Nak cari tempat makan tengahari yang best di Cameron Highland?
Ini antara senarai tempat yang anda boleh singgah.
Jom kita tengok kedai makan yang ada.
Tempat Makan Tengahari Best di Cameron
Pak Sahak Kari Kepala Ikan
Kedainya biasa-biasa saja.
Tapi kari kepala ikan kat sini yang paling famous kat seluruh Cameron.
Aroma kuah karinya memang wangi.
Kepala ikannya yang besar pun buat telan air liur berkali-kali.
Kalau tak minta kari, lauk-pauk ala-ala style kampung pun ada kat sini.
Lokasi : Taman Ringlet, 39000 Ringlet, Pahang
Restoran Al Raudah
Peminat nasi arab wajib singgah untuk lunch kat kat restoran Tanah Rata ini.
Lamb kabsah dan chicken shawarma menu popular yang paling diminati.
Harganya sedikit tinggi.
Tapi sesuailah dengan portion yang besar puas hati.
Yang berkeluarga, boleh layan set bertalam.
Silap-silap, kenyang sampai malam.
Lokasi : 12, 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata
Paradise Reyan Restaurant
Ini pula kedai nasi arab style ala Syrian.
Hummus, kebab, nasi arab kambing atau ayam memang boleh layan.
Kalau tak mahu nasi, ada juga burger sampai pizza.
Harga sedikit tinggi, macam kedai nasi Arab lain yang selalu anda kunjungi.
Ia dekat dengan pasar malam Golden Hill.
Jadi alang-lang ke sana, boleh dinner kat sini.
Tips : Ini hotel dan ini homestay yang dekat dengan pasar malam Cameron.
Lokasi : C-G-28 Barrington Square, Golden Hills 39000 Cameron Highlands
Restoran Kasih Nur Raihan
Singgah kat sini kalau nak makan lauk campur Melayu style kampung.
Bolehlah makan kari ikan dengan dengan ulam dan sambal belacan.
Tapi jangan mai lambat. Takut dah tak banyak lauk-pauk yang tinggal.
Bab parking jangan risau. Selalunya cukup dan tak perlu nak merayau.
Lokasi : 2010, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata
Pizzarella
Mana yang minat masakan Jepun dan Korea kena datang sini.
Antara yang top kat sini termasuklah ayam BBQ dan pizza Hawaii.
Pizzanya jenis nipis dan rangup kat luar.
Boleh pair dengan mushroom soup yang pekat likat.
Dan boleh cicah dengan garlic bread untuk tambah nikmat.
Lokasi : Cameron Fair, C-G-17, Jalan Camelia, Tanah Rata
Ikhwan Delight Restoran
Nak lunch kat area Tanah Rata?
Ikhwan Delight antara restoran yang ada.
Tempat makan ni buka dari 12 tengahari sehingga tengah malam buta.
Nak makan ala kampung, pizza, pasta, western, steamboat semua pun ada.
Cuma mungkin ada sesetengah pilihan makanan waktu-waktu tertentu saja.
Restoran pun bersih. Boleh makan dengan selesa.
Lokasi : Main Road, Tanah Rata
Amsterdam Caffe
Cafe ini dibuka untuk sarapan pagi dan makan tengahari.
Boleh makan makaroni, pizza dan homemade burger sampai ke nasi lemak rendang untuk selera orang Malaysia.
Cafe ini senang nak cari sebab tepi jalan besar kat Tanah Rata.
Last kami semak, ownernya muslim, walaupun cafenya memang gaya Eropah sana.
Lokasi : 38, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Misokimchi
Tempat makan lauk Korea ini berdepan dengan Pizzarella.
Bolehlah makan ramen dan kimchi panas-panas dengan keluarga.
Atau layan set Korean Army Pot, bento, tempura box sampai ke vegetarian steamboat.
Baru cuti rasa berbeza, sebab lunch gaya Korea kat Tanah Rata.
Lokasi : Cameron Fair, C-G-17, Jalan Camelia, Tanah Rata
Restoran Bunda
Restoran kat Tanah Rata ini tempat makan tengahari lauk-pauk kampung ala air tangan mak mak kita.
Kalau itu belum cukup, cuba juga hidangan nasi ayam penyetnya.
Hiasan dalamannya gaya vintage.
Mungkin ownernya pengumpul barangan klasik dan barang lama-lama.
Harga standard biasa. Boleh makan dengan keluarga.
Tips : Ia sebelah kedai nasi Arab Al Raudah.
Lokasi : No 5, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Pahang
Okay, lengkap sudah senarai tempat makan tengahari yang best kat Cameron Highlands.
Dari yang jual nasi arab kepada lauk campur dan juga kimchi.
Agak-agaknya yang mana satu anda nak cuba nanti?