dulang saja.
Dalam dulang siap ada ayam, kambing, spaghetti dan fries.
Untuk yang tak suka Western Food, kat sini pun ada nasi goreng.
Saiz hidangan pun besar.
Memang boleh kenyang sampai Asar.
Lokasi : 3 & 5, Jln Setia Tropika 1/8, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
Puyuk Besar
Kedai lauk pauk Kelantan ini pula dibuka dari pagi dan juga untuk makan tengahari.
Menu favourite orang ramai kat sini ialah nasi kerabu, nasi kukus dan juga nasi dagangnya.
Kuih pun ada kalau pinggang seluar masih longgar.
Mengapa orang ramai?
Sebab rasa lauknya dikatakan sama sedap macam kat Kelantan sana.
Lokasi : 8, Jalan Setia Tropika 1/29, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
Asam Pedas House
Kalau cuti kat JB tapi nak rasa Asam Pedas Melaka, ini tempatnya.
Bolehlah pilih masak asam pedas ikan jenahak, ikan merah, siakap sampai ke ikan senangin.
Kalau tak tahan pedas, minta saja ikan stim atau digoreng garing.
Dan untuk baby, boleh order soto atau bubur nasi.
Lokasi : Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
The Pinggan Cafe
Bagi anda yang nak layan burger dengan pasta masa makan tengahari, ini pun salah satu kedai menarik untuk singgah kat JB.
Selain menu western, ia juga ada nasi goreng kambing sebagai antara menu popularnya.
Yang special kat sini makanan dihidang dengan robot.
Dan ada surau kecil untuk anda makan selesa.
Tak perlu terburu-buru makan sebab mengejar masa.
Lokasi : 9, Jalan Tampoi, Kg Bahru Majidee, 81200 Johor Bahru, Johor
Restoran Anjung Selatan BBU
Nak layan masak lemak kat JB? Try kedai ini.
Kat restoran ini, menu kena cubanya keli salai masak lemak cili api dan gulai patin tempoyak.
Selain dua kat atas, ada lauk campur lain – dari siput sedut sampai daging salai.
Cicah pula dengan sambal, memang peluh keluar berjurai-jurai.
Nota : Kedai ini tak jauh dari kedai Mee Rebus Haji Wahid dan Asam House.
Lokasi : Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Asam Pedas Tasek JB
Ini pun satu lagi kedai makan tengahari yang popular dengan asam pedasnya.
Boleh pilih samada nak ikan pari, ikan merah atau sembilang kat sini.
Harganya sedikit tinggi tapi sesuailah dengan saiz makanan yang dihidangkan nanti.
Time cuti orang memang ramai.
Jadi kena sabar menanti.
Lokasi : 79, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Warung Siput Sedut Wak Dol
Untuk makan tengahari, menu signature kedai ini siput sedut masak lemak cili api bersama ikan siakap goreng.
Dan kalau itu belum cukup, ada lauk kampung lain untuk anda pilih.
Tempat ini memang popular walaupun saiznya kecil. Dan parking pun sukar.
Datang awal, lagi-lagi kalau anda nak bawa keluarga besar.
Lokasi : Jalan Dato Musa, Kampung Pengkalan Rinting, 81200 Johor Bahru
Restoran Sirap Selasih
Nak makan nasi kandar orang Melayu masa cuti?
Datang ke restoran ini.
Boleh layan nasi dan ayam bawang dengan bawang goreng dan kuah kari — macam Penang mari.
Bila singgah, jangan lupa order air sirap selasih untuk lengkapkan menu lunch nanti.
Dan kali terakhir kami check, harga makanannya pun okay.
Tak perlu tunggu gaji kalau nak ke sini.
Lokasi : 2, Jalan Kemajuan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor
Restoran Anisofea Asam Pedas
Tempat makan tengahari yang ini pun popular kat JB.
Favourite ramai kat sini ialah ikan goreng rangup dengan asam pedas claypotnya.
Boleh ambil tauhu dan tempe goreng berempah untuk kombo lunch yang lebih sempurna.
Tapi harga sedikit tinggi.
Dan parking pun susah nak cari.
Lokasi : G07 Block, 4, Jalan Mutiara Emas 9/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru
Rumah Mas JB
Kedai makan ini sebenarnya buka dari pagi.
3 lauk yang kena cuba kat sini ialah laksa Johor, nasi kerabu dan daging harimau menangis.
Harga kat sini sedikit tinggi dari biasa.
Tapi sesuai dengan portion makanannya yang kadang-kadang cukup untuk makan berdua.
Lokasi : 96, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Restoran Sedap Selalu
Tempat makan tengahari ini pula antara kedai legend kat Ulu Tiram, JB.
Ia port untuk mereka yang mencari lauk campur dan lauk kampung, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Kat sini, ayam goreng berempahnya antara lauk favourite ramai.
Harga biasa-biasa. Boleh datang dengan keluarga.
Lokasi : 69, Jalan Cantik 2, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor
Restoran Zaituna
Ini satu lagi kedai lauk Arab yang sedap yang boleh anda terjah untuk makan tengahari kat JB nanti.
Lauk kat sini memang saiz besar, lagi-lagi lauk nasi.
Kalau nak lauk lain, ia juga ada pizza, salad dan burger.
Pencuci mulut pun banyak macam baklava dan kunafa untuk anda cuba.
Masuk saja terasa nak bergelek dengar muziknya.
Tapi kedainya selalu penuh. Sila tempah meja dulu supaya tak kecewa.
Lokasi : 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Okay, lengkap sudah senarai tempat makan tengahari menarik kat JB yang kami syorkan untuk anda datang masa cuti.
Boleh share dengan member atau buat dibincangkan dengan keluarga.
Tapi dalam banyak-banyak kedai makan sedap kat sini, yang mana ya anda nak cuba?