Tengah mencari tempat makan tengahari yang sedap kat Langkawi?
Tak mengapa. Kami tolong cari.
Jom tengok yang mana kena dengan selera dan bajet anda kat sini.
Kedai Makan Tengahari Best Langkawi
Di Pantai Cenang
Untuk area pantai Cenang, ini tempat makan tengahari yang sedap dan popular untuk jamu selera.
Fork Spoon

Cafe ini comel dan selesa.
Dan ngam untuk anda yang makan tengahari lewat dari biasa.
Ia ada lauk Melayu dan Western. Senang kalau datang dengan geng yang selera tak sama.
Lauk yang anda wajib cuba termasuklah daging dendeng, masak lemak cili api dan ayam belado.
Dan untuk lauk Western, boleh order pizza, pasta, burger atau waffle untuk sempurnakan selera.
Nota : Ia dibuka dari 3 ptg.
Lokasi : No 9/10, Lot 934, Kampung Bubur, Bohor Tempoyak, Mukim Kedawang, Langkawi
Cili Kampung

Bagi anda yang suka lauk Negeri Sembilan, ini kedai makan best untuk anda.
Kat sini, anda boleh pilih hidangan macam ayam masak kicap, udang sambal dan juga daging salai masak lemak cili padi.
Saiz hidangan besar. Berbaloi kalau anda kuat makan.
Cuma harganya agak tinggi.
Sesuai kalau datang masa hari masuk gaji.
Lokasi : 11 Kampung Bohor Darat, Jalan Kedawang, Kedawang, 07000 Langkawi
[static_content id=”29546″]
Yasmin Syrian Restaurant

Ini pula tempat makan lauk Arab masa lunch kat Langkawi.
Kat sini boleh cuba falafel, tabbouleh dan shawarma nya.
Kalau perut memang nak nasi, boleh cuba ayam mandy dan khabsa.
Cuma sebab ia mula buka 12 tengahari, perut kena sabar menanti.
Dan harganya memang tinggi. Lebih sesuai kalau datang berdua dari serbu satu family.
Lokasi : Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Di Pekan Kuah
Kalau anda kat pekan Kuah, boleh terjah tempat-tempat makan menarik kat bawah.
Mr Asampedas

Menu kat Mr Asampedas ini memang terhad.
Tapi selain lauk yang sedap, tempat makan ini cozy dan classy.
Kalau tak mahu asam pedas, boleh order daging salai masak lemak cili api.
Makan pun selesa.
Sebab ia ada ada aircond dan lagu jazz untuk anda layan masa jamu selera.
Lokasi : 166, Persiaran Bunga Raya, 07000 Kuah, Langkawi
Restoran Padang Pasir

Nak makan nasi kandar?
Datang sini, sebab ia antara kedai mamak top kat Langkawi.
Lauk popularnya mee goreng mamak dan apom lenggang.
Yang bagus lagi, ia bukan saja buka masa tengahari, tapi 24 jam sehari.
Anytime lapar, boleh datang sini.
Lokasi : 121, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi
Pak Hj Ya Chicken Rice

Nasi ayam kat Hj Ya Langkawi memang lain dari yang pernah anda rasa.
Sebab ia ada nasi ayam telur.
Hidangan ini ayamnya disalut telur dan diletak dalam bekas berkicap pekat.
Lauknya simple. Dan cepat sampai hidangannya.
Lokasi : 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi
Nasi Campur Top BBQ

Untuk makanan Melayu, ini antara pilihan makan tengahari yang ramai orang tuju.
Ia ada lauk bakar. Dari ayam dan ikan sampailah kambing dan sotong bakar.
Tapi kalau nak lauk biasa pun ada. Sambal tumis, siput sedut dan ulaman tersedia.
Tapi datang awal. Parking kat kawasan ini payah selalunya.
Lokasi : 111, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi
Restaurant Hadramawt

Ini pula untuk anda yang nak lunch lauk Arab kat area pekan Kuah.
Kat sini lauk gaya Yemen. Jadi boleh jumpa hidangan macam ayam mendy, kambing kabsa dan kambing zurbian.
Harga agak tinggi.
Tapi kalau kebetulan ada promosi, memang murah puas hati.
Tips : Ia ada satu lagi cawangan yang bernama Hadramawt Express di pantai Cenang.
Lokasi : No 69,71 Langkawi Mall Jalan Kelibang , Kuah Kuah, 07000 Langkawi
Di Padang Mat Sirat
Untuk makan nasi campur masa tengahari, kawasan area airport Langkawi ada pilihan kedai lauk campur lebih banyak, lebih berkualiti.
Jom Ikan Bakar

Walaupun kebanyakan tempat nasi campur kat Langkawi memang ada ikan bakar, ini antara kedai yang popular.
Pilihlah nak ikan air tawar macam keli — atau ikan air masin macam bawal atau jenahak masa lunch kat sini.
Kalau tak pun sotong goreng tepung, dan lauk campur lain pun ada.
Nak jumpa pun senang. Sebab ia kat tepi jalan besar.
Lokasi : Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi
Restoran Selera Akmal

Kalau Jom Ikan Bakar penuh manusia, datang sini saja.
Sebab ia ada kat sebelahnya.
Dan ia pun salah satu kedai lauk campur kat Langkawi yang popular.
Yang orang selalu layan kat sini gulai dan rendang daging, pajeri nenas dan kerabu bronok.
Ulam yang ada pun banyak – dari kerdas ke jantung pisang.
Kalau hari panas, boleh juga tutup lunch anda dengan ais kacang.
Nota : Ia juga ada ikan bakar.
Lokasi : Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi
Restoran Selera Kampung

Kedai lauk kampung satu ini pun banyak lauk campur yang sedap-sedap.
Boleh pilih lauk orang sini macam kerabu bronok, atau yang susah cari macam sambal kerisik dan sup perut.
Yang nak ikan atau kerang bakar pun boleh jumpa kat sini.
Parking ada walaupun terhad. Dan harga pun standard harga biasa.
Tips : Bila malam ia buka untuk grill & steamboat.
Lokasi : Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
HBL Food Corner

Kedai nasi campur ini pula lokasi orang tempatan makan tengahari.
Jadi lauk pauk pun harga patut.
Pilihan memang banyak – dan ia pun ada ikan bakar, kerabu dan ulam-ulam.
Parking pun besar. Ada kat tepi kedai.
Tapi datang awal. Sebab kalau pukul 2 ke atas, lauk selalunya sudah licin.
Lokasi : Kampung Lubok Dalam, 07000 Langkawi
Warung Jati Aisya

Kedai ini pula kecil saja.
Dan ia juga tempat orang tempatan makan tengahari kat Langkawi.
Lauk pauk untuk nasi campur dalam 30 jenis.
Kat sini pun ada ikan bakar, ikan pekasam dan sambal udang dan sotong.
Sayangnya parking kat sini kat tepi jalan saja.
Kalau bawa anak kecil kena hati-hati jaga mereka.
Lokasi : 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi
Di Ulu Melaka
Buat anda yang hotelnya dalam area Ulu Melaka, ini senarai kedai makan sedap boleh terjah untuk jamu selera.
Kak Yan Nasi Campur

Dalam banyak-banyak kedai makan tengahari kat Langkawi, ini yang paling famous kat pulau ini.
Pilihan lauk campur memang banyak – begitu juga jumlah pelanggan yang datang ke sini.
Lauk kampung, ikan bakar, bubur dan kuih semua ada. Harga pun sederhana.
Tapi kalau anda jenis tak suka bersesak atau beratur, datang awal.
Kalau lambat, kadangkala macam kenduri suasananya.
Lokasi : Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Nasi Arab Kaki Gunung

Kedai tepi jalan ini ada kat area Gunung Raya.
Walaupun ia ada set asam pedas, tempat ini lebih terkenal dengan nasi arab dan sajian Westernnya.
Kalau datang dengan family, boleh ambil set talam. Ada set lauk Arab, ada set makanan Western.
Harga pun sederhana. Cuma parking anda kat bahu jalan saja.
Lokasi : 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Lain Lain Tempat
Ini pula senarai tempat makan best untuk makan tengahari kat Langkawi kat area selain di atas.
Restoran Siti Fatimah

Tempat makan dekat area resort Tok Senik ini sudah ada lama.
Dan salah satu kedai nasi campur popular yang luas, bersih dan banyak pilihannya.
Harga pun berpatutan.
Tapi datang sebelum pukul 12 tengahari kalau nak makan seronok – boleh jumpa lauk-lauk terhad macam sup gamat atau kerabu bronok.
Tips : Kedai ini juga buka untuk sarapan pagi (nasi lemak, roti canai etc)
Lokasi : Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik, 07000 Pulau Langkawi
German Food Corner

Kalau anda naik kereta kabel Langkawi masa tengahari boleh singgah kat sini.
Sebab ia kat dalam kompleks Oriental Village Langkawi.
Yang orang selalu order ialah schnitzel, pasta dan cheese cake nya.
Jangan risau. Kedai ini ownernya muslim.
Suaminya orang Morocco dan isterinya orang German.
Untuk sesekali tukar selera, memang kami syorkan.
Lokasi : Cable Car, Oriental Village, 07000 Langkawi
Mak Ngah Gulai Panas

Kita tutup senarai ini dengan satu kedai kampung.
Kedainya biasa saja. Tapi gulainya antara yang paling power.
Ada yang kata wajib terjah untuk rasa lauk opah-opah Kedah.
Kat sini, anda pilih ikan, dan mereka masak sementara anda sabar menanti.
Kata orang, rasa lauk kat sini macam hidang kat family sendiri.
Kalau nak datang ramai call dulu, takut tak muat kedai nanti.
Lokasi : 112, Kisap, 07000 Langkawi
Okay, lengkap sudah senarai tempat makan best kat Langkawi untuk makan tengahari.
Kami cover dari Kuah dan Cenang sampailah ke area airport Langkawi sekali.
Dari lauk campur sampailah kedai lauk Arab Yemeni.
So, yang mana satu anda minat nak pergi?