Tercari-cari tempat makan tengahari best kat Port Dickson?
Tempat makannya banyak.
Tapi ini antara port lunch yang patut anda tuju dulu dengan family.
Tempat makan Tengahari Menarik di Port Dickson
- 1 Warung Salai Port Dickson
- 2 Asam Pedas Kasih Ibu
- 3 Ayam Bakar Station PD
- 4 Restoran Kulit Kayu Manis
- 5 Warung Salai Batu 15 Medan Remis
- 6 Citarasa Kampung Port Dickson
- 7 Restoran Aden Port Dickson
- 8 Nasi Ayam Bakar Pasu Terlangkup
- 9 Yacht Muslim Seafood Restaurant
- 10 Tino’s Pizza
- 11 PD Famous Cendol Coconut Shake
- 12 Kafe Kampung Kaw
- 13 Deen’s Fish Head Curry
Warung Salai Port Dickson
Ini tempat makan tengahari kat PD untuk anda yang nak rasa masak lemak cili api Negeri Sembilan yang asli.
Antara menu popular kat sini adalah masak lemak cili api itik salai, daging salai sampai asam pedas tetel dan ikan bakarnya.
Waktu lunch kat sini memang selalunya penuh.
Sebab ramai peminat lauk yang buat pecah peluh.
Lokasi : Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Asam Pedas Kasih Ibu
Tempat makan satu ini pula dekat dengan pantai Teluk Kemang.
Senang nak jenguk lepas ambil angin kat tepi laut nanti.
Untuk peminat lauk Nogori, ia bak syurga sebab anda boleh jumpa bermacam lauk cili padi dan asam pedas untuk makan tengahari.
Dan bagus lagi ia juga ada coconut shake untuk lengkapkan sajian anda dan family.
Parking tersedia kat tepinya, cuma saiznya tak besar mana.
Datang awal atau park kat bahu jalan saja.
Lokasi : No 183, Batu 7 3, 4, Jln Pantai, 71050 Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Ayam Bakar Station PD
Untuk anda yang nak lauk bakar-bakar, cuba tempat makan tengahari ini pula.
Lauk kat sini simple – ayam madu dan kambing madu bakar saja.
Dan dimakan dengan nasi putih dan sos lada hitam yang boleh ditambah berkali-kali.
Air kordialnya pun murah dan boleh refill sampai puas hati.
Cuma sebab ia jenis bakar-bakar, bila masa puncak, agak lama menunggu.
Lokasi : 5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan
Restoran Kulit Kayu Manis
Untuk port lauk campur masa tengahari pula, boleh datang sini.
Pilihan lauknya banyak, sesuailah kalau nak cari alternatif lain selain makan masak lemak hari-hari.
Kat sini, antara menu yang popularnya ialah masakan yang gunakan ayam kampung dan ikan bakar.
Parking selalunya mudah.
Tapi pukul 4 petang kedai ditutup sudah.
Lokasi : Taman PD Jasmine, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Warung Salai Batu 15 Medan Remis
Tempat makan lunch popular ini pula tak jauh dari Hospital Port Dickson.
Dan ia satu lagi port lauk Nogori dengan asam pedas dan masak lemak yang menggunakan daging tetel dan daging salai.
Tapi ikan macam tilapia, udang galah dan keli asam pedas masih ada.
Kedainya bersih dan parking selalunya tersedia.
Oh! Sebelum balik jangan lupa order kuih keria panas untuk makan dalam kereta.
Nota : Ia salah satu branch Warung Salai
Lokasi : Jalan Remis 2, Medan Remis Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Citarasa Kampung Port Dickson
Tak sah cakap pasal lauk tengahari kat PD kalau tak ada restoran ini.
Ia ada berpuluh jenis lauk pauk campur ala kampung – dari ikan dan kambing bakar sampai ke bubur dan ulam-ulaman.
Sebab restoran ini besar, sesuailah untuk anda yang datang cuti kat PD dengan member atau keluarga.
Tapi sebab ia popular, datanglah sebelum pukul 12 tengahari.
Kalau tidak, nanti bersesak-sesak atau lauk pauk pun tinggal saki baki.
Lokasi : No 1, Taman Bukit Orkid, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Restoran Aden Port Dickson
Untuk anda yang tak tahan pedas, boleh layan lauk Arab kat Aden PD ini.
Kat sini, lauk yang popular termasuklah nasi lamb mandy, roti mulawah dan juga kebab kambing yang dilayan dengan roti.
Harga memang agak tinggi, sesuatu yang dijangka untuk kedai nasi Arab asli.
Apapun, restorannya ada aircond.
Ngamlah untuk makan sedap dalam tempat yang selesa masa cuti kat PD.
Lokasi : Jalan Mahajaya, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Nasi Ayam Bakar Pasu Terlangkup
Tempat makan lunch ini pula antara yang viral pada 2022.
Ia kat tepi jalan sahaja, dan di antara Pantai Teluk Kemang dan Klana Beach Resort.
Tempat ini popular dengan nasi ayam bakar yang dimasak dalam pasu-pasu.
Tapi selain lauk utama ini ia masih ada ikan masak lemak dan asam pedas.
Nak tambah syok, order coconut atau mango shake nya untuk lunch yang sempurna.
Parking luas, meja pun banyak tersedia.
Lokasi : 5, Taman Bayu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Yacht Muslim Seafood Restaurant
Yang ini pula restoran makanan laut yang dimiliki Cina Muslim kat PD.
Lauk popular kat termasuklah sotong telur masin, udang butter dan juga ketam black pepper.
Cuma sebab ia lauk seafood, kena bajetkan lebih sikit dari biasa.
Dan kalau datang hari minggu dan cuti, kena sabar menunggu lauk nak disedia.
Lokasi : PT 3913, Batu 9, 71050 Port Dickson
Tino’s Pizza
Buat anda yang nak rasa pizza untuk makan tengahari, boleh cuba yang ini.
Pemilik kedainya memang mat saleh. Tapi beliau muslim.
Ada banyak jenis homemade pizza dijual disini, jenis nipis dan tebal, dan lauk-lauk yang bermacam variety.
Yang penting, ia datang dengan gaya asli Itali.
Selain pizza ada juga spaghetti dan gelato untuk cuci mulut layan panas tengahari PD.
Lokasi : Bazar MARA, Batu 3, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
PD Famous Cendol Coconut Shake
Tempat lunch kat PD yang ini pula penuh pelanggan sebab lauk berat dan ringannya banyak.
Macam namanya – menu paling popular kat sini ialah cendol durian, cendol pulut dan coconut shake dengan aiskrimnya.
Memang layan bila cuaca panas membara.
Untuk lauk lunch, ada nasi ayam bakar, asam pedas keli sampailah laksa.
Kalau perut masih boleh isi, ada juga cucur udang dan goreng pisang untuk tapau balik hotel nanti.
Parking luas, tapi masih sesak setiap hari.
Lokasi : Lot 981, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Kafe Kampung Kaw
Nak tempat makan tengahari kat PD yang ada lauk Western dan Melayu ?
Datang sini dulu.
Lauk popular kat sini ialah nasi lemak, kambing bakar dan juga ayam bakarnya.
Untuk lauk western, boleh cuba nanchos, burger, fish and chips sampailah ke chicken chop.
Lokasinya kena masuk ke dalam sikit dari jalan besar PD.
Tapi jangan terkejut kalau ramai pelanggan yang sudah beratur nanti.
Tips : Ia dibuka dari pagi sampai 2:30 ptg saja.
Lokasi : PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Deen’s Fish Head Curry
Kita tutup senarai port makan tengahari best PD dengan kedai mamak ini.
Lauk paling popular kat sini ialah kari kepala ikan merah yang dikatakan antara terbaik kat area ini.
Boleh kongsi dengan family.
Kalau tak minat yang itu, ada mee goreng mamaknya pun ramai puji.
Apapun, kalau nak layan kari kepala ikan, harga memang tinggi.
Jadi lebih baik datang time gaji.
Lokasi : Jln Dato’ K. Pathmanaban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Siap sudah senarai tempat-tempat makan tengahari menarik dan popular kat Port Dickson ini.
Kami kumpulkan dari restoran lauk Nogori sampai Western dan Arab sekali.
Ada warung dan ada restoran dengan aircond untuk selesa makan tengahari.
So, yang mana pilihan di hati?
Nota : Ambil perhatian yang sesetengah tempat makan di PD memang selalu diserang lalat. Ia fenomena bermusim. Dan lebih banyak jumlahnya apabila musim hujan.