13 Tempat Makan Tengahari Kota Kinabalu (Halal & Sedap) – Rugi Tak Tau

Tercari-cari tempat makan tengahari halal kat Kota Kinabalu?

Biar kami beritahu.

Ini senarai kedainya yang anda wajib tuju.

Warung Pokdi Kelate

nasi dagang di warung pokdi kelate kota kinabalu
Kredit : warungpokdikelate

Siapa kata kat Kota KInabalu tak ada lauk Kelantan?

Kalau bab nasi kerabu, ini antara tempat paling famous kat Kota Kinabalu.

Dan selain nasi kerabu, ada juga nasi dagang sampailah nasi kak wok dan laksam.

Yang nak lauk campur, boleh layan ayam percik atau ayam madu dengan nasi putih.

Tapi datang awal sebab ia ramai orang bila tengahari. 

Lokasi : Sulaman Sentral, Sepanggar

Kedai Makan Islamic Restoran

roti cobra di kedai makan islamic restaurant ceterpoint kota kinabalu
Kredit : asliborneo

Kedai mamak halal yang buka untuk makan tengah hari ini ada kat dalam food court mall Centerpoint Kota Kinabalu.

Macam biasa, anda boleh jumpa lauk mamak macam rojak, mee goreng, briyani dan nasi campur.

Tapi menu special kat sini ialah roti cobra nya yang datang dengan kuah sardin dan kari.

Lepas makan, boleh sambung shopping dengan senang hati.

Lokasi : Basement, S40, S41, Lorong Centre Point, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

Mashawi 

kedai nasi arab mashawi di sepanggar KK
Kredit : adznorjunaidi

Untuk yang minat nasi Arab untuk makan tengahari, boleh singgah kat Mashawi di Sepanggar.

Restoran ini memang antara tempat makan lauk Timur Tengah paling famous kat Kota Kinabalu ini.

Menu popular kat sini – lauk kambing (macam lamb stew dan lamb kefta ) serta pizza nya.

Tempat selesa. 

Tapi harga macam biasa, memang lebih tinggi dari kedai Melayu kebiasaannya.

Nota : Ia ada branch kedua di Tanjung Aru.

Lokasi : Bandar Sepanggar 1, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Warung Bandung

nasi ayam penyet di warung bandung, kota kinabalu
Kredit : dininurdin

Tempat makan tengahari ini pun port favourite ramai orang kat Kota Kinabalu.

Macam namanya, ia ada makanan lauk Indonesia.

Selain ayam penyet, ia juga ada ayam panggang dan ayam goreng Kalasan.

Antara semua, ayam panggang jadi menu utama.

Kalau tak mahu nasi, don’t worry.

Ada sup dan bakso dijual kat sini. 

Lokasi : Tingkat Bawah Lot 4, Block C, Lintas Jaya Fasa 1, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu

Brunei Satay House

satay brunei dengan nasi impit di brunei satay house kota kinabalu
Kredit : bruneisatayhouse_bsh

Untuk makan tengahari di Kota Kinabalu tapi gaya macam masakan Melayu Brunei, ini antara kedai yang terkenal.

Satenya tebal-tebal dan datang dalam bentuk set.

Untuk lauk berat, boleh cuba nasi kambing, lauk ampap sampai ke nasi kukus.

Dan satu lagi, ia juga ada Ambuyat – hidangan kebangsaan negara Brunei dan juga kuih tradisi negara itu yang memang payah jumpa kat Semenanjung.

Lokasi : Ground Floor Lot 6, Taman Indah Permai, 88450 Kota Kinabalu

Kandi 5

lauk ayam untuk makan tengah hari di Kandi5kafe KK
Kredit : Kandi5kafe

Tempat makan tengahari yang satu ini pula ada makanan indonesia, Melayu, Siam dan Western food. 

Tapi dalam banyak-banyak menu ia terkenal dengan  ayam penyetnya.

Selain ayam penyet, anda juga boleh cuba nasi ayam belado dan nasi ayam milky butter.

Ia ada air-cond. Boleh makan dengan selesa.

Lokasi : Metro Town, Jln Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Borenos Fried Chicken

sajian ayam dan burger di borenos fried chicken kota kinabalu
Kredit : yappsc

Minat ayam KFC? Kalau datang Kota Kinabalu cuba pula Borenos Fried Chicken untuk makan tengahari.

Restoran makanan segera halal dari Sabah ini ada menu yang hampir sama dengan ayam Kentucky.

Ada set ayam goreng dengan fries dan air soda sampailah ke burger dan cheezy wedges.

Apapun, jangan lupa cuba fried bun dan mushroom soup nya.

Cuma masa menunggu kadang-kadang lama.

Lokasi : Kompleks, Lot G23, Ground Floor, Jalan Asia City, Asia City, 88000 Kota Kinabalu

Asia Rasa Citarasa Kg

lauk kampung untuk tengahari di asia rasa cefe kota kinabalu sabah
Kredit : scubajeff_mabul

Untuk anda yang nak makan nasi campur dan suka banyak lauk tengahari, singgah sini.

Ia sudah lama beroperasi dan memang terkenal kat KK dengan lauk kampung dan lauk tradisi negeri Sabah.

Boleh juga bila kat sini cuba shellout, latok dan ambuyat.

Harga sedikit tinggi. Tapi pilihan lauk memang banyak variety.

Lokasi : D-0-3, Lorong Capital, Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Restoran Pak Mus

nasi di restoran pak mus
Kredit : RestoranPakmus

Restoran Melayu ini tempat makan tengahari kat tingkat bawah Tanjung Aru Plaza.

Lauk kat sini beraneka, dari soto sampailah gulai kawah dagingnya.

Kalau datang petang, balik jangan lupa tapau goreng pisangnya juga.

Tempat ini selesa. Tapi harganya tinggi dari biasa.

Nota : Ia tak jauh dari restoran Mashawi yang ke-2.

Lokasi : Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, Pekan Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu

Kafe Abang J

kafe abang j kota kinabalu
Kredit : kafeabangj

Ini antara tempatnya kalau anda nak makan lauk Western untuk lunch kat Kota Kinabalu ini.

Cafe ini terkenal dengan chicken chop dan lamb chop dia yg murah dan sedap.

Selain menu western, kat sini juga jual ayam penyet, bakso, nasi katok, sate sampailah kepada rojak sebagai hidangan sampingan.

Sayangnya lokasi kat ceruk shoplot dan payah parkingnya.

Lokasi : Lorong Dua Puluh 4, Bandaran Berjaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Satay Jawi

tempat makan sedap - satay jawi di kota kinabalu
Kredit : kamal_nie

Ini satu lagi restoran sate yg popular di KK dan sudah lama bertapak kat sini.

Bolehlah cuba sate ayam, daging, perut dan kambing.

Untuk lengkapkan menu anda, ia juga ada nasi ayam penyet, rojak mee sampailah lauk western macam mixed grills dan burger.

Menu lain yang tak ada kat Semenanjung termasuklah set nasi dan ikan boulo panggangnya. 

Lokasi : No. 15, 1st Floor, Lorong Likas Plaza, 88400, Inanam, 88450, Sabah

Restoran Muslim Koboi Town

restoran koboi town kota kinabalu
Kredit : ollie_pg

Kalau anda penggemar soto dan rojak jawa, ini tempat makan kena cuba kat Kota Kinabalu.

Kedainya biasa-biasa saja.

Tapi ia juga ada lauk Cina macam wantan hor, mee tuaran dan mee kon law sampai lauk Indonesia macam ayam penyet dan bakso.

Bagus lagi ia buka 24 jam sehari.

Boleh datang waktu lain selain makan tengahari.

Lokasi : No Lot 11, Jalan Petagas, Taman Jumbo, 88200 Kota Kinabalu

Nur Dapur Tomyam & Nasi Katok

sajian mee dan ais batu kacang di nur dapur kk
Kredit : nurdapurkk

Kita tutup senarai tempat makan tengahari sedap kat KK dengan kedai ini.

Ia popular dengan tom yam, nasi katok dan sup seafoodnya.

Laksa Sarawak kat sini pun ramai yang puji.

Harga tinggi dari biasa. 

Tapi bolehlah cuba untuk rasa jenis hidangan yang lain dari di Semenanjung Malaysia.

Lokasi : Grd Flr, Lot 114, Jalan Gaya, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Lengkap sudah senarai tempat-tempat makan menarik untuk waktu tengahari kat Kota Kinabalu ini.

Kedai makan halal untuk lunch hour yang sedap banyak, cuma kena rajin mencari sebenarnya.

Kami cover dari kedai Arab sampai lauk Indonesia.

Jangan lupa share dulu kat wall FB anda supaya senang rujuk semula.

JomJalan Seluruh Sabah

Senarai tarikan best di Sabah
Hotel terbaik pilihan kami
Layan kedai makan sedap kat Kota Kinabalu
Promo hotel, tarikan Sabah
Jomjalan